Sehari sebelum Syawal dan Jigsaw Puzzle

by fahdi on August 29, 2011

Hari ini agak berlainan kisah memburu impian dari hari-hari biasa bulan Ramadhan.

Hari ini terasa amat berat untuk meninggalkan Ramadhan. Solat tahajud malam tadi terasa sungguh susah. Seolah-olah tidak mahu bangun dari tempat solat. Benarlah kata-kata Allah, demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Rugi benar rasanya tidak memanafaatkan Ramadhan dengan cara yang betul sebelum ini.

Sebelum bermula Ramadhan, bersungguh-sungguh menetapkan matlamat, tetapi bila tiba saat diuji oleh kesibukan (dan kadang-kadang buat-buat sibuk) saya lupa. Lupa akan target ibadah yang sudah di atur pada peringkat permulaan.

“Adakah aku akan berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan?”

Seorang sahabat dan juga mentor ada memberitahu saya, hidup ini umpama sebuah “jigsaw puzzle”. Semua bertaburan, sedang mencari satu point atau ceraian yang boleh menjadi titik point rujukan untuk mencantumkan “jigsaw puzzle” menjadi sebuah imej yang lengkap.

Di awal usia 24 tahun, barangkali masih terlalu banyak “jigsaw puzzle” yang bercerai dan diminta supaya lekas-lekas disatukan. Dirujuk, diselidiki, mungkin ada beberapa jawapan bagi persoalan ini. Ada yang memberitahu “Anda patut berkahwin!”, ada juga memberitahu “Anda perlu ada strategi memburu impian”, tidak kurang memberitahu “Carilah mentor!”.

Saya tidak mengatakan semua itu tidak betul dan tidak juga mengatakan semua itu benar. Ya, nikah dan beristeri itu satu fitrah, strategi memburu impian sesiapa boleh buat (dengan syarat betul caranya), dan mentor sudahpun lebih dari mencukupi. Persoalannya adalah, jika berjaya di selesaikan, adakah  jigsaw puzzle yang berselerak akan boleh diselesaikan? Pasti?

Kembali kepada fitrah. Akhirnya hanya Allah tujuan hidup…

  • Siapa sebenarnya yang boleh memberi kelapangan disebalik kesempitan, Dia adalah Allah
  • Siapa Al-Jami’ yang boleh menemukan seseorang dan memberi cinta seorang isteri? Dia adalah Allah
  • Siapa Al-Rozzak, maha memberi rezeki dari impian ini? Dia adalah Allah
  • Siapa yang sebenarnya mentor dan penunjuk arah paling hebat? Dia adalah Allah

Allahhuakhbar! Rupanya titik yang bakal menghubungkan semua jigsaw puzzle yang selama ini susah, ada terlalu dekat dengan saya.

“Di, kalau kita ada matlamat tempat yang perlu dituju, carilah alat GPS yang boleh membantu. Dengan syarat signal boleh diterima” Beritahu seorang sahabat. “Apa maknanya?” Tanya saya kembali. “Maknanya, jika kita ada matlamat yang ingin diburu, kita dah nampak target (jutawan) , kita sudah ada jalan dan alat (perniagaan) untuk ke destinasi, tetapi jika kita tidak menjaga hubungan dan signal dengan Allah, sudah pasti kita akan sesat jua akhirnya”

“La Tahzan, Innallahamaana…(Jangan Bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!)”

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

{ 0 comments }

Memburu Impian dunia dan akhirat bukan semudah yang disangka. Seperti Prof Dr Muhd Kamil juga, aku inginkan syurga Firdaus tanpa dihisab apabila tiba hari pembalasan nanti. Namun Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi. Sempat lagi atau tidak untuk memburu impian ramadhan ini?

Saya merenung kembali sebulan tempoh yang diberikan Allah untuk dimanafaatkan bersungguh-sungguh untuk mengejar ibadah. Ada sekejap rajin, ada sekejap lebih mengutamankan dunia. Sungguh! Saya manusia biasa. Memang banyak benar cabarannya.

“Adakah aku akan berjumpa dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan. Apakah ia akan lebih baik dari Ramadhan tahun ini?”

