Alhamdulillah, blog sudah berumur 3 tahun!

by fahdi on June 16, 2011

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya blog ini kembali online selepas beberapa ketika bermasalah.  Syukur, sudah 3 tahun blog ini diwujudkan. Dah banyak penambahan, perkongsian ilmu yang diharapkan memberi manafaat kepada semua.

Blog ini diwujudkan pada Jun 2008 semasa saya masih lagi belajar di Universiti Teknologi PETRONAS, pada awalnya bertujuan untuk berkongsi pendapat dan ilmu mengenai perniagaan internet, motivasi dan berita berita semasa, sekarang ia berevolusi menjadi wadah bagi saya berkongsi pendapat mengenai dunia perniagaan sebenar. Disini dirakam pelbagai cerita menarik sepanjang tempoh saya berada di dunia ini untuk memburu impian.

Mungkin  disini adalah tempat untuk saya melihat kembali selepas mendapat kejayaan kelak. Mungkin juga anak-anak nanti boleh melihat siapa ayahnya semasa muda. Ehem! InsyaALLAH :)

Kalau dibaca kembali post pertama blog ini, agak lucu bunyinya. Seolah-olah langsung tak pandai berbahasa Melayu dengan baik. Tulis ikut suka barangkali pada masa itu. Almaklum, baru berjinak-jinak. Jalan perlahan-lahan.

Apapun, InsyaALLAH, saya akan manafaatkan blog ini sebagai tempat berkarya, menambah kenalan dan juga catatatan peribadi, “Siapa aku dulu, kini dan siapa aku akan datang”.

Sejarah 2008, 2009, 2010 sudah terlakar dengan banyak deretan kejayaan. Sekarang masanya untuk memburu impian 2011 agar ia bukan satu catatan mengecewakan!

Berhenti berharap, agresifkan tindakan.

Lawan tetap lawan, lawan sampai JUTAWAN! Hebat!

{ 0 comments }

I do THE BEST, ALLAH do THE REST

by fahdi on May 26, 2011

Bismillah…

Hari ini terasa dada yang amat lapang selepas sahaja solat subuh pagi tadi. Mungkin hasil daripada bacaan surah yaasin 20min dan zikir yang tersekat-sekat dek rasa mengantuk. Tak mengapalah, asalkan ada niat mahu melakukan perubahan kearah lebih baik hari ini. Alhamdulillah.

Perjalanan memburu impian beberapa bulan ini seakan-akan tampak sukar sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya. Jika dulu semasa bermastautin di Kuala Lumpur, segala kemudahan sudah disediakan dan perjalanan ke wisma yang saya panggil “medan memburu impian” di Kota Damansara hanya memakan masa sekitar 20 minit sangat memudahkan. Mentor, seminar untuk menambah ilmu didada terlalu banyak malah melimpah-limpah.

Senario ini berubah tatkala saya pulang menetap di Negeri kelahiran Kelantan bersama beberapa teman dari Kuala Lumpur, untuk bergabung tenaga dengan rakan niaga di pantai timur untuk mencipta Magis Score A di sini. Matlamat dasar kami adalah supaya score A gah seperti mana di Kuala Lumpur dan Selangor. Sejarah mungkin akan tercipta disini..

Memang benar takdir Allah yang menentukan segalanya. Dan sememangnya benar frasa “I do the best, let Allah do the rest”. Kami buat sebaik mungkin, dan biarlah Allah yang tentukan dari mana punca rezeki itu akan hadir dan datang.

Alhamdulillah,

Bermula dari pejabat yang kecil, kami ditemukan dengan seorang ahli perniagaan. En Hisham. Perbincangan dimulai dengan soal jawab biasa-biasa akhirnya menjadi sesuatu yang serius. Dari kami yang tidak memiliki apa-apa, akhirnya Allah telah menghantar apa yang dikatakan rezeki kepada kami. Alhamdulillah, En Hisham bersetuju untuk bersama-sama mengembleng tenaga mempromosi score A di sini dan beliau bermurah hati memberikan pejabat yang lebih besar di Kota Bharu. “Mutual understanding” dicapai dan… wallah! Edata Network Eastern Region mula bertapak di bumi cik Siti Wang Kembang.

Saya tahu, “Untuk dapat sesuatu yang luar biasa, kita perlu berusaha secara luar biasa”. Lakukan yang habis baik. Kerana Allah tidak akan zalim kepada hambanya. Jika bukan sekarang, kejayaan pasti akan pasti dimiliki.

