KB Mall Runtuh,Kereta Terjunam dan 3 Kematian!

by fahdi on December 6, 2009

Di! Kb Mall Runtuh!

Itu SMS yang saya terima daripada adik sewaktu saya khusyuk berbincang dengan supervisor FYP mengenai projek akhir tahun.

Mungkin blog ini bukan blog buletin semasa, tetapi ia berkaitan dengan satu tempat “famous” yang saya sendiri akui amat terkenal di Kelantan. Bukan saya sahaja, tetapi semua yang datang ke kelantan, pasti datang bertandang. Kejadian sebegini mengingatkan kepada kita bahawa maut dan malang tidak pernah mengira masa. Hanya persoalannya, adakah kita bersedia menghadapinya? Subhanallah! Ia peringatan kepada semua!

Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan merempuh bahagian di atas bumbung (paking bumbung) KB Mall dan mengakibatkan ia terjunam ke bawah. Gambar yang anda akan lihat adalah ground floor KB Mall (Berhadapan Kyros Kebab). Makanya, kereta telah menjunam dari tingkat paling atas ke tingkat paling bawah. Setakat ini di laporkan 3 kematian.

Picture speaks for itself;

KB Mall accident
KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall accident

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

KB Mall Runtuh

Baca Update ini – source dari http://ntvirus.wordpress.com

DI KOTA BHARU, KELANTAN, DUA ORANG PELAJAR PEREMPUAN MASTERSKILL MAUT DAN SEORANG LAGI PARAH SELEPAS SEBUAH KERETA DARI TINGKAT TIGA SEBUAH PASARAYA KB-MALL TERJUNAM SEBELUM MENGHEMPAP MANGSA.

KEJADIAN BERLAKU JAM 5.40 PETANG TADI.

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

BAGAIMANAPUN, PEMANDU DAN PENUMPANG KERETA BERKENAAN DIPERCAYAI MELARIKAN DIRI.

KEJADIAN ITU TURUT MENGGEMPARKAN PENGUNGJUNG DI PASARAYA BERKENAAN.

KETUA POLIS DAERAH KOTA BHARU, A-C-P ZAHRUDDIN ABDULLAH KETIKA DIHUBUNGI MENGESAHKAN KEJADIAN ITU.

BAGAIMANAPUN POLIS MASIH MENYIASAT KES ITU DAN MEMINTA PEMANDU DAN PEMUNPANG KERETA BERKENAAN TAMPIL DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN.

BUAT SEMENTARA WAKTU PASARAYA KB-MALL DI TUTUP KEPADA ORANG RAMAI SEHINGGA SIASATAN SELESAI DAN IA DISAHKAN SELAMAT UNTUK DIKUNJUNGI.

Nasihat saya, beringat sebelum kena, dan jangan tinggal doa sebelum memandu (pesan ibu kepada saya dan saya sentiasa amalkan)

Take care!

{ 15 comments }

Azam 2010

by fahdi on December 4, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

2010

Azam 2010? Mungkin ia terlalu awal bagi kebanyakan pembaca untuk saya bercakap mengenainya. Kebiasaannya, saya hanya akan menulis mengenai azam tahun baru seminggu atau sehari sebelum 31hb December. Tetapi saya terpanggil dan teruja untuk mengutarakan azam tahun baru ini lebih awal melihatkan rakan seperjuangan saya Motivasi-Kerja sudah mula memasang impian dan cita-cita untuk tahun hadapan. Azam beliau bagus nampaknya ;)

Sebelum menulis, teringat kata-kata yang saya tujukan kepada adik saya yang sedang belajar di Yamanashi Jepun;

“Kita tak ada hak untuk tentukan REZEKI kita,kerana ia hak ALLAH.Tetapi kita ada hak untuk tentukan USAHA kita untuk mencapai rezeki yang diimpi”

Mengenang kembali kata- kata itu, saya mula berfikir mengenai azam yang akan saya garapkan sepanjang tahun 2010, dengan usaha dan juga rezeki dari yang Maha Memberi. Ya, sudah ada di benak fikiran, tetapi perlu menyusun agar tidak ada yang bertindih dan berulang. Perancangan perlu solid dan cantik!

Maka, wujudlah azam tahun baru 2010

  1. Membina module latihan fahdi & associates yang lengkap dan mantap!
  2. Menubuhkan fahdi&associates setaraf dengan business antarabangsa yang lain
  3. Menubuhkan fahdi training and consultancy
  4. Menulis sebuah buku motivasi dan kejayaan memburu impian
  5. Menjadi seorang hamba ALLAH yang bukan sahaja berjaya untuk dunia, tetapi akhirat
  6. Membina sebuah rumah yang selesa untuk keluarga di Kelantan

InsyaALLAH, itu hanya impian sekarang, dah saya tahu, akan banyak lagi impian yang akan bercambah dari titik yang 6 ini. Doakan kejayaan dan kecemerlangan pemburu impian dengan semangat dragon ini!

