Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebanyakan manusia berjaya di dalam dunia sebenarnya lahir dan hadir disebabkan satu perkara

“DISIPLIN”

Resah juga sebenarnya apabila kita bercakap dan berdiskusi mengenai soal disiplin. Saya sendiri agak tidak pasti untuk post/entri kali ini. Sama ada saya mempunyai ‘kredibiliti’ untuk bercakap soal disiplin atau tidak. Tetapi di sebabkan ‘cabaran kepada diri’ saya teruskan.

Secara terang dan ?jujur dapat saya katakan bahawa disiplin bukan hanya boleh di lihat pada zahir sahaja. Dengan kata lain, jangan terlalu cepat membuat konklusi dan andaian jika kita melihat dari segi luaran seseorang.

Sebagai contoh, berlandaskan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, mahasiswa dan juga masyarakat malaysia, kita biasanya akan cuba mengaitkan cara berpakaian, gaya rambut, cara bercakap ?sebagai “bench mark” seseorang itu berdisiplin. Benar,tetapi mungkin tidak 100%.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, adakah dia seorang yang ‘total disiplin’?Persoalan yang sudah pasti sangat susah untuk dijawab.

Total disiplin

Total disiplin bermaksud seorang individu yang memiliki disiplin yang cukup tinggi dalam semua perkara. 100% dengan kata lain.

Bayangkan mahu berdisiplin bangun pada seawal jam 5 pagi pun sangat susah, inikan pula dalam hal lain”

Jadi bagaimana membawa diri ke arah total disiplin?

Caranya hanya ada satu sahaja.

“CABAR DIRI!”

Itu sahaja yang diperlukan. Cabar diri untuk melakukan setiap perkara mengikut apa yang anda rancangkan.Tinggalkan nafsu malas dan tidak mahu berubah.

Itu sahaja cara untuk kita berubah dan berdisiplin. Percayalah, dengan hanya disiplin boleh mengubah segalanya.

Bermula dari hari ini;

  • Usah lagi melukut di tepi gantang menagih simpati untuk mendapat kekayaan jika kita sendiri tidak mahu berdisiplin mengubah diri.
  • Usah lagi membeli produk-produk atau servis untuk memulakan perniagaan jika anda tidak berdisiplin untuk mempraktik kan ilmu yang ada.
  • Usah berangan untuk kaya jika anda tidak berdisiplin
  • Usaha mimpi untuk berjaya dalam hidup jika anda tidak berdisiplin
  • Usah SALAHKAN diri jika anda GAGAL kerana tidak berdisiplin.

Tip saya cukup mudah, bukan hanya beritahu diri “aku mahu berdisiplin”, tapi CABAR DIRI UNTUK BERDISIPLIN!

Dengan izin ALLAH, anda pasti berjaya! Percayalah.

Mulakan dengan perancangan yang ‘solid’, dan lakukan secara istiqhamah dah DISIPLIN

Pesanan ini bukan hanya untuk anda, tetapi untuk saya dan kita semua. Ingatlah, tuhan memberi kita peluang seluas-luasnya semasa hidup di dunia. Gunakahlah ia dan capailah ia. Caranya pertama, disiplinkan diri.

Mulakan dengan basmallah… Ayuh! kejar disiplin lifestyle today!


