Berapakah gaji sebulan yang di peroleh di tempat kerja? Soalan tersebut diajukan oleh seorang sahabat bernama Ahmad kepada temannya Bakar.

Dengan penuh jujur dan rasa bangga, Bakar yang ditanya menjawab, RM2000! Cukup besar baginya gaji seorang yang bergelar graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti. Masakan tidak, sahabat yang lain hanya menerima gaji pokok sekitar RM1800 sahaja.

Taksub dengan “Nilai” gaji yang diperoleh dirinya, Bakar beranggapan yang Ahmad akan berasa iri hati dan akan menghormatinya atas dasar nilai dirinya lebih tinggi berdasarkan gaji berbanding sahabanya itu.

Hakikatnya tidak, kenapa? Jawapan Ahmad mudah,

“Itulah NILAI harga diri anda, RM2,000 sahaja sebulan selepas belajar selama 16 tahun! Dan jika ditolak dan dicongak dengan bayaran untuk komitmen bulanan dan hutang-hutang tertunggak, dari RM2000 sebenarnya tinggal RM200-RM300 sahaja. Itu pun untuk makan, sekali lagi, NILAI diri anda Bakar adalah RM300 sahaja sebulan! Jika mahu buat perbandingan, nilai iPhone, kereta, adalah lebih tinggi! Muhasabahlah”

******************************************************************************

Jika bekerja, ukuran nilai adalah bergantung kepada kelayakan sijil, degree dan sebagainya. Semakin tinggi kelayakan, maka semakin tinggi apa yang bakal diperoleh. Dan “Nilai” gaji adalah tetap.

Berlainan dengan perniagaan, Ia bergantung sepenuhnya terhadap usaha yang kita curahkan untuk memastikan perniagaan berjaya. Jika pendapatan yang kita peroleh RM100,000 maka itulah nilai atau “value” diri dan perniagaan kita. Ia boleh diukur secara terus dan jelas. Pendapatan adalah tidak malar.

Tetapi kenapa perniagaan sangat dianjurkan, kerana nilai ini boleh dipertingkatkan selaras dengan usaha dan strategi yang dijalankan. Untuk menambah “value”, kita perlu berusaha lebih.

p/s: Ayuh, kita bermuhasabah diri untuk jadi lebih baik! InsyaALLAH

 

 

{ 2 comments }


Saya akhirnya akur dengan kenyataan yang orang lelaki sangat susah untuk fokus berniaga. Satu kenyataan yang agak “sensetif” bagi lelaki, tetapi itu hakikat yang terpaksa dihadapi.

Sepanjang saya melakukan perniagaan dalam tempoh lebih dari 5 tahun, termasuk berskali kecil atau besar, melibatkan tenaga seorang diri dan ramai, melibatkan 100% dihadapan komputer dan 100% melibatkan hubungan dengan manusia, saya boleh simpulkan yang orang lelaki sememangnya payah untuk benar-benar fokus dalam proses memburu impian dalam perniagaan.

Sejauh mana kebenarannya?

Contohnya, cuba kita bayangkan, seorang lelaki ingin mempromosi satu barangan, dan ia memerlukan penerangan yang panjang lebar. Katakan pada masa tersebut, prospek atau future customer adalah kawan sendiri. Jangkaan saya, jika perjumpaan berlaku dalam masa satu jam, hanya 5 minit diambil untuk berbicara soal produk, yang lain akan bercakap tentang politik, wanita, kereta dan sebagainya.

Fokus tidak ada, dan pada masa sama, suka berbicara soal lain yang lebih ‘seronok’. Bila ditanya “buat apa sekarang?”, “Bisnes” jawapnya. Tetapi agaknya berapa lama masa dihabiskan untuk benar-benar fokus kearah itu?

Dan bayangkan, jika kita mahu menegur atau memberi nasihat untuk menjadi sorang usahawan yang lebih cemerlang, saya fikir, hanya 1-2% sahaja usahawan lelaki akan menerima nasihat dengan hati yang terbuka. Yang lain, mereka lebih suka meninggikan ego dan tidak mahu berfikiran positif. Mungkin bagi mereka normal untuk bersikap begitu hanya disebabkan mereka lelaki. Jadi tidak ada masalah untuk bersikap keras hati.

Sebenarnya, saya pernah diberitahu oleh seorang Jutawan mengenai kekuatan mental seseorang untuk melakukan bisnes. Katanya, kalau anda mencari orang yang benar-benar serius untuk mencari rakan partner, carilah seorang wanita, kerana mereka lebih mudah untuk berbicara soal produk, mudah berbicara dengan orang yang tidak dikenali dan paling penting, mereka boleh di bentuk dengan mudah untuk menjadi seorang usahawan berbanding lelaki.

Pada awalnya saya kurang percaya….

