Random header image... Refresh for more!

Disiplin:Kuasa Mutlak Seorang Manusia Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebanyakan manusia berjaya di dalam dunia sebenarnya lahir dan hadir disebabkan satu perkara

“DISIPLIN”

Resah juga sebenarnya apabila kita bercakap dan berdiskusi mengenai soal disiplin. Saya sendiri agak tidak pasti untuk post/entri kali ini. Sama ada saya mempunyai ‘kredibiliti’ untuk bercakap soal disiplin atau tidak. Tetapi di sebabkan ‘cabaran kepada diri’ saya teruskan.

Secara terang dan ?jujur dapat saya katakan bahawa disiplin bukan hanya boleh di lihat pada zahir sahaja. Dengan kata lain, jangan terlalu cepat membuat konklusi dan andaian jika kita melihat dari segi luaran seseorang.

Sebagai contoh, berlandaskan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, mahasiswa dan juga masyarakat malaysia, kita biasanya akan cuba mengaitkan cara berpakaian, gaya rambut, cara bercakap ?sebagai “bench mark” seseorang itu berdisiplin. Benar,tetapi mungkin tidak 100%.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, adakah dia seorang yang ‘total disiplin’?Persoalan yang sudah pasti sangat susah untuk dijawab.

Total disiplin

Total disiplin bermaksud seorang individu yang memiliki disiplin yang cukup tinggi dalam semua perkara. 100% dengan kata lain.

Bayangkan mahu berdisiplin bangun pada seawal jam 5 pagi pun sangat susah, inikan pula dalam hal lain”

Jadi bagaimana membawa diri ke arah total disiplin?

Caranya hanya ada satu sahaja.

“CABAR DIRI!”

Itu sahaja yang diperlukan. Cabar diri untuk melakukan setiap perkara mengikut apa yang anda rancangkan.Tinggalkan nafsu malas dan tidak mahu berubah.

Itu sahaja cara untuk kita berubah dan berdisiplin. Percayalah, dengan hanya disiplin boleh mengubah segalanya.

Bermula dari hari ini;

  • Usah lagi melukut di tepi gantang menagih simpati untuk mendapat kekayaan jika kita sendiri tidak mahu berdisiplin mengubah diri.
  • Usah lagi membeli produk-produk atau servis untuk memulakan perniagaan jika anda tidak berdisiplin untuk mempraktik kan ilmu yang ada.
  • Usah berangan untuk kaya jika anda tidak berdisiplin
  • Usaha mimpi untuk berjaya dalam hidup jika anda tidak berdisiplin
  • Usah SALAHKAN diri jika anda GAGAL kerana tidak berdisiplin.

Tip saya cukup mudah, bukan hanya beritahu diri “aku mahu berdisiplin”, tapi CABAR DIRI UNTUK BERDISIPLIN!

Dengan izin ALLAH, anda pasti berjaya! Percayalah.

Mulakan dengan perancangan yang ‘solid’, dan lakukan secara istiqhamah dah DISIPLIN

Pesanan ini bukan hanya untuk anda, tetapi untuk saya dan kita semua. Ingatlah, tuhan memberi kita peluang seluas-luasnya semasa hidup di dunia. Gunakahlah ia dan capailah ia. Caranya pertama, disiplinkan diri.

Mulakan dengan basmallah… Ayuh! kejar disiplin lifestyle today!


Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

2 comments

1 Motivasi Kerja { 10.15.09 at 5:18 pm }

Assalamualaikum Fahdi,
Sangat baik menulis topik ini. Jangankan Fahdi, saya sendiri juga takut untuk membicarakan soal disiplin. Mengapa disiplin boleh membawa individu berjaya? Kerana disiplin membentuk kebiasaan diri. Disiplin pula adalah tingkah laku positif yang kita lakukan. Bayangkan kebiasaan yang positif kita lakukan setiap hari, sudah pasti akan lebih mudah untuk berjaya.

2 fahdi { 10.16.09 at 7:42 pm }

waalaikumussalam along aka motivasi kerja

Benar along, saya sendiri sedang mencari formula bagaimana untuk benar2 menjadi seorang yang berdisiplin.

Topic disiplin sememangnya tidak pernah lari dalam hidup kita. hampir setiap hari kita akan dengar. Terutama semasa di sekolah. Disiplin itu, disiplin ini. Tetapi semasa di sekolah, hanya disiplin dari segi pakaian dan belajar sahaja.

berlainan daripada dunia luar. Kita perlu disiplin dalam semua aspek. Masa terutamanya. Jika lalai, habis kita! Kita akan suffer dan jika tidak di ubah, alamat kita akan mati dalam penyesalan tidak sudah.

Ayuh along dan semua rakan-rakan hari ini. Kita cuba ubah imej dan cara disiplin kita. Jika dulu ‘kurang disiplin,hari ini, kita mulakan kembali. Tidak salah lambat asal jangan tidak buat! ;)

Leave a Comment