“I DO THE BEST, ALLAH DO THE REST”

{ 1 comment }

Nafsu besar, tenaga kurang. Oh!

by fahdi on May 24, 2011

“Nak, pakcik memang nak kaya, tapi pakcik MALAS”

Fuh, itu adalah jawapan salah seorang “future business partner” yang datang bertemu saya di pejabat di Kota Bharu Kelantan. Beliau bertemu saya selepas beliau mendapat satu flyers yang menerangkan yang setiap orang boleh mendapat pendapatan RM10,000 dalam masa 3 bulan dengan Score A programme .

Teringat kata-kata seorang sahabat saya di Kuala Lumpur. Beliau pernah memberitahu saya mengenai sifat dan kepercayaan masyarakat terutama orang Melayu. Mereka mahu dan memiliki impian yang cukup besar. Mahu kereta besar, rumah besar, tetapi usahanya sikit, “MALAS!”

Itulah yang sahabat saya ketegorikan sebagai “Nafsu BESAR, TENAGA kurang”

Agak lucu apabila kali pertama mendengar frasa tersebut. Tetapi saya boleh anggap ia sangat berketepatan dan tepat mengenai hati orang biasa-biasa. Orang biasa-biasa yang mahu semua benda miliknya, tetapi malas berusaha.

Adakah anda ketegori itu?

Jika ya,muhasabah diri, dan lakukan perubahan sekarang.

Jadilah orang yang “Nafsu BESAR, TENAGA pun BESAR”

Akhir kata,

Lawan tetap lawan, lawan sampai jadi JUTAWAN!”

{ 0 comments }

Kata orang, “money create money”. Maksudnya, duit akan mencipta duit yang lebih banyak. Jadi dalam konteks bisnes, duit adalah modal permulaan yang perlu dikeluarkan oleh seseorang sebelum bermulanya proses menjadi usahawan dan bergelar “businessman”.

Apa yang “menakjubkan” saya selama ini, selepas terlibat dengan dunia perniagaan yang kebanyakannya banyak memfokus kepada pembangunan usahawan baru dibawah rangkaian Score A Programme, jawapan yang biasa di keluarkan oleh kebanyakan rakan niaga baru adalah soal modal. Katanya modal terlalu besar dan meraka tidak mampu!

Ya, ia logik kalau difikirkan bahawa yang berbicara itu adalah orang Melayu yang juga bangsa saya sendiri. Bagi saya, modal tidak akan menjadi halangan jika kita ada satu wawasan yang tinggi. Samada wawasan untuk pembangunan ekonomi diri sendiri atau lebih hebat adalah cita-cita untuk membangunan ekonomi masyarakat, negara dan ummah.

Permasaalahannya adalah, kebanyakan orang kita “tidak sanggup” untuk mengeluarkan modal demi sebuah kejayaan pada masa akan datang.

Saya amat kagum apabila terfikir, semasa Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas kepada Genting, sewaktu diawal idea penubuhan sebuah pusat komersial diatas bukit,  Genting Highland (Genting Sempah) hanyalah sebuah bukit biasa yang pada dasarnya amat mustahil untuk diwujudkan sebuah tempat hiburan keluarga disana. Dengan tiada kemudahan asas seperti jalan, saya yakin yang ia melibatkan sejumlah MODAL yang teramat besar! Berbilion mungkin!

Namun, biarpun halangan kos yang tinggi, dengan “success rate” kosong,  beliau yakin yang kejayaan beliau bukan diukur oleh modal, tetapi idea bisnes yang hebat yang beliau ada.

Jadi sekali lagi, “Money creates money”

Daripada kosong, sekarang, sebagai fakta, CEO genting mendapat pendapatan RM12 juta sebulan!

Saya hairan kenapa orang Melayu sukar untuk melihat perkara yang besar menanti mereka dihadapan. Sebaliknya mereka fikirkan modal yang bagi mereka terlalu besar.

