Assalamualaikum wbt

Sekejap tadi saya baru sahaja menerima satu panggilan telefon daripada seorang pemburu impian didalam kumpulan saya di Kota Bharu. Beliau bertanyakan pendapat mengenai seorang sahabat yang telahpun menceburi bidang perniagaan Score A beberapa bulan yang lepas tetapi hari ini menghubungi beliau dan mahu meminta wang yang telah diberikan sebagai modal.

Modal tidak banyak, hanya RM2488 sahaja.

Didalam perniagaan, modal dianggap sebagai pelaburan pertama. Saya pasti sebelum seseorang menyalurkan modal untuk melakukan sesuatu perniagaan, mereka akan mengkaji terlebih dahulu akan baik buruk dan potensi masa depan perniagaan yang akan diceburi. Bukan sekadar masuk dengan tanpa motif. Didalam hal perniagaan score A, ia sama dengan mana-mana perniagaan. Bezanya, anda mempunyai kumpulan yang sedia membantu.

Saya ibaratkan orang yang sudah memberikan modal, diberikan portal score A yang bernilai hampir RM4000 dengan harga pukal RM2488 sudah cukup memandai. Jika dijual semua keuntungan sudah mencecah RM1500! Bukan sedikit.

Pun begitu, ada sesetengah golongan ibaratkan perniagaan adalah sesuatu yang suka-suka dan mereka tidak mengambilnya secara serius. Bayangkan jika kita mahu membuka sebuah kedai makan. Kedai sudah dibeli, kerusi meja sudah siap sedia, bahan makanan untuk dimasak sudah dibeli, hanya perlu membuka kedai sahaja untuk menarik pelanggan masuk dan kita selaku peniaga mula berniaga dan mendapat keuntungan.

Tetapi, ada situasi, semua sudah tersedia, kedai tidak dibuka untuk orang ramai masuk. Tidakkah itu merugikan dan menyebabkan modal hangus begitu sahaja? Atau jika buka pun, sekadar buka 2,3 kali sahaja. Kemudian tutup terus! Jika berlaku sedemikuan rupa, adakah boleh kita meminta balik duit yang kita guna daripada pemaju kedai yang kita beli? atau kita boleh meminta kembali wang daripada penjual kerusi meja yang sudah kita bayar semuanya? Sudah tentu sekali tidak!

Bagi saya, dari membazir, elok sahaja dibuka sahaja kedai tersebut. Manalah tahu, dari situ kita akan belajar banyak perkara-perkara baru dan suatu hari nanti, kedai yang kita fikir tidak punyai potensi akan menjadi salah sebuah kedai terbesar di Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Salah siapa jika kita gagal? Jika kita menunding satu jari kepada seseorang, ingat, ada 4 jari lagi menunjuk kearah KITA. Fikirkan sahabat.

“We do the best, let Allah do the rest”

Membantu lebih menjayakan.

{ 3 comments }

“Tuan sudah solat dhuha belum?”

Soal seorang sahabat dan juga pemburu impian yang saya sangat kagumi. “Jika belum, paip untuk ambil air sembahyang ada dibawah, saya siapkan sejadah, tuan solat dulu”.

Begitulah setiap kali kalau saya pergi ke rumah beliau untuk berbincang. Solat dhuha perlu diutamakan. Benar, setiap rezeki itu datang daripada Allah.

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka. (Surah al-Dhuha : 1-5 )

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi, “Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda: “Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda: “Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)

Doa selepas solat sunat Dhuha;

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Justeru, saya ingin mengajak semua orang untuk melakukan solat sunat dhuha. Terus terang saya katakan, kadang kala kita agak malas untuk melakukannya. Tetapi insyaALLAH, jika diamalkan ia akan menjadi mudah.

Memburu impian ini benar-benar menarik terutama soal mencari kesempurnaan hubungan dengan Allah

p/s: PIAA (Pemburu Impian And Associates), perlu ada meeting susulan, bila agak-agak boleh diadakan. Saya akan carikan masa insyaALLAH. Sebelum mula meeting, kita solat Dhuha dulu ya.

{ 0 comments }

Anda perlu membuat KEPUTUSAN hari ini

by fahdi on November 28, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, post kali ini ringkas sahaja. Saya sekadar ingin berkongsi satu video yang insyaALLAH boleh memotivasikan kita. Hayati ia dengan mata hati anda. Moga-moga beroleh semangat baru untuk memburu impian. Segalanya bermula dengan sebuah DECISION.

 

Semoga bertemu kembali! InsyaALLAH. Hebat hey!

{ 0 comments }

Go the extra mile! Ia kunci kejayaan pertama

by fahdi on September 27, 2011

Biarlah post kali ini saya mulakan dengan bacaan bismillah…Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan yang tidak terhingga ini. Syukur!

Pagi ini saya agak sedikit “lost”, tidak tahu dari mana mahu bermula. Semalam satu hari saya berada di rumah, tidak larat untuk keluar memandangkan kesihatan tidak mengizinkan.  Berhari-hari tidur lewat, makan tidak menentu dan ditambah dengan resdung yang menekan. Benar, seharian tidak melakukan apa-apa akan mengakibatkan minda separuh sedar kurang bekerja keras dan ia juga memberi kesan kepada momentum diri menurun.

Disebabkan hal ini, saya mencari pemangkin untuk mencari semangat baru.

Usai solat subuh, saya mencari kembali buku-buku lama untuk dibaca. Dengan harapan ia dapat memberi suntikan semangat baru. Semangat untuk membangun diri sendiri dan kumpulan PIAA (Pemburu Impian and Associates) yang diilhamkan hampir seminggu yang lalu.

