Assalamualaikum dan salam sejahtera kapada semua
Sekali pandang tajuk kali ini “panas”. Mana tidaknya, orang kita amat marah jika dikaitkan dengan sesuatu terutama selepas perumpamaan Dr Mahathir “melayu mudah lupa” 2,3 tahun lepas. Ia pada awalnya hanya ungkapan sinis seorang bekas perdana menteri kepada rakyat, kononnya ?mahu melihat perubahan, tetapi di salah tafsir sebagai menghina bangsa sendiri!
Jika itu namanya menghina, jika kritikan itu terkena pada kita dan jika kutukan itu diwar-war ada tujuannya, kenapa kita tidak mahu berubah?
wah, seolah saya pula yang marah!
Sepanjang perjalanan saya selama 22 tahun mengembara, ada dua pendapat yang saya boleh utarakan mengenai orang Melayu kita, yakni bangsa saya sendiri. Saya simpulkan pertama sikap mahu kaya cepat, tak mahu berusaha, kedua, mengkritik pandai, buatnya tidak!
Ya, itu dua faktor yang melemahkan umat melayu. Ayuh, kita bincang satu persatu.
1) mahu kaya cepat tetapi tak mahu berusaha
Ini bukan auta! Ini kisah benar dan dari pengalaman saya sendiri. perkara ini saya dapat lihat dengan jelas, terutama selepas saya memiliki blog sendiri dan mula melakukan business. Ya, memang ada yang bertanya bagaimana mahu mulakan busines, apa yang di perlukan, semua saya jawab dengan baik, alhamdulillah. Tetapi apabila tiba part “action”, jawapan hanya satu, MALAS!
Satu lagi virus apabila disogokkan dengan “wang cepat” atau “kaya cepat”, terus berkobar-bobar. Tidak berfikir baik buruk sesuatu perkara. Senang cerita, apa sahaja yang diinginkan oleh si “pengiklan”, terus di baginya. Bagai terkena ubat guna-guna. RM20 ribu? 30? Bisa di urus. Asalkan dapat untung cepat.
Orang nogori kata, “torgolak bosar den!”
2) mengkritik pandai, buatnya tidak!
Ini satu lagi masalah besar yang dihadapi. suka tidak suka, ini yang perlu kita ambil perhatian. Sebagai contoh, parti politik, usah kata Malaysia, kita narrow skop ke peringkat IPTA/IPTS. Jika tiba saat pilihanraya, ada sahaja mulut-mulut besar yang mengkritik dasar itu, dasar ini. Tetapi, apa yang mereka buat? Kritik berapi, buat sendiri nya tidak. Itulah orang kita. Betulkan? Ish2
Ada lagi satu perkara, berbalik soal dalam business. Bayangkan, pasti banyak pandangan sinis dan kata-kata kesat yang akan di lemparkan jika seseorang sedang mula bangkit dan mahu mengubah taraf hidup keluarga dengan berbisnes.
Pernah lihat iklan Hi-O? saya pasti pernah. Soalan saya, pernah anda mengutuk mereka? Sekali lagi saya pasti anda pernah bukan? Soalan kedua saya, anda mahu kekayaan “Inilah keluarga HI-O? saya tolong jawab, pasti mahu. Benar?
Apa yang cuba saya utarakan adalah, kita pandai mengkritik apabila seseorang melakukan sesuatu. Tetapi jika di suruh buat, mereka tak mahu. Sama dalam kes HI-O, mengkritik iklan pandai, jika kita suruh ambil peluang dan risiko macam orang dalam iklan itu, dia pasti melarikan diri!
Tinggalkan komen anda jika anda rasa anda bukan seorang yang stereotype
Assalamualaikum
{ 7 comments }