Tekad, semangat, kehadapan

{ 8 comments }

Bukan Senang Untuk Membina Impian

by fahdi on December 1, 2009

Hari ini saya belajar sesuatu dari seseorang yang saya kagumi…

making impossible possible
making impossible possible

Senang untuk kita bermimpi untuk mencapai sesuatu. Senang juga kita berkata-kata yang kita boleh mendapat apa jua di dunia. Cukup mudah untuk melafazkan angan-angan mat jenin tatkala kita bercakap dengan seseorang, dan memang ringan mulut bermadah janji manis kepada sesiapa yang masih terkapai-kapai untuk menuruti setiap apa yang kita cakapkan.

Namun, bukan semua dari kita dapat melaksanakan mimpinya, bukan semua yang berimpian mampu melawan badai menongkah arus untuk menggapai cita-cita dan tidak ramai yang mengotakan janji apabila memberi harapan.

Itu adalah pelajaran yang saya dapat daripada seorang guru yang saya kagumi hari ini. Setiap hari, saban hari, setiap daripada kita berimpian untuk melakukan sesuatu. Samada kecil atau besar. Tetapi bukan berimpian yang menjadi titik pegangan, tetapi bagaimana “MEMBINA” impian itu yang menjadi persoalan.

Saya tahu, kebanyakan daripada kita selalu mengungkap perkataan yang manis dengan harapan untuk “menyakinkan” diri dan “menyenangkan” hati yang sedang resah memikirkan hidup yang tidak keruan. Mungkin boleh di buat contoh, saban hari, kita berjanji kepada diri yang kita mungkin akan menjadi seorang jutawan, kita akan jadi seorang pemilik syarikat besar, kita akan jadi itu.. dan ini, tetapi mana USAHA yang di perlukan!

Benar kata pepatah,

“berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”

the power of dream

the power of dream

Bukan senang untuk membina impian, kerana ia perlukan keazaman, fokus dan matlamat yang jitu,?barulah sesuatu akan tercapai. Jika hari ini kita berjanji pada diri, bukan janji semata-mata di perlukan, tetapi USAHA tidak tahu putus asa. Guna semua kekuatan untuk membina sesuatu, guna segala source yang boleh, lakukan apa sahaja yang possible dan tidak terfikir akal, asalkan ia jalan yang benar.

“memburu impian itu payah, tetapi ia mudah apabila ada usaha dan semangat. Peganglah pepatah melayu kita! – berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”

p/s: aku akan teruskan usaha ini, kerana ia jalan yang aku pilih!

{ 0 comments }

Pengertian Aidiladha

by fahdi on November 29, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! :)

Salam aidiladha daripada saya kepada semua pembaca fahdighazali.com.

kaabah

kaabah

Maaf agak terlewat. Internet di kampung saya mengalami masalah sejak beberapa hari yang lalu. Setelah di selidiki, rupanya streamyx dalam process upgrading. (ni nk kene potong ni :D )

Aidiladha sememangnya membawa makna yang tersendiri. Ya, ramai dari kita tahu, aidil adha di sambut untuk merayakan atau memperingati pengorbanan yang telah di buat oleh nabi ALLAH Ibrahim dan juga Ismail dalam peristiwa sembelihan di zaman baginda.

Dalam sirah nabi, di ceritakan bahawa nabi Ibrahim mempunyai seorang putera yang sangat di kasihi, Ismail. Tetapi, cinta Nabi Ibrahim kepada Ismail tidak lama selepas ALLAH swt memerintahkan Ibrahim menyembelih Ismail melalui mimpi yang di terima. Antara percaya dan tidak, Nabi ALLAH Ibrahim menangis mengenangkan apa yang bakal di lakukan kepada anak kesayangan baginda. Di mintanya kepada ALLAH supaya di hadirkan sekali lagi mimpi itu jika mimpi itu benar suruhan dan perintah ALLAH. Maha Kuasa ALLAH, mimpi itu hadir sekali lagi!

Setelah di beritahu oleh Nabi Ibrahim akan hasrat hatinya kepada Nabi Ismail, Ismail dengan sabar dan tenang mengiyakan perintah ALLAH. Namun, untuk membalas ketaatan nabinya, ALLAH telah menukar nabi Ismail dengan seekor kibas.

Pembaca sekali, pernahkah kita fikirkan secara mendalam apakah maksud yang cuba di sampaikan oleh ALLAH dalam peristiwa yang menimpa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Kita mungkin hanya selalu mendengar akan sirah ini, tetapi adakah kita mengambil iktibar dan fahami apakah maksud tersirat di sebalik cerita ini?