InsyaALLAH, mahu bertekad lagi, misi dan visi ini akan teruskan selepas sahaja Ramadhan.

“Salam Lebaran Aidilfirti, Maaf Zahir Batin”

{ 0 comments }

Memburu Impian Ramadhan 1432

by fahdi on August 4, 2011

Assalamualaikum,

Post kali ini adalah yang pertama dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih membenarkan saya untuk bernafas dan menghirup udara tenang di bulan penuh barakah ini. Alhamdulillah.1000 kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan sekalian alam.

Perjalanan memburu impian pada bulan Ramadhan tahun ini amat berbeza dan insyaALLAH saya dapat rasakan ia akan lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.

Pertama, dulu saya hanya berpuasa, berbuka dan menjalani ibadah di sekolah, dan selepas itu di Universiti, dan tahun lepas di Kuala Lumpur semasa masih lagi bekerja di Proton Sdn Bhd,jauh dari keluarga. Tetapi tahun ini amat berbeza. Tahun ini ibadah puasa di temani oleh keluarga. Bersama-sama bersahur, berbuka dan yang pasti bersolat jamaah bersama hampir untuk semua waktu. Kecuali Zohor dan Asar.

Kedua, tahun ini saya memiliki azam yang jelas berbanding tahun-tahun sudah. Dulu main hentam keromo. Ketika rajin buat, ketika malas tinggalkan. Tahun ini, saya memiliki azam, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi saya juga mengajak rakan-rakan yang lain unutk turut serta. Azamnya adalah untuk menghabiskan 1 juzuk al-quran sehari dan untuk bangun tahajud setiap malam. 

Setakat 4 hari Ramadhan, alhamdulillah, ia masih lagi tercapai.

Harapannya, ia akan tetap diteruskan walau apa jua yang berlaku. Moga-moga di beri kesihatan dan kemudahan dalam setiap tindakan.

Saya tahu ia tidak cukup jika dibanding dengan amalan orang lain. Umat islam yang lain saya pasti semua sedang berlumba-lumba untuk mengejar impian ramadhan masing-masing dalam corak dan pola yang ditentukan sendiri. Tidak ada paksaan. Hanya yang memiliki “hati” untuk Ramadhan sahaja yang akan bertungkus lumus.

Pun begitu, matlamat saya walau sekecil mana amalan yang terdaya dilakukan berbanding orang lain, keihklasan untuk memohon kemaafan dari Allah berhasil. Dialah yang mencipta langit dan bumi, penguasa setiap inci dunia dan Dialah yang hebat mencipta manusia hanya dari setitis air yang hina. Hanya Allah yang layak menilai.

“Ya Allah, semoga impian Ramadhan ku, keluargaku, sahabatku dan seluruh umat islam tahun tercapai. Temukanlah kami dengan malam 1000 bulan Lailatulqadar. InsyaALLAH”

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna..”

Amin ya ALLAH atas nikmat ini! Thank you ALLAH!

{ 0 comments }

BMW: Siapakah anda pada umur 65 tahun?

by fahdi on July 25, 2011

Beberapa hari yang lepas saya telah menghadiri satu seminar BMW, “Breakthrough Mind Workshop” di salah sebuah center terkenal Score A programme di Bandar Tasik Selatan.

Dalam seminar tersebut, hampir 155 peserta diberi kesempatan untuk mendengar dan menimba ilmu dengan salah seorang sifu dan juga MMC “Multi Millionaire Club” En Abdul Aziz Samad sehari suntuk. Tujuannya? Untuk memberi lebih keyakinan dan juga pendedahan yang menyeluruh akan tujuan dan matlamat melakukan perniagaan.

Sepanjang seminar, saya memperoleh banyak input. Dan antara yang terpenting yang dirasakan patut dikongsikan adalah mengenai satu fakta yang memeranjatkan, “siapa anda pada umur 65 tahun”

Ramai orang beranggapan, pada umur tersebut adalah masa ideal untuk hanya duduk di rumah, berehat bersama keluarga melayan kerenah cucu cicit, menunaikan ibadah sebanyak mungkin, disamping menikmati hasil kerja keras selamat berpuluh tahun mencari rezeki.

