Post hari ini saya akan “keep it short and sweet” (Banyak perlu di hafal dan latihan perlu di ulang)

Exam
Exam

Setiap hari, kalender di meja saya menunjukkan bilangan hari yang berkurang sebelum bermulanya final exam.?Memang tidak dinafikan, final exam kali ini cukup berlainan. Perasaan dan semangat yang kadang-kadang turun naik (untuk belajar) sedikit sebanyak menyebabkan focus lari dan matlamat kurang tercapai.

Setelah di renung dan muhasabah diri, hanya dua sahaja belenggu yang menyebabkan semangat berkurangan; Nafsu dan syaitan.

Ini adalah dua pengkhianat yang selalu cuba untuk menyingkirkan dan mengubah impian seseorang untuk berjaya terhenti di tengah jalan. Tidak tertahan rasanya tanggungan jihad melawan ke dua belenggu ini. Kadang – kala begitu, dan kadang kala begini di perlaku.Seolah olah mereka bersuka ria melihat kita kalah, dan kita pula ikutkan sahaja ‘nasihat’ mereka.

“Sudah-sudah lah tu, KAU TAK AKAN BERJAYA MERACUNI AKU! “

Itu kata hati yang sentiasa bermain di fikiran setiap kali nafsu dan syaitan menerjah masuk. Istighfar dan zikir saya yakin boleh melawan setiap godaan dan pelawaan mereka. Sekali terjerumus, pasti susah mahu kembali ke pangkal jalan!

Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0

Bukan sahaja pass, tapi untuk mengejar 4.0

Perkara ini bukan sahaja berlaku pada diri, tatapi sentiasa dan keep on happening kepada semua kita. Memang sejak di lahirkan kita ada sifat nafsu dan syaitan yang menemani. Tetapi persoalannya adalah, adakah kita mampu untuk melawannya?

Pernah seorang sahabat bercerita kepada saya;

Sahabat nabi, apabila nafsu dan syaitan cuba meresap dalam diri, mereka akan berjihad melawan sekeras mungkin. Jika tak tertanggung, cara yang digunakan adalah, mereka pergi ke padang pasir yang panas, buka baju. ” Nah, rasakan nafsu! Panas ini panas dunia”

Doakan kejayaan saya untuk menempuh final exam (17 november – 24 november 2009)

Selepas ini hanya tinggal satu lagi semesta sebelum bergelar graduan. InsyaALLAH

Assalamualaikum :)


{ 4 comments }

Selamat Datang Fahdi & Associates!

by fahdi on November 11, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ini mungkin post yang sedikit pendek. Namun ia cukup bermakna kepada saya. Alhamdulillah, saya ucapkan syukur kepada ALLAH, setelah dua bulan saya menyertai business ini, saya sekarang di temani oleh 3 orang rakan atau saya gelarkan associates fahdighazali (Fahdi & Associates).

Fahdi & Associates
Fahdi & Associates

Memperkenalkan….

  1. Syazwan Mokhtar – Si pengembara di bumi jepun (pensel87@yahoo.com)
  2. Norma Salleh -Business women dan ibu berjaya (n.msalleh@gmail.com)
  3. Ishak Sulaiman -Pemburu impian yang cekal! (mohis2002@hotmail.com)

Dan ramai lagi yang akan bersama saya untuk meneroka peluang business bersama GDI. Saya tahu, jika ada keinginan, di situ pasti ada jalan. Mereka bertiga sudah mula menongkah arus memulakan pengembaraan! Selamat datang wahai rakan-rakan pemburu impian. InsyaALLAH, kita akan jadikan Fahdi & Associates terhebat di Malaysia dan dunia!

Kepada pembaca blog ini, jika anda ada soalan, boleh tinggalkan comment anda, atau hubungi sahaja associates fahdighazali. Saya pasti mereka mengalu-ngalukan kedatangan anda untuk bersama meneroka impian.

“Tak salah untuk berimpian, tetapi untuk merialisasikan adalah payah. Ia memerlukan hati yang cekal dan ketekunan yang tidak berbelah bahagi”

p/s: tidak lama lagi akan muncul LOGO Global bagi Fahdi & Associates. Nantikan kemunculannya. Pasti hebat!

“setahun memburu impian”

{ 11 comments }

Sejarah Samsung Satu Inspirasi

by fahdi on November 9, 2009

Anda pasti penah dengar janama samsung di pasaran terutama bagi pasaran barangan elekronik.

Produk ‘lineup’ seperti telefon bimbit, LCD TV, computer riba dan pelbagai lagi telah menempatkan samsung antara jenama yang terkemuka dan di percayai. Jadi tidak hairan kenapa ramai diantara rakan-rakan saya sendiri menggunakan samsung LCD sebagai pilihan untuk monitor peribadi mereka.