Tetapi sekarang ia telah terbukti.

p/s: Ia berlaku hanya kepada segelintir usahawan lelaki, yang selebihnya adalah LELAKI yang benar-benar mahu berjaya dalam misi memburu impian.  Thumbs up jika anda golongan lelaki 1% tersebut. Ada sesiapa yang kurang bersetuju? Jom bahaskan.

p/p/s: [PENTING] Esok (22hb April)  akan diadakan seminar usahawan score A di Besut Terengganu, untuk orang-orang Kelantan dan Terengganu. Penyertaan masih lagi dibuka. Ada sesiapa yang mahu jadi usahawan? Wanita? Lelaki? Saya sangat syorkan anda DATANG! Dan seminar seterusnya pada Sabtu (23 hb April) di Kota Damansara. Register sekarang! :)

{ 0 comments }

Semasa saya ingin menulis artikel berkenaan “Kenapa Mahasiswa Perlu Menjadi Usahawan…Part 4″ saya secara tidak sengaja terbaca satu artikel di blog I LUV ISLAM dan ia tepat sekali dengan apa yang cuba saya huraikan dalam bab ke empat topik melibatkan mahasiswa ini. Dan alhamdulillah, artikel ini saya dapat simpulkan sangat cantik untuk dihayati dan bertepatan dengan dilema seorang pekerja selepas “graduate” sekarang terutama apabila tiba saat waktu perkahwinan.

Jom! Kita hayati satu persatu. Diharapkan ia memberi manafaat, mohon sebarkan kepada semua rakan-rakan dan semoga penulis artikel ini juga mendapat ‘partial’ pahala dengan ilmu yang disebarkan. InsyaALLAH :)

PENTING: Artikel ini diambil 100% dari websiteiluvislam.com. Segala hak cipta adalah milik i luv islam

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500. Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi. Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang ‘gentlemen’. Semua perbelanjaan untuk ‘dating’, hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000. Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan. Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500. Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

“Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!” Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : “Berape eh hantaran kahwin kita?”

Tunang : “Berapa-berapa yang you sanggup.”

Anda : “RM 5000, okay?”

Tunang : “I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!”

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

“Mana aku nak dapat duit lebih?”

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

“Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!”

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

“Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!” Getus hati anda.

Anda ‘slow talk’ dengan mak anda :

“Mak, nak buat apa membazir duit ni?”

“Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul.”

“Tapi mak..?”

“Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato’, Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?”

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar ‘interest’ makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:

Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.

Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.

Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02.”Harga” seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.

Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.

Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.

Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.

Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.

Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.

Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

…and the pressure is on men…

- Artikel iluvislam.com

 

{ 0 comments }

Alhamdulillah… semalam saya telah sempat untuk menghadiri satu training S.I.R (Start It Right) untuk distributor score A programme selama satu hari di Kota Damansara. Training tersebut telah dipengerusikan oleh orang kanan Kenshido, En Romizi dan pengisian pula diberikan oleh Mr President, Jason Kok.

Sehari berada disana saya mendapat terlalu banyak ilmu baru daripada “real testimonial” orang yang berjaya dalam perniagaan networking ini. Terutama daripada Mr Jason.Bayangkan, selama ini ilmu yang dirasakan agak baik dalam tempoh satu tahun lebih berkecimpung dalam score A rupanya masih belum mencukupi untuk bergelar super networker! Saya terfikir, oh! No wonder belum jadi KMC lagi (Kenshido Millionaire Club). Ini rupanya salahnya!

Salah satu tips yang saya rasakan tepat dengan fakta dan hujah yang sahih adalah bagaiman untuk kita tentukan seseorang adalah bakal menjadi “consumer” iaitu hanya pembeli produk pendidikan score A untuk digunakan untuk anak-anak, atau seseorang akan menjadi salah seorang distributor/networker yang bakal bergabung tenaga dengan kita untuk menyebar kebaikan score A kepada umum. Bagaimana?

Sejenak difikirkan, kadang-kadang menjadi juru jual produk, kita sendiri agak sangsi apabila berhadapan dengan pelanggan. Terutama bagi yang melakukan perniagaan networking. Mahu jual atau mahu register mereka sebagai rakan niaga? confused! Kalau jual sahaja tanpa mereka bersama sebagai rakan niaga nanti rugi. Tapi kalau ajak untuk menjadi salah seorang rakan niaga mereka tidak berminat, akhirnya produk pun tidak berjaya dijual. Pun rugi!

Jadi bagaimana?

Mahu jadi super networker dan mahu “Retire Young Retire Rich” tetapi persoalan sebegini pun tidak terjawab!

Jawapanya adalah.. Kita sendiri yang tentukannya!

Sebagai contoh mudah. Bayangkan anda menjual satu produk kepada pelanggan dan pada masa sama anda juga salah seorang yang bergiat dalam bidang networking, apabila sedang mempromosi sesuatu produk, kalau anda hanya STRESS kebaikan produk dari awal sehingga akhir, prospek anda dengan sendirinya akan menjadi pengguna consumer! Tetapi jika anda STRESS kan bahagian marketing plan, automatik mereka akan turut sama menjadi networker!