Wang pencen, KWSP, bonus-bonus dihitung dicongak umpama satu sinar yang menggambarkan kehidupan yang tenang boleh diteruskan tampa perlu bekerja lagi. Begitu indah dirasakan. Pada waktu itu, hutang-hutang sudah dilangsaikan, cuma tinggal wang untuk diri sendiri dan untuk keluarga sahaja.

Rupanya, tanggapan biasa itu meleset sama sekali..!

Ia bagaikan angan mat jenin yang dangkal tidak tahu akan apa yang bakal berlaku jika kesedaran diri tidak diperoleh diperngkat awal.

Statistik jelas menunjukkan, pada umur 65 tahun, kebanyakan orang akan:

  • 54% – Miskin
  • 36% – Meninggal
  • 5%  -  Bermajikan
  • 4%  -  Kewangan stabil
  • 1%  -  Kaya Raya
Nombor dan angka tidak akan menipu. Inilah statistik yang sebenarnya adalah realiti kehidupan masa kini. Hanya 1% sahaja yang akan berakhirnya dengan kaya raya dan memiliki kehidupan yang cukup dari sudut kewangan. Golongan ini dinamakan sebagai one per center group.
Paling menyedihkan, separuh mereka yang berumur 65 tahun adalah miskin. Dengan kata lain, mereka tidak memiliki apa-apa walaupun sudah berusaha keras sepanjang hidup puluhan tahun. Bayangkan, jika ini terjadi kepada anda ataupun keluarga, ayah dan ibu.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan 1% yang berjaya dan kaya raya. Dan insyaALLAH.. kita jadi orang kaya yang beriman.
Lawan tetap lawan, lawan sampai jutawan!

{ 1 comment }

Hari ini aku semakin dekat dengan..

by fahdi on June 22, 2011

Semalam saya memandu seorang diri dari Kuala Lumpur pulang ke negeri tanah air, Kelantan. Perjalanan pulang yang memakan masa selama lebih kurang 7 – 8 jam terasa sangat memenatkan. Mungkin kerana berseorangan tanpa teman.

Tapi tak mengapa, itu resam dan adat untuk berjaya. Jika hari ini berseorangan, mungkin barangkali berdua, bertiga lain kali.

Dalam perjalanan, untuk menghilangkan rasa ‘boring’, saya mencari-cari siaran radio yang boleh didengar. Agak susah memandangkan tiada ‘signal’ didalam hutan. Butang ‘search’ terpaksa ditekan berkali kali dengan penuh pengharapan. Selang beberapa ketika, saya berjaya!

Alhamdulillah, siaran radio yang berjaya masuk ke dalam kotak speaker kereta adalah radio IKIM.fm, dan apa yang menarik slot pada waktu itu membincangkan soal kematian.

Tatkala mendengar DJ (atau mungkin barangkali ustaz jemputan) berbicara soal alam barzakh, saya berfikir seorang diri, merenung sesuatu yang agak kurang saya perhatikan selama ini.

5 perkara yang terlintas:

  1. Hari ini aku semakin hampir dengan impian bergelar jutawan
  2. Hari ini aku semakin hampir dengan impian membeli rumah kepada keluargaku
  3. Hari ini aku semakin hampir dengan impian berumah tangga
  4. Hari ini aku semakin hampir dengan impian melatih orang lain untuk turut sama menjadi jutawan
  5. dan… Hari ini aku juga semakin hampir dengan KEMATIAN.. subhanallah!

Orang kata, setiap kali hari jadi, perkara biasa yang diucapkan adalah “Selamat panjang umur”.

Oh! Rupanya silap. Patut diucapkan “Selamat pendek umur”.

p/s: Jika kita dapat lihat semua ini, pasti akan dijauhkan betul-betul daripada melakukan dosa. Tetapi.. kita manusia yang sentiasa lupa.. Allahuakhbar! Ya Allah, jangan jadikan kami sebagai hamba dunia, tetapi jadikanlah kami orang yang sentiasa berjihad dalam perniagaan supaya ekonomi dapat kami takluk di tangan, dan pada masa sama ya Allah, berikanlah kami kemanisan dengan sentiasa mengingatimu di hati kami. Amin!

 

Related Posts with Thumbnails

{ 1 comment }