Mustahil Untuk Bina Sebuah Perniagaan Tanpa Risiko

Untuk bisnes, kita perlu mengambil risiko untuk berjaya
Untuk bisnes, kita perlu mengambil risiko untuk berjaya

“Mustahil Untuk Bina Sebuah Perniagaan & Bisnes Tanpa Risiko”

Itu adalah azimat yang saya pegang sejak mula berniaga pada tahun 2010.

Ada satu nasihat yang diberikan oleh Richard Branson, pemilik Virgin Airlines dalam buku “Like A Virgin” kepada semua pemilik bisnes yang baru bermula tentang risiko perniagaan.

Pesan beliau,

“Impossible to run a business without taking risk”

FunnelEvo, jenama di bawah SIFOO International Sdn Bhd, saya mulakan dengan mengambil pelbagai risiko bersama dengan team pada tahun 2016.

Masha, Ira, Kimi, Faizal, Azreen, Min, Haris dan saya Fahdi. Kami hanya ber 8 ketika itu.

Kami bukanlah satu entiti perniagaan untuk training. Malah kami almost “zero” untuk bina bisnes seperti gergasi besar “public seminar” di Malaysia seperti Richworks, Sifufbads, ESQ.

Fokus kami ketika itu hanyalah menjual barang dan servis di internet. Jauh sama sekali ada “plan” untuk melatih orang lain dalam bisnes.

Alhamdulillah, kami ambil risiko itu. Kami bermula hanya dari pejabat kecil di Kota Bharu.

Dengan pasukan yang langsung tiada pengalaman.

Dengan brand “FunnelEvo” yang langsung tidak dikenali. Kami mulakan.

Pernah 1 ketika, kami mengambil risiko menyewa 1 dewan training yang memuatkan 500 kerusi.

Risikonya.. seminar kami, tidak pernah lebih dari 100 orang pun hadir! Risikonya target melebihi 5 kali ganda dari biasa dan target itu langsung tak logik!

3 hari sebelum seminar, ya, seperi yang dijangka tak sampai 150 yang mendaftar.

Dalam 3 hari berbaki, kami perlu dapatkan 400 orang lagi peserta! Jika tidak, dewan akan kosong sebab ada 400 kerusi kosong. Gila!

Ketika itu kami gunakan apa sahaja tools, ilmu, connection dan paling penting betul-betul berharap kepada Allah Al-Jami’ (Yang Maha Mengumpul) untuk mengumpulkan 500 orang.

Dan benar.. tiba hari seminar, ada 500 orang yang hadir. Semua dengan “Kudratullah” (Kudrat Allah).

Namun semua itu tidak akan terjadi jika kami tidak mengambil risiko untuk menyewa dewan 500 orang tersebut.

The rest is history…

Kami tiada pengalaman training, tetapi kami ada ilmu yang sangat penting untuk disampaikan terutama kepada pendiri bisnes kecil.

Bulan Oktober 2017, FunnelEvo baru berusia setahun. Dan pada seminar bulan Oktober lepas, hampir 1200 orang hadir (dan ramai tak dapat masuk ke dewan sebab penuh!)

Pun begitu, kami percaya, masih banyak risiko yang kami perlu lalui. Jika richworks boleh mengambil risiko untuk public training 7000 orang, kami juga insyaAllah bertekad untuk sampai ke situ.

Target tahun depan, insyaAllah untuk 15,000 orang untuk hadir dan belajar tentang pemasaran online menggunakan teknik FunnelEvo.

“The brave might not live forever- but the coutious do not live at all!”

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

One thought on “Mustahil Untuk Bina Sebuah Perniagaan Tanpa Risiko”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *