Random header image... Refresh for more!

Set your priority!

Assalamualaikum dan dalam sejahtera kepada semua!

Mungkin tidak ramai antara kita yang tahu bagaimana untuk menukar diri anda menjadi seorang yang komited dalam kerja dan memastikan setiap pekerjaan berhasil. Mungkin juga ramai antara kita hanya tahu melakukan kerja tanpa ada perancangan yang teliti dan hanya mengikut gerak hati. Aku mahu buat itu, aku mahu buat ini. Akhirnya, semua kerja tidak menjadi.

Saya ada satu tips yang boleh anda gunakan. Tidak kira dalam menguruskan kerja-kerja anda di pejabat atau menguruskan kehidupan peribadi anda sendiri. Tip ini di berikan oleh seorang manager di tempat saya praktikal dan dia sendiri menasihati kami (para trainess) supaya patuh dan akur pada term ini.Satu term yang bakal mengubah kehidupan jika di jadikan amalan.

Ia adalah, “Set your Priority! “

Yes, that?s the word!

Tetapkan keutamaan anda. Misalkata, anda mempunyai kerja yang sangat banyak dan anda sendiri tidak tahu, yang mana perlu di siapkan dahulu. Jadi ketika ini, set you priority! Tetapkan keutamaan, kerja manakah yang memerlukan perhatian lebih. Kerja mana yang due datenya makin hapir. Kerja mana yang memerlukan lebih kajian dan masa untuk disiapkan. Pilih kerja tersebut, mulakannya dan cuba siapkannya secepat yang boleh. Tetapkan matlamat, anda perlu menyiapkan kerja yang satu ini sebelum ?menyentuh? kerja yang lain.

Begitu juga dengan keputusan harian yang anda lakukan. Setiap perkara yang anda mahu lakukan perlukan perancangan dan perancangan itu perlulah berlandaskan sesuatu yang membawa kebaikan kepada anda.

Seperti contoh, dalam perniagaan, di awal penubuhan nya, sudah pasti ia memerlukan perhatian lebih daripada anda. Utamakannya lebih daripada perkara-perkara remeh yang lain seperti keluar menonton wayang, melepak bersama kawan-kawan di kedai mamak dan sebagainya. Ini kerana, your priority now is your business and it needs your full attention. Ketepikan yang lain. Saya mesti pilih!

Di harap tips yang ringkas ini dapat menolong anda untuk menguruskan perjalanan kehidupan agar lebih teratur dan terancang. Walaupun penulisan ini pendek, saya harap ia membantu!

p/s: Saya pun sedang menetapkan priority saya sekarang ?:)

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

June 1, 2009   No Comments

“Aku dulu student flop sama dengan En X.Tetapi sekarang….”

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sudah begitu lama saya tidak update blog ini.  Mungkin kadang-kadang terlepas pandang tugas yang perlu saya lakukan untuk sentiasa memastikan blog ini terupdate. Salah yang agak besar! Jika saya katakan, saya agak sibuk semasa sedang berpraktika, itu pasti alasan yang langsung tidak munasabah. Ada orang yang sudah berkeluarga dan bekerja mampu untuk update blog hampir setiap hari, tetapi di mana anda fahdi! (saya memarahi diri sendiri. hoho. sungguh tidak cool)

Tidak ada cerita menarik yang boleh disampaikan. Ini kerana sejak akhir-akhir ini saya hanya melakukan kerja-kerja di plant dan di pejabat.Kadang kala rasa seperti minda kurang berfikir dan digunakan. Hanya fikirkan bagaimana untuk ‘merawat plant yang sudah agak usang’ hampir setiap hari. tidak mengapa, kita contribute kepada pembangunan negara! (wah, luahan perasaan)

Namun, setiap hari, ada ‘keistemewaan’ dan kelainan. Semalam saya berpeluang untuk berborak bersama seorang engineer di tempat saya. Seorang yang saya fikir luas pengalaman, bukan sahaja dari segi teknikal, malah dari segi management.

“aku dulu, student flop je, sama ngan en X… dekat department depan’. Itu ayat yang memulakan cerita kami. 

“tapi, itu dulu, sekarang…” 

memang tidak saya nafikan, beliau sekarang bukan seperti student flop yang di gambarkan semasa zaman universiti. begitu juga dengan En X. Kenapa? Ini kerana, mereka sekarang adalah antara orang penting di petronas gas.

Apa yang saya mahu keutarakan disini adalah, Setiap orang mempunyai ‘masa’ mereka sendiri, ada yang agak cepat, yang agak lambat, dan ada pula yang perlukan sesuatu catalyst untuk mereka melangkah. 

Jangan disalahkan jika mereka terkebelakang, dan jangan sesekali menjeling memandang serong kepada meraka jika mereka tidak dapat ‘pick up’ dengan cepat. Jangan mencemuh jika mereka memerlukan pertolongan. Mungkin, satu hari nanti. mereka akan berada di atas anda, dan anda akan melihat mereka sambil melambai dan berkata, ‘eh, dulu slow sangat, nk cakap depan orang takut, sekarang dah jadi menteri dah? tidak pelik bukan? :)

Begitu juga dalam pelajaran di peringkat sekolah, universiti, jangan memandang ‘pointer’ sebagai kayu pengukur jarak yang memisah antara kita. Bukan memandang serong, tetapi, kadang kala, mungkin seseorang yang lambat, bila tiba masa sesuai, macam roket dia akan naik meninggalkan kita.

apa yang penting, kita sama tolong menolong, hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling bekerjasama tidak mengira status ‘kebijaksanaan’. Ingatlah, rezeki hebat berfikir dan bijak pandai semua datang dari ALLAH, tidak mustahil, sekelip mata yang bodoh boleh menjadi cendiakiawan, yang bijak, menjadi sang kerdil peminta kasihan.

Aja aja fighting!

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

May 21, 2009   No Comments

Saya Boleh Buktikan Menghasilkan RM10,000 Sehari

Salam dan apa khabar kepada semua pembaca!

nampak gaya, sudah lama saya tidak update blog. Ramai sudah tertanya2 (terutama adik-adik tempat saya ajar kelas tuisyen), bila saya akan update blog. Pertamanya, saya memohon maaf, kerana terdapat beberapa kesilapan teknikal yang berlaku. Dan hampir seminggu blog ini tidak dapat di akses kerana masalah hosting. Alhamdulillah, ia dapat diselesaikan. 

Ayuh kita berbicara topic kita pada hari ini.

“Berikan Saya Laptop & Internet 
Dan Letakkan Saya Di Mana Saja Yang Anda Suka. 24 Jam Kemudian, Saya