{ 2 comments }

Kalaulah Saya Ada Masa

by fahdi on October 10, 2009

Assalamualaikum
Tidak semua percaya bahawa diri mereka sesungguhnya telah diberikan tuhan dengan satu nikmat iaitu masa. Kenapa satu nikmat? Sesungguhnya masa itu adil dan setiap orang hanya di berikan selama 24 jam sehari. Tiada berlebih tiada berkurang.Maka tiada wujud perselisihan.
Persoalannya, ramai yang tidak memahami mengapa dan kenapa tuhan bersaksi dengan masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Apakah sebabnya? Bukankah masa itu cukup, dan setiap orang mempunyai kadar masa yang sama? Jika benar, mengapa ada yang selalu bersuara “kalaulah aku ada masa”.
Ya ‘Adl (Yang Maha Adil), tuhan menjadikan masa untuk setiap manusia itu sama. Anda perdana menteri yang mentadbir kerajaan sementara? Anda seorang raja yang menaungi sebuah negara? Anda professor kebanggaan universiti pertama dunia? Anda pekerja syarikat hebat bertaraf antarabangsa? Anda pelajar sebuah universiti terkemuka?Atau anda hanya seorang manusia kerdil di lorong tidak bersuara? Semua lahir dengan kadar masa yang sama. Jadi di mana kurangnya kita jika hendak melakukan sesuatu?
Yang lahir di dalam hati adalah ungkapan orang yang tiada keyakinan diri, “Aku tiada masa”.
Pernah satu ketika saya berbicara dengan seorang sahabat saya, saya bertanya.
“Saudara, saya kadang-kala tidak ada masa untuk melakukan semua ini (business) . Saya seorang pelajar yang perlu belajar! Projek tahun akhir juga banyak!”
“Fahdi, ALLAH mengilhamkan 24 jam sehari. Dan ALLAH memberi kebebasan kepada kita bagaimana untuk kita mencorakkannya. Di guna di jalan kebaikan atau jalan yang salah. Mudah sahaja untuk mencukupkan masa. Jika orang sedang lena di malam hari, bangkitlah dan redakanlah nafsu tidurmu agar kamu tidak lari dari matlamat asal hidupmu. Sembah lah tuhan di kala itu dan lakukanlah pekerjaanmu seawal mungkin. Jika sehari engkau jaga selama 18 jam (6pagi-12 tengah malam), cuba celikkan mata seawal 4 pagi. Dengan ini engkau akan mendapat kelebihan masa 2 jam dari orang lain. Tidak usah risau akan nafsu tidur selepas itu. Nabi juga anjurkan kita untuk tidur sekejap sebelum zuhur. Ambil masa 30 minit untuk tidur yang berkualiti. InsyaALLAH…”
Itu nasihat seorang rakan yang baru sahaja saya kenali. Mungkin kadang kala kita terlalu sombong dengan masa yang dicipta tuhan. Ingatlah..DIA bersaksi dengan masa. Kerana itulah manusia perlu peka.
yang mengingatkan diri sendiri

Assalamualaikum

Tidak semua percaya bahawa diri mereka sesungguhnya telah diberikan tuhan dengan satu nikmat iaitu masa. Kenapa satu nikmat? Sesungguhnya masa itu adil dan setiap orang hanya di berikan selama 24 jam sehari. Tiada berlebih tiada berkurang.Maka tiada wujud perselisihan.

Persoalannya, ramai yang tidak memahami mengapa dan kenapa tuhan bersaksi dengan masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Apakah sebabnya? Bukankah masa itu cukup, dan setiap orang mempunyai kadar masa yang sama? Jika benar, mengapa ada yang selalu bersuara “kalaulah aku ada masa”.

Ya ‘Adl (Yang Maha Adil), tuhan menjadikan masa untuk setiap manusia itu sama.

  • Anda perdana menteri yang mentadbir kerajaan sementara?
  • Anda seorang raja yang menaungi sebuah negara?
  • Anda professor kebanggaan universiti pertama dunia?
  • Anda pekerja syarikat hebat bertaraf antarabangsa?
  • Anda pelajar sebuah universiti terkemuka?
  • Atau anda hanya seorang manusia kerdil di lorong tidak bersuara?

Semuanya lahir dengan kadar masa yang sama. Jadi di mana kurangnya kita jika hendak melakukan sesuatu?

Yang lahir di dalam hati adalah ungkapan orang yang tiada keyakinan diri, “Aku tiada masa”.

Pernah satu ketika saya berbicara dengan seorang sahabat saya, saya bertanya.

“Saudara, saya kadang-kala tidak ada masa untuk melakukan semua ini (business) . Saya seorang pelajar yang perlu belajar! Projek tahun akhir juga banyak!”


“Fahdi, ALLAH mengilhamkan 24 jam sehari. Dan ALLAH memberi kebebasan kepada kita bagaimana untuk kita mencorakkannya. Di guna di jalan kebaikan atau jalan yang salah. Mudah sahaja untuk mencukupkan masa. Jika orang sedang lena di malam hari, bangkitlah dan redakanlah nafsu tidurmu agar kamu tidak lari dari matlamat asal hidupmu. Sembah lah tuhan di kala itu dan lakukanlah pekerjaanmu seawal mungkin. Jika sehari engkau jaga selama 18 jam (6pagi-12 tengah malam), cuba celikkan mata seawal 4 pagi. Dengan ini engkau akan mendapat kelebihan masa 2 jam dari orang lain. Tidak usah risau akan nafsu tidur selepas itu. Nabi juga anjurkan kita untuk tidur sekejap sebelum zuhur. Ambil masa 30 minit untuk tidur yang berkualiti. InsyaALLAH…”

Itu nasihat seorang rakan yang baru sahaja saya kenali. Mungkin kadang kala kita terlalu sombong dengan masa yang dicipta tuhan. Ingatlah..DIA bersaksi dengan masa. Kerana itulah manusia perlu peka.