Jadi bagaimana untuk menetukan seseorang prospek adalah consumer atau pun network builder, jawapannya adalah, anda, kita sendiri tentukannya semasa kita perkenalkan produk dan perniagaan.

p/s: Sudah lama tak datang ke E-Data Network Kota Damansara. Rindu betul rasanya!

{ 0 comments }

Ketika berada di universiti, mahasiswa biasanya lebih cenderung untuk bersuka ria bersama dengan rakan-rakan. Aktiviti sosial nombor satu adalah menghabiskan masa dari pagi sehingga petang dengan berbual kosong, menonton video, bermain game dan sebagainya (seperti yang saya sentuh dalam post kenapa mahasiswa perlu menjadi usahawan part ke-2)

Tetapi disebalik kegembiraan mereka melayari hidup sebagai mahasiswa yang bebas melakukan apa sahaja demi kepuasan diri, mereka terlupa satu perkara yakni pembangunan diri dari aspek yang lebih serius.

Pembangunan diri dari aspek modal insan sebenarnya bukan hanya dari segi minda (IQ) yang pandai. Tetapi juga dari aspek “Self Development” atau pembangunan diri.

Saya ambil contoh mudah untuk menerangkan kepentingan pembangunan diri atau dipanggil  ”self development” ini. Bayangkan, semasa di universiti, kebanyakan pelajar akan diajar dan diasah ketajaman minda masing-masing berhubung dengan jurusan yang diambil. Sepanjang 4 hingga 5 tahun mereka diajar asas, logik, kemahiran teknikal, dan kemahiran menyelesaikan masalah oleh pensyarah-pensyarah yang begitu komited mengajar. Hidup mereka seolah-olah ceria mencari ilmu yang bakal digunakan satu hari nanti.

Tetapi sedarkah, dalam keghairahan mengejar cita-cita, para mahasiswa terlupa yang ada satu lagi kriteria yang sangat dipandang berat apabila selesai kuliah mereka di universiti, tidak kira untuk hidup, bekerja atau menjadi usahawan. Kriteria tersebut adalah pembangunan kendiri terutama dari segi aspek keyakinan.

Cuba kita bayangkan, mana mungkin seorang mahasiswa yang hanya menghabiskan masa dengan belajar, bermain permainan komputer, tidur disiang hari (ini biasa bagi mahasiswa) dan lain-lain aktiviti yang merugikan boleh mendapat kemahiran bercakap dengan yakin ketika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi orang yang berpengaruh.

Saya hampir yakin, mahasiswa seperti ini, bukan sahaja mempunyai keyakinan diri yang rendah, tetapi sedikit susah jika mereka ingin bekerja kelak.

Suka saya mengambil contoh semasa di sekolah dan universiti. Saya memilik ramai rakan-rakan dan sahabat seperjuangan yang sama-sama belajar, bermain, bak kata pepatah susah senang diharung bersama. Alhamdulillah..

Tetapi yang menyedihkan, ada dikalangan sahabat yang memiliki kelulusan yang sangat tinggi, tetapi tidak berjaya mendapat tempat dimana-mana hanya disebabkan mereka tidak memiliki keyakinan semasa proses interview. Subhanallah… (Ya Allah, permudahkanlah jalan sahabat-sahabatku di sekolah, di universiti dan di mana-mana. Jadikan mereka orang yang hebat, dan yakin!)

Maka, disebabkan itulah, saya sangat-sangat menganjurkan para pelajar di universiti mencuba bidang keusahawanan sewaktu di zaman pengajian. Faedahnya terlalu banyak terutama untuk proses pembangunan diri sendiri.

Pernah satu ketika saya melihat seorang pelajar yang dulu semasa membuat “presentation” tergagap-gagap dang langsung tidak mempunyai “self-confident”, ditambah pula dengan pakaiannya yang langsung tidak menampakkan imej yang hebat, dan yang paling mengejutkan, beliau adalah kaki pukul semasa di sekolah!  Tetapi alhamdulillah, selepas bergelar seorang usahawan, beliau berubah 360 darjah. Magis! Dari tergagap, keyakinan melonjak, dari tidak kemas kepada terlalu tampan dan daripada kaki pukul menjadi seorang ketua, leader yang hebat. Subhanallah..

Jadi ayuh sahabatku, adik-adikku yang masih berada di universiti, cari bahagian yang “hilang” dalam dirimu yakni “self development”. Bukan susah, buatlah apa sahaja perniagaan, jumpa seramai mana orang, buat “deal” business, belajar untuk “convince” customers, jumpa orang-orang yang menjadi public figure di Malaysia, anda pasti akan terasa hebat! InsyaALLAH.

100% usahawan perlu menjadi pilihan. Saya mesti pilih! :)

p/s: Pelajar yang saya maksudkan mengalami perubahan 360 darjah adalah seorang pelajar daripada Universiti Teknologi Petronas. Sekarang baru berusia 18 tahun dan memiliki pendapatan 7 hingga 8 ribu RM sebulan dengan perniagaan score A programme! (Alhamdulillah..)

Related Posts with Thumbnails

{ 0 comments }