Jika diikutkan, pelaburan untuk menghabiskan pelajaran dari darjah 1 hingga selesai pengajian selama 16 tahun memakan kos beratus ribu ringgit. Ada yang mendapat kerja, tetapi ada juga yang tidak. Jadi apakah nilai pelaburan tadi?

p/s: Kalau nak beli kereta, handphone, baiki rumah, pergi melancong tidak malu dan segan untuk meminta-minta belas kasihan orang untuk meminjam. Tetapi kalau untuk mulakan perniagaan malu? Muhasabah diri anda teman-teman! Bangsa lain sudah maju, dan untuk maju perlu perniagaan. Kita bila lagi?

p/p/s: Kata berita sebuah surat khabar baru-baru ini, kita orang Melayu, MISKIN di Tanah SENDIRI. Oh!

 

{ 27 comments }

Dalam tempoh seminggu, beberapa orang rakan niaga saya menyuarakan rasa “down” mereka melakukan peniagaan. Bunyinya bagai amat susah untuk berjaya dalam perniagaan yang dilakukan sekarang. Putus asa, terasa tidak bersemangat, frust, bercampur gaul dan seterusnya mewujudkan kronologi perasaan putus asa ini.

Bagi saya itu NORMAL! Sememangnya kita dicipta oleh Allah memiliki sifat yang unik. Sekejap kita merasakan kita terlalu bermotivasi, seketika selepas itu kita berasa amat dukacita terhadap persekitaran yang menekan. Sekali lagi, ia normal sahabatku!

Ayuh kita senaraikan satu persatu masalah yang “biasa” dihadapi apabila berhadapan dengan prospek.

  1. Rejection! Rejection! Rejection!
  2. Saya tidak mahu bisnes
  3. Saya tidak ada duit untuk bermula
  4. Saya MALAS
  5. Cukuplah dengan apa yang saya ada sekarang. Kenapa mahu lebih?
  6. Saya sedang buat bisnes yang lagi lebih elok
  7. Tools yang tidak mencukupi
  8. Halangan daripada persekitaran
  9. Kurang ilmu
  10. Dan banyak lagi…..

Bayangkan, walaupun baru setahun jagung dalam perniagaan ini, ayat-ayat diatas sudah mula datang kepada kita bak peluru berpandu yang ditujukan kepada musuh dimedan perang, ia akhirnya membuatkan kita tewas tanpa sempat berbuat apa-apa.

Sahabatku… andai ini terjadi kepadamu,ingatlah kita memiliki satu SENJATA yang amat hebat yang diberikan oleh Allah bagi semua makhluk ciptaannya. Tapi sayang, ia hanya mampu digunakan oleh segelintir dari kita.

Apakah senjata tersebut? Ia adalah akalmu! dan akal itu boleh digunakan untuk kita tentukan MINDSETTING kita.

Yes! Mindset! Mindset! Mindset! It’s all about MINDSET!

Sekarang kita dalam perlumbaan untuk menjadi seorang JUTAWAN. Mindset kita seharusnya adalah seorang JUTAWAN. Jangan terlalu difikirkan soal kenapa orang tidak berminat, jangan terlalu difikirkan orang menghalang. Kenapa? Kerana minda sudah diset untuk menjadi jutawan. Apa sahaja halangan pasti kita akan tempuh dengan tenang.

Kenapa perlu “DOWN” sedangkan kita PASTI akan sampai ke pentas itu..

Dan jika berlaku rejection, NEXT sahaja. Bukan prospek yang tentukan anda success dan berjaya. tetapi DIRI kita sendiri!

Yakinlah, kita akan sampai ke situ, yakin dengan sepenuh hati. Anda akan success! Pujuk hati bahawasanya, anda luar biasa HEBAT.

Visualizekan, bayangkan yang dalam tempoh setahun, dua tahun daripada sekarang anda BERGELAR JUTAWAN! Berada di PENTAS JUTAWAN, berkawan dengan rakan-rakan JUTAWAN, memiliki apa yang JUTAWAN miliki, membahagiakan keluarga dengan keperluan yang sekarang hanya mimpi, dan paling penting, KITA AKAN LAHIR SEBAGAI JUTAWAN YANG BERIMAN! Orang yang ISLAM BOLEH BANGGAKAN dalam soal pembangunan ummah. Bayangkan kita JUTAWAN dan rakan-rakan yang “reject” kita masih di takuk yang lama.

Anggap masalah sekarang adalah nilai yang perlu dibayar untuk mendapat title JUTAWAN.

LAWAN TETAP LAWAN, LAWAN SAMPAI JADI JUTAWAN! Fight sahabatku sekalian, FIGHT! InsyaALLAH kita akan sampai KE DESTINASI itu! Amin!

 

Related Posts with Thumbnails

{ 11 comments }