Jika kamu rasakan yang kamu tidak ada masa, cabar diri kamu sendiri!

{ 4 comments }

intelincome.com Akhirnya Dilancarkan!

by fahdi on October 5, 2009

Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada semua pembaca! :)

Sudah beberapa hari saya tidak menulis di FG.com. Sebenarnya, saya sedang memberi perhatian kepada ‘study’ saya. Almaklumlah, sekarang projek tahun akhir amat banyak dan sesekali menekan stamina minda saya untuk terus berfikir.

Namun alhamdulillah, setelah berhempas pulas mencari masa dan memerah sumber yang ada, saya berjaya mereka cipta website untuk intelincome.com! Website pertama yang saya lahirkan. Alhamdulillah..

Intelincome.com kini dilancarkan!

Untitled_resize_resize

Intelincome.com merupakan website yang saya bina berdasarkan nama domain yang saya beli di GDI (Global Domain International). InsyaALLAH, melalui website ini, saya berharap intelincome akan berkembang ke seluruh malaysia dan boleh membina jaringan mereka yang mahu mencipta kejayaan.

Walaupun belum di lancarkan, intel income mendapat banyak respons daripada pembaca. Saya telah menerima banyak email dari mereka bertanyakan hal GDI.

Antara pertanyaan yang sering timbul di kalangan pembaca intelincome;

1) KAT MANA NAK BANK IN KAN RM35.00 TU..
Untuk melakukan pembayaran GDI, saudari memerlukan debit card atau credit card.
Dengan kata lain, saudara memerlukan kad seperti maybank, public bank dll
yang terdapat logo ‘visa’ atau ‘mastercard’
Bagi pengguna yang masih belum cukup syarat untuk memohon kredit card,
anda boleh memohon visa debit daripada maybank.
Untuk makluman saudari, maybank cukup mudah di gunakan.
Saya sendiri memiliki card ini. Anda boleh gunakannya seolah-oleh kredit card.
Bezanya hanya debit card adalah ‘prepaid’ dan credit card ‘postpaid’
Baik, card ini juga akan di gunakan oleh pihak GDI untuk membuat bayaran keuntungan
kepada ada. Secara terus! Maksudnya, saudari tidak perlu bersusah payah menunaikan cek
keuntungan di bank setiap bulan. Semua di lakukan secara online.
Mudah bukan?
2) CKP FREE TRIAL, NAPA KENA BYAR PLAK?
Baik, dengan GDI, saudari akan mendapat kelebihan yang SAMA seperti mana ahli lain semasa dalam ‘free 7 days trial’.
Saudari bakal memiliki satu domain (.ws, .com, .net atau apa sahaja domain yang saudari idamkan.)
Free trial bermaksud saudari perlu menyertakan sahaja kad debit atau kredit saudari.
Bayaran hanya di kenakan selepas 7 hari. Jangan risau. Boleh cancel akaun pada bila-bila masa
dalam masa 7 hari.
Kelebihannya, dalam masa 7 hari, walaupun masih dalam free trial, saudari di berikan SEMUA kelebihan
yang ahli berbayar ada. Ia supaya saudari experience sendiri bagaimana ‘buat duit dengan GDI’
Berbaloikan? =)
3) CMNA NAK JUAL MLALUI GDI NI?X FAHAM LAH..
GDI ini, basically ia mengamalkan sistem MLM. Dan main focusnya adalah nama domain.
cuba bayangkan, semua orang mahukan domain name sendiri. Sudah pasti penjualan domain
adalah sangat senang. Bilangan orang yang mahukan nama domain sendiri makin hari
makin menigkat. TIdak pernah berkurang. Jadi usah risau.
Bagaimana untuk pasarkan?
Baik, di GDI, semuanya sudah tersedia. Dari website untuk mempromosi,
email promosi, segala-gala sudah di sediakan. SIRIUS!

1) KAT MANA NAK BANK IN KAN RM35.00 TU..