Terjumpa satu buku “Bagaimana saya boleh menjadi JUTAWAN” daripada penulis yang saya kagumi. Adam Khoo.

Dalam satu bab yang membincangkan sembilan tabiat jutawan, Adam Khoo ada menjelaskan salah satu “attribute” jutawan yang penting adalah sentiasa melakukan perkara lebih baik dari apa yang diharapkan.

“Go the extra mile” jika ingin berjaya.

Teringat pesanan sifu dan mentor jutawan saya Tuan Haji Imran b Hadi, beliau memperingatkan kepada semua penggiat score A dan juga ahli edata supaya sentiasa bekerja kuat. Apa indicator kita bekerja dengan kuat dan mengambil pendekatan buat perkara lebih baik dari apa yang diharapkan? Mudah sahaja katanya,

“Kita lupa bila masa tidur, kita lupa untuk makan dan kita lupa hari apa, itulah indikator atau petunjuk yang nyata. Apabila kita bertungkus lumus, kita hanya akan fokus kepada potensi kejayaan masa depan. Buang penat, buang malas untuk mencari titik kejayaan. Pengorbanan ini bukan sahaja untuk memberi kemanisan kejayaan kepada diri sendiri tetapi juga kepada kumpulan yang sedang kita bina. Jayakan mereka supaya kita Berjaya. Simpan matlamat kita, realisasikan matlamat mereka. InsyaALLAH!”

Teringat vision statement kumpulan PIAA, Pemburu Impian and Associates:

“Melahirkan 10 orang berpendapatan 5 angka sebulah (TIE), 4 orang Kenshido Elite Club (KEC), 2 orang Kenshido Millionaire Club (KMC) dan menjadi group terbesar dan teramai jumlah di Edata Eastern Region pada tahun 2012”

Adakah misi dan wawasan ini akan tercapai?

Semua bergantung kepada saya dan kumpulan sekarang. Jika asyik dengan dunia yang perlahan pergerakannya, mungkin agak susah untuk menunaikan target ini.

Go the extra mile!

Go the extra mile!

Go the extra mile!

Bismillah…

{ 0 comments }

Mencari momentum dalam perniagaan networking

by fahdi on September 24, 2011

Sehari hari ini saya berada di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk mengadakan seminar usahawan wave-5 score A programme. Seminar ke-2 selepas sekian lama tidak diadakan.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan. Jika inginkan kesemuanya sempurna, sampai bila-bila tidak akan berjaya. Tidak adil untuk di bandingkan dengan seminar di Kota Bharu yang jumlahnya berkali ganda daripada Terengganu.  Cukuplah untuk permulaan. Alhamdulillah!

Kehadiran ke seminar hari ini cuma berjumlah 15 orang. 2 orang peserta adalah dari kumpulan saya,pemburu impian and associates (PIAA). Peningkatan jumlah seorang berbanding minggu lepas. Alhamdulilah. Syukur. Walau belum hebat, syukur dulu, kemudian lihat kembali di mana silap yang menjadikan bilangan kehadiran ke suw5 dari kumpulan PIAA sedikit dari kumpulan lain. Minggu depan pasti akan bertambah! Saya akan realisasikan!

Tiba-tiba saya teringat, momentum is the bisnes!

Oh! Rupanya belum ada momentum selepas hari raya. Masing-masing masih dalam mood raya. Belum cukup ‘matang’ tempoh beraya. Masih berada dalam keadaan santai.

Jika momentum adalah bisnes, persoalannya, bagaimana untuk mencari momentum?

Mencari momentum adalah paling susah dalam melakukan perniagaan. Analoginya mudah. Seperti juga kereta, penggunaan minyak paling banyak adalah semasa dalam gear 1. Yang mana pada peringkat ini, kereta memerlukan tenaga yang cukup besar untuk mencari momentum. Sesudah memperolehinya, ia akan menjadi sedikit mudah. Gear 2, gear 3, empat dah seterusnya 5.

Manusia dan perniagaan juga sama. Mencari momentum sukar jika tidak kena dengan caranya. Ia akan melibatkan banyak faktor dan faktor itu sebolehnya cukup kuat yang akan menyebabkan “letupan” yang membolehkan diri kembali memburu impian.

Di dalam bisnes berbentuk networking seperti score A programme, group meeting atau di Edata di panggil SGM (Success Group Meeting) diaplikasi. SGM perlu dilakukan sekerap yang boleh. Sekurang-kurangnya minumum adalah sekali seminggu. Ini membolehkan setiap orang “recharge” momentum yang sedia ada.

Bagi kes kumpulan di Terengganu, ramai yang selalu mengatakan orang Terengganu agak sukar untuk dipecahkan minda mereka kearah melakukan perniagaan. Saya akui perkara ini. Kelihatan beberapa orang sudah “give up” atau berputus asa dengan bumi yang kaya dengan hasil bumi ini.

Namun, saya optimis, bahawa satu hari nanti, kumpulan saya akan menjadi kumpulan terbesar di Terengganu dan membawa Score A programme ke serata negeri. Secara tidak langsung ia akan membantu kumpulan score A yang lain. Beberapa hal perlu diselesaikan. Pastikan momentum ada, duplikasi terhasil, mantapkan “believe” setiap orang. InsyaALLAH, pasti kumpulan ini akan bertambah dan bercambah setahun dari sekarang. Ini sasaran saya.

Yan penting sekarang adalah momentum mereka perlu di mulakan. Jangan tunggu lagi!

Ayuh! Lawan tetap lawan, lawan sampai JUTAWAN!

Related Posts with Thumbnails

{ 0 comments }