Samsung logo
Samsung logo

Namun, walau apa sahaja kejayaan yang di kecapi oleh samsung sebagai jenama elektronik terbesar dunia , ia pasti ada sejarahnya yang tersendiri. Tahukah anda yang samsung bermula dari sebuah syarikat mengexport dan menjual barangan seperti ikan, sayur sayuran dan buah-buahan ke China . Syarikat ini telah di tubuhkan oleh Byung-Chull Lee pada tahun 1938 sebelum ia mula berkembang. Bermula pada tahun 1958, Samsung mula membina jenama sendiri di dalam industri yang lain seperti kewangan, media, barangan kimia dan pembinaan kapal.

Kejayaan dan pembinaan jenama samsung hari ini banyak berpunca daripada aktiviti perniagaan syarikat berteraskan barangan elektronik .Ia sebenarnya bermula pada tahun 1969 iaitu semasa di awal penubuhan anak syarikat, Samsung Electronics.

Tahukah anda, di awal pembabitan samsung, Sony terlebih dahulu mendominasi segment pasaran elektronik. Pada tahun 2006, samsung hanya memiliki “market share” sebanyak 12.1% berbanding sony yang jauh ke hadapan. Namun, ia tidak pernah mamatahkan semangat malah membuat mereka lebih berfikir bagaimana untuk memajukan syarikat sehingga wujud slogan “Market Driven Change”.

Apa yang terjadi adalah, samsung telah mengerah segala keringat yang ada dan teknologi yang mereka miliki untuk

Samsungs handphones
Samsung’s handphones

mencipta fenomena yang baru di dalam dunia elektronik. Sekumpulan “product developer” dan designer berkumpul di seoul dan mula mencipta dan berfikir di bawah pemantauan oleh CEO untuk memulakan project “a new flat screen” di bawah codename “Bordeaux”

Hasilnya, Samsung berkembang dan sebagai ganjaran atas usaha mereka, market share yang dahulu terkebelakang berbanding saingan mereka sony, telah menunjuk kan perubahan. Mereka berada di kedudukan teratas dengan maket share 26.4% mengatasi sony 24.6%. Menariknya, hanya 3 tahun!

Jadi, jika samsung boleh berjaya, dari sebuah syarikat menjual sayuran kepadathe world’s largest electronics company, kenapa tidak kita? Ia bermula dengan mimpi dan sebalik mimpi ada kepercayaan hati yang kuat mengatakan “aku boleh berjaya”

“Setahun Memburu IMPIAN”

p/s: FG is now powered by windows 7.cool ?:)

{ 4 comments }

RM2,Kuala Lumpur dan…

by fahdi on November 7, 2009

Pernahkah anda terfikir anda akan ke Kuala Lumpur berbekalkan RM2 di dalam poket seluar dan RM0 di dalam bank?

RM2. Sikit atau banyak?
RM2. Sikit atau banyak?

Saya pasti ramai antara kita tidak sanggup akan cabaran itu dan tidak mampu untuk berhadapan dengan masalah apabila memikirkan ibu kota Malaysia itu pasti menelan perbelanjaan yang banyak. walaupun hanya untuk sehari di sana. Makan, minum dan juga tambang untuk pengangkutan semua memerlukan wang yang banyak. RM2 terlalu jauh dari jumlah minimum yang sepatutnya ada di tangan.

Tetapi subhanallah… itu yang terjadi kepada seorang pakcik demi anaknya yang sedang terlantar di hospital.Kejadian ini terjadi semasa saya menghantar dua orang sahabat untuk pulang ke kampung semalam. Seorang Kelantan dan seorang lagi Negeri Sembilan. Sambil berehat setelah selesai solat maghrib, saya duduk di satu kerusi yang kebetulan di sebelahnya ada seorang lelaki tua. Pakainya biasa sahaja, berkemeja, berseluar, berkopiah dan berkasut kilat ala-ala askar.

“Dari kampung barangkali pakcik ni”

Perbualan saya mulakan dengan salam dan di sambut baik dengan senyuman. Sedang berbica, beliau katakan yang beliau akan ke Kuala Lumpur dan bas adalah pada jam 10 malam. Waktu itu sekitar jam 8.

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Setelah di selidiki, barulah saya tahu yang sebab utama beliau ke Kuala Lumpur adalah kerana menerima panggilan daripada doktor yang memaklumkan anaknya terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Oleh itu, pihak hospital memerlukan tandatangan si ayah untuk memulakan beberapa pembedahan. Jika tidak, mungkin nyawa anaknya dalam bahaya dan perlindungan insuran tidak boleh di tuntut.

Tambah malang, pemergian pakcik ini ke Kuala Lumpur hanya berbekal baju sehelai, dan kain pelikat serta RM2!