Untuk melakukan pembayaran GDI, saudari memerlukan debit card atau credit card.?Dengan kata lain, saudara memerlukan kad seperti maybank, public bank dll?yang terdapat logo ‘visa’ atau ‘mastercard’

Bagi pengguna yang masih belum cukup syarat untuk memohon kredit card, ?anda boleh memohon visa debit daripada maybank. ?Untuk makluman saudari, maybank cukup mudah di gunakan. ?Saya sendiri memiliki card ini. Anda boleh gunakannya seolah-oleh kredit card.?Bezanya hanya debit card adalah ‘prepaid’ dan credit card ‘postpaid’

Baik, card ini juga akan di gunakan oleh pihak GDI untuk membuat bayaran keuntungan ?kepada ada. Secara terus! Maksudnya, saudari tidak perlu bersusah payah menunaikan cek ?keuntungan di bank setiap bulan. Semua di lakukan secara online. ?Mudah bukan?


2) CKP FREE TRIAL, NAPA KENA BYAR PLAK?

Baik, dengan GDI, saudari akan mendapat kelebihan yang SAMA seperti mana ahli lain semasa dalam ‘free 7 days trial’.

Saudari bakal memiliki satu domain (.ws, .com, .net atau apa sahaja domain yang saudari idamkan.)?Free trial bermaksud saudari perlu menyertakan sahaja kad debit atau kredit saudari. ?Bayaran hanya di kenakan selepas 7 hari. Jangan risau. Boleh cancel akaun pada bila-bila masa?dalam masa 7 hari.

Kelebihannya, dalam masa 7 hari, walaupun masih dalam free trial, saudari di berikan SEMUA kelebihan ?yang ahli berbayar ada. Ia supaya saudari experience sendiri bagaimana ‘buat duit dengan GDI’

Berbaloikan? =)


3) CMNA NAK JUAL MLALUI GDI NI?X FAHAM LAH..

GDI ini, basically ia mengamalkan sistem MLM. Dan main focusnya adalah nama domain.?cuba bayangkan, semua orang mahukan domain name sendiri. Sudah pasti penjualan domain?adalah sangat senang. Bilangan orang yang mahukan nama domain sendiri makin hari ?makin menigkat. TIdak pernah berkurang. Jadi usah risau.

Bagaimana untuk pasarkan?
Baik, di GDI, semuanya sudah tersedia. Dari website untuk mempromosi,
email promosi, segala-gala sudah di sediakan. SIRIUS!

Dan banyak lagi pertanyaan lain. InsyaALLAH, saya akan cuba menjawab dengan penuh jelas jika anda betul-betul mahu mengetahuinya.Bayangkanlah potensi yang akan anda dapat melalui GDI. InsyaALLAH, kita semua tidak akan rugi.

Jadi, jangan tunggu lagi,saya harap perkenalan anda dengan intelincome akan membawa kita kepada satu persahabatan memburu impian kebebasan kewangan. InsyaALLAH.

Ya ALLAH YA-ROZZAQ ( Maha Memberi Rezeki), berkatilah usaha kami dan iringilah kami dengan rezeki Mu. Kami Bermohon…Amin

{ 10 comments }

Misteri Hari Esok

by fahdi on September 30, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian :)

Nampaknya saya sudah beberapa hari sudah tidak menulis di blog. Almaklum lah, apabila tibanya syawal, masing-masing sibuk dengan persiapan hari raya. Masalah biasa timbul pada musim ini adalah kesesakan yang melampau terutama jalan-jalan yang melibatkan perjalanan ke pantai timur. Alhamdulillah, saya sempat mengelak dari menjadi mangsa?traffic jam.

Apa pun selamat hari raya, maaf zahir dan batin saya ucapkan :)

jika ada terkasar bahasa terlanjur kata samada saya sedari atau tidak. Saya sendiri merupakan manusia biasa yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan. InsyaALLAH, saya sendiri tidak menyimpan dendam atau perasaan marah kepada sesiapa. Harap-harap, jika berlaku, kita boleh saling bermaafan di lebaran ini.

“Misteri hari esok”

Sedang dalam perjalanan pulang ke universiti selepas pulang beraya, semasa di dalam kereta berseorangan, saya terlihat kesan-kesan kemalangan sepanjang lebuh raya plus (laluan KL-Ipoh). Ada yang seperti kesan terbakar, ada besi penghadang di tepi jalan bengkok dan rosak teruk dll.

“Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku”

Perjalanan di teruskan lagi, dan saya terus berfikir, adakah pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akan tahu yang mereka akan berhadapan dengan kecelakaan… ?lagi 1 minit? atau 30 saat? atau mungkin hari esok mereka akan kehilangan nyawa? Kita tidak langsung mengetahui apakah yang akan terjadi kepada kita.