Kenapa ALLAH memerintahkan Ibrahim menyembelih anaknya Ismail? Bukankah ALLAH itu maha pengasih lagi penyayang?

Sebenarnya, Allah memerintahkan Ibrahim supaya MENYEMBELIH CINTA PADA DUNIA! membunuh dan membuang jauh segala belenggu dunia yang menyaluti hati dan ingat bahawa cinta yang sepatutnya adalah padaNYA! Itu yang sebenarnya yang cuba di sampaikan ALLAH. Buang cinta kepada dunia dan pupuklah cinta pada yang ESA.

kaabah2

kaabah2

Fikir-fikirkan dan selamat beramal

p/s: saya sudah menyiapkan fasa pertama projek. InsyaALLAH bakal di lancarkan pada bulan depan.InsyaALLAH :)

{ 2 comments }

Perodua ALZA; Pencapaian atau Sebaliknya?

by fahdi on November 25, 2009

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Sudah lama tidak menulis, hampir 10 hari, dan sekarang saya kembali! (Final exam sudah berakhir semalam). Alhamdulillah, seperti semester-semester sudah, ada paper yang boleh di jawab dengan baik, ada yang sederhana. Padanlah, lain yang di ajar dan di buat latihan, lain pula yang keluar. Rakan-rakan saya di universiti pasti faham kenapa :)

Kita tinggalkan exam dahulu, kerana masih banyak perancangan dan impian yang perlu di olah semasa cuti ini. Banyak saya mahu capai. Semua sudah tersedia di dalam dada dan kotak fikiran. Cuma tunggu masa untuk di keluarkan dan menerjah ke titik hati manusia yang lain. InsyaALLAH, saya akan senaraikan apa yang akan berlaku sepanjang disember dan januari tahun depan dalam perjalanan business, dan perjalanan fahdi&associates. Kita gempur satu malaya!

Sudah banyak off topic

********************************************************************************************************

Pada 23 hb November 2009, Perodua telah melancarkan kereta terbaru mereka. ALZA. Tahniah!

perodua ALZA

perodua ALZA

Namun persoalannya, adakah ia sebenarnya mencerminkan kredibiliti perodua selaku pengeluar kereta jenama nasional selepas proton? Ramai yang beranggapan bahawa perodua adalah kereta keluaran nasional, tetapi ramai yang tidak mengetahui, bahawa sebenarnya ia bukanlah 100% air tangan kejuruteraan yang mereka miliki.

Sejak sekian lama,perodua telah bekerjasaya dengan daihatsu untuk membina kereta mereka. Bermula dari kancil (MIRA), kenari,kembara, Myvi (PASSO), Nautica(RUSH) dan ALZA,ia sebenarnya adalah hasil daripada associates yang mantap di antara perodua dan TOYOTA/Daihatsu. Jadi,ALZA yang kita lihat hari ini sebenarnya based daripada Passo Sette, (Maknanya, base dan mold yang digunapakai oleh perodua adalah berasal dari PASSO SETTE) kejuruteraan daripada daihatsu. Namun, ada sedikit kelainan. Mungkin untuk lebih menarik dan kena dengan mood dan gaya orang Malaysia, (atau untuk nampak lain sedikit dari SETTE) perodua telah menukar sedikit muka depan sette kepada lebih muncung. Yang lain, saya boleh simpulkan ia sama. (Dan logo semestinya perodua)

Passo Sette

Passo Sette

Komen dari rakan saya: Alah, sama macam budak U tiru assignment. “Copy” dan ubah nama. :D

Colloboration antara perodua dan daihatsu mungkin boleh meminima kan cost untuk mengeluarkan satu model kereta. Saya percaya, dengan kerjasama ini secara tidak langsung ada “teknologi” yang di pindahkan. Kepakaran yang di miliki oleh daihatsu secara tidak langsung di sedut oleh perodua.

Seperti juga di dalam dunia perniagaan, jika kita tidak dapat berdiri sendiri atau untuk memendekkan “learning curve”, kita memerlukan batu loncatan atau pun kerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman atau lebih advance. Jangan sombong untuk melakukan sesuatu.

Jika dahulu perodua teragak-agak untuk mengadakan kerjasama atau associate dengan daihatsu, mungkin proton masih lagi menjadi janama nombor satu malaysia, dan mungkin proton dapat mengekalkan pengusaan 50-60% industri automotif negara. Tetapi dengan kehadiran perodua, mungkin ada sedikit cabaran yang timbul. “Apabila ada cabaran dan tekanan, kita akan bekerja untuk lebih baik. Setuju? :)

Sebelum post ini berakhir, saya ada satu projek yang akan di rangka. Iaitu saya namakan under codename revive14. Tunggu details dari saya ;)


Related Posts with Thumbnails

{ 9 comments }