Saya dapat rasakan betapa perit di hati dari raut wajahnya.

“Terpaksalah nak.. Pakcik dah cuba pinjam dengan jiran-jiran. Mereka dapat bagi RM30 sahaja. Lepaslah nak beli tiket pergi KL. Duit gaji lagi 4 hari. Terpaksa pakcik serah pada ALLAH. Rezeki itu dia tentukan…”

Walaupun usia sudah agak lanjut dan badan sudah tidak nampak sihat, namun beliau gagahi. Untuk sampai ke medan gopeng (stesen bas utama perak) sahaja sudah memakan masa yang agak lama. Bertukar-tukar bas, tambang dan sebagainya, sudah pasti cukup memenatkan. Namun, di atas nama sayang kepada anak, dia tetap dengan pendirian, “Aku boleh survive dengan RM2″.

Survival hidup susah jika kita mahu tentukan. Dan kita hidup bukan dengan duit. Tetapi dengan ihsan dan kasih ALLAH kepada kita.

Kata pakcik lagi,

“Duit walau berjuta, kalau belajar tinggi langit, pasti kan yang 5 ini jangan tinggal! (solat) Ini kunci hidup. Tak lengkap makna tidak ada guna nak..”

Sahabat sekalian, apa yang terjadi ini sebenarnya ada hikmah dan pengajaran di dalam kehidupan. Jangan kita boros dan jangan kita angkuh jika kita memiliki kelebihan dan darjat. Tidak ada makna jika orang di sekeliling kita masih susah dan kita hanya pekakkan telinga tidak mahu mendengar rintihan yang di luahkan. Ingatlah, rezeki yang ALLAH kurniakan tidak luak. Kita sahaja yang terlalu ‘over’ dan terlalu memikirkan diri sendiri walhal orang lain sedang dalam kepayahan.

Jika kita berada tinggi menggapai kejayaan, ingatlah untuk melihat ke bawah. Jika kaya, bersedekahlah, jika pandai manafaatkanlah dengan baik, jika cukup anggota badan mu, tolonglah yang memerlukan, dan jika kuat bantulah yang lemah. Tiada siapa yang lebih di sisi ALLAH melainkan hati yang bersih dan jiwa yang suci.

Fikir dan renungkan sahabat.

Assalamualaikum.

{ 3 comments }

Windows 7 – the PC, simplified

by fahdi on November 5, 2009

Akhirnya windows 7 dilancarkan di Malaysia!

Windows 7 User Interface

Windows 7 User Interface

Alhamdulillah, setelah sekian lama penantian dan setelah di sogokkan dengan pelbagai iklan, sneak peak, penulisan di blog-blog akan kehebatan windows 7, semuanya terjawab dengan pelancaran windows 7 di malaysia.

Saya sendiri secara terus terang , sangat teruja dengan berita ini. Walaupun saya tidak terlalu ambil tahu dan tidak ambil kisah mengenai OS (Operating system) sebelum ini, windows 7 telah membuka lembaran baru dalam kembara mencari ilmu dalam komputer. Hampir setiap hari saya mencari info dan “membelek-belek” blog yang menceritakan mengenai kehebatan wiondows 7. Sungguh hebat! Malah ia adalah “way beyond my initial expectation” .

Kenapa teruja? Sebenarnya saya baru sahaja bertukar ke windows vista beberapa bulan yang lalu. Kecewa dengan performance yang diberikan, terlalu banyak limitation dan ketidakcukupan dalam operasi sistem windows ini. Kebanyakan software tidak ‘compatible’ dan kebanyakan aplikasi tidak terlalu baru dari XP. Cuma GUI (User Interface) sahaja yang sedikit lain.

Apakah super kelainan yang dibawa oleh windows 7? kelainan yang paling ketara bagi version window terbaru ini adalah dari segi kepantasannya, lebih ringann dan stable daripada vista. User interfacenya juga, menarik!

Berikut adalah senarai harga Windows 7 di malaysia (ia mengikut kadar tukaran wang asing);

  1. Windows 7 Ultimate -RM648.00
  2. Windows 7 Professional – RM 478.00
  3. Windows 7 Home Premium – RM368.00
  4. Windows 7 Starter – RM 148.00

Antara features lain yang terdapat di windows 7 adalah ia tidak alah pada virus! Dengan kata lainnya, ia amat selamat dan dapat menghindarkan computer anda daripada terkena virus. ” Say bye-bye to Kaspersky lah lepas ini” :D

InsyaALLAH, saya akan update lagi selepas saya bertukar ke windows 7. Mungkin dalam 2,3 hari lagi jika tidak ada masalah dan jika ada masa untuk formate computer. Sebelum berundur, saya sediakan satu video (windows 7) untuk tontonan semua :)

Related Posts with Thumbnails

{ 2 comments }