Cuba anda bayangkan, bolehkan kita tentukan apa yang akan terjadi selepas 30 minit anda membaca post saya pada kali ini? Mungkin anda akan mendapat penggilan dari seseorang? atau seorang rakan muncul di bilik anda?atau anda akan terjumpa satu lubuk emas??Atau… anda akan di panggil ilahi menghadapNYA?

Ya, kita boleh merancang, tetapi ada PERANCANG yang lebih hebat daripada kita.

Tenanglah wahai hati yang sentiasa bercelaru memikirkan masa depan. Sesungguhnya masa depan itu ada, cuma kita yang bakal mencoraknya. Jika buruk perancangan, maka buruklah, dan jika baik, mintalah moga di permudah urusan kita sepanjang perjalanan untuk memburu impian. Jangan takutkan misteri hari esok, kerana ia belum tercatat, tetapi takutlah kehilangan hari ini yang sudah di tentukan kita masih boleh mengecapinya.

Destinasi

Saya sedikit terkesan dengan pemikiran ini. Mungkin ia adalah petunjuk bahawa kita jangan terlalu sombong dan angkuh dalam menjalani kehidupan sebagai sorang hamba. Ingatlah, kita ada DESTINASI yang bakal kita tuju.

Bagaimana dengan Bisness GDI saya? Sudah lama tidak mendengar khabar berita.Alhamdulillah, sekarang saya sudah sampai ke peringkat menyiapkan website untuk team intelincome. Saya sudah upload ke webhosting. Sekarang hanya memerlukan promosi dan mengajak mereka yang mempunyai impian yang sama untuk mengubah kehidupan. Tidak lama lagi harapan saya, team intelincome akan dapat mula bergerak. InsyaALLAH.

Sehingga berjumpa lagi.

p/s: Post kali ini lain sedikit dari yang lain. Saya harap ia ?boleh memberi sedikit kesan ke dalam hati. Ingatlah, masa tidak menunggu kita. Ia terus bergerak walau kita berjalan dan tidur, dan perjalanan masa membawa kepada satu misteri yang kita sendiri tidak dapat menjawabnya… apa akan berlaku kepada anda dalam masa 1 minit? ?30 saat? … fikirkan..

{ 2 comments }

GDI : Perniagaan Lumayan Untuk Diceburi

by fahdi on September 17, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca! :)

Bagaimana persediaan hari raya yang bakal menjelang lagi 2 hari? Saya harap semuanya baik-baik dan berjalan lancar. Walaupun ia perayaan bagi umat islam, tidak salah jika kita kongsi kegembiraan kita dengan kaum-kaum yang lain. Moga-moga lagi mendapat keberkatan. :D

Baiklah, sebelum ini saya ada memperkatakan mengenai satu peluang dan cabang perniagaan internet yang sedang saya usahakan. Apakah perniagaan tersebut?

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa, perkara pokok yang perlu anda sematkan di dalam hati sebelum mengetahui akan perihal perniagaan ini adalah, setiap janji manis, kebebasan kewangan yang di war warkan dan janji kekayaan yang bakal di peroleh semuanya berlandaskan satu prinsip. Dan prinsip ini di amalkan oleh semua ahli perniagaan. Kecil, sederhana, besar, national dan international.Prinsipnya adalah, USAHA DAN SABAR! itu sahaja.

Jadi sudah bersedia?

Perniagaan yang saya katakan adalah GDI (Global Domain International)


Bagaimana saya bermula?

Saya mula-mula mengenali GDI adalah melalui satu laman blog yang kini pemiliknya sudah menjadi antara teman rapat saya di alam cyber. Blog yang saya maksudkan adalah blog saudara fathuri. Pada awalnya, saya agak skeptikal dengan perniagaan seperti ini. Yalah, memandangkan saya sudah jemu dengan janji-janji manis yang di tawarkan oleh setiap agen atau yang mengaku mereka ‘guru’ tetapi hanya pusing informasi dan di jual dengan harga yang sangat mahal. Dan jika di teliti, produk mereka hanyalah produk yang sama yang orang lain jual.

Saya bertanya lagi, adakah ia perniagaan yang memerlukan kita menjual produk? atau kita menjadi affiliate untuk program tersebut? atau adakah ia perniagaan MLM?

Setelah dikaji, sahlah ia perniagaan berteraskan MLM. GDI adalah program MLM!

Jadi, mengapa saya memilih GDI?

Saya harus akui, faktor utama yang menarik minat saya menyertai GDI adalah kerana pelan pemasarannya yang sangat hebat!

Cuba anda bayangkan, saya hanya menonton video 7 minit GDI, saya terus sign up! Tiada ragu di dalam hati bahawa inilah perniagaan yang mampu membawa pulangan lumayan suatu hari nanti. SAYA TIDAK MAHU KETINGGALAN!

Kebiasaannya, jika pendapatan melibatkan MLM, saya akan tolak terus ke tepi. Saya sendiri sudah serik dengan pengalaman yang lalu. Tetapi, GDI mengubah persepsi saya. Saya seakan2 tidak percaya. Potensi, peluang dan masa depan yang cerah saya dapat rasakan.

Mengapa Saya memilih GDI sebagai peluang menggandakan pendapatan?

1)Prinsip perniagaan mereka – Menjual domain
Kita tahu domain sekarang semakin menjadi kegilaan semua orang. Asal sahaja bercakap mengenai perniagaan online, perlukan domain. Bercakap mengenai blog persendirian memerlukan domain, game? Masakan? Pakaian? semua sudah berasaskan internet pada masa sekarang. TIdak mustahil kita boleh menjana pendapatan lumayan dari GDI

2)Kuasa internet
Ramai rakan-rakan saya yang belajar di luar negara. Malah adik saya sendiri sekarang sedang melanjutkan pelajaran di jepun. Apa kata mereka? ?Internet adalah segalanya? Di negara-negara maju seperti jepun dan US, SEGALANYA boleh di beli di internet. Cakap sahaja. Nasi? Ayam siap sembelih? Kereta?

Satu fakta, di negara jepun, untuk membeli ayam halal, anda hanya perlu mengisi borang di internet dan sekejap sahaja, ayam proses akan berada di depan rumah! Jadi, nampak? Itu kuasa internet! dengan GDI, kita boleh pergi ke market GLOBAL!

3)Team yang kuat
Kebiasaanya, untuk maju di dalam perniagaan, kita memerlukan satu team yang kuat untuk menyokong satu sama lain. Sokongan ini boleh memberi kita inspirasi dan motivasi jika kita lari arah. Cuba bayangkan, tanpa bimbingan yang kuat, apabila ada masalah, pasti kita akan give up bukan? Ya! itulah datangnya sistem TEAM! dan di GDI, terutama team fathuri dan associate, kita ada satu team yang sangat2 supportive. Jangan risau:)

Anda tidak perlu lagi berseorangan jika menyertai GDI. Saya harus akui, team GDI yang di wujudkan oleh En Fathuri sangat luar biasa. Anda akan di ajar, di latih dan di beri bimbingan yang luar biasa untuk menjana impian anda. Kami di team fathuri and associate akan saling bantu membantu.

4)Hebatnya GDI
Hebat kah GDI? memang! itu saya akui. Tetapi dengan satu syarat. Simple, anda perlu juga berusaha. Bayangkan potensi pendapatan yang anda akan kecapi setahun, 2 tahun akan datang. Sangat berbaloi. Cakap sahaja, berapa anda inginkan, 100usd? 1,000usd? 10,000 usd sebulan? Bergantung kepada USAHA dan yang penting TEAM kita ada untuk sentiasa membantu dan mengajar.

Ingatlah, jika saya hanya dengan melihat video 7 MINIT susah mampu melihat pintu rezeki ini, masakan tidak anda. Tidak mengapa. Jika tidak yakin, ulang dan ulang. Sehingga keyakinan anda datang. Masih tidak percaya? Hubungi kami, team GDI. InsyaALLAH, anda akan di bantu.?:)

Mulakanlah langkah anda hari ini. Saya menulis di blog bukan lah hanya untuk tujuan promosi, tetapi saya dapat “MELIHAT’ keberkesanan dan realiti sumber income pasif yang dapat di jana oleh GDI. Saya tahu, anda seperti saya pada awalnya. tidak tahu jika ia pilihan yang benar atau salah. Tidak mengapa. Saya memahami. Tiada paksaan dalam menggapai kejayaan.

Jika anda mahukan kejayaan, klik di sini. Suka saya ingatkan, anda akan mendapat 7 hari tanpa bayaran (free trial dari pihak GDI)

Saya dan team fathuri and associate akan sentiasa membantu dan memberi galakan. InsyaALLAH.

Yakin boleh!

P/S: apa komen anda? Sila kemukakan di ruangan comment di bawah :)

Related Posts with Thumbnails

{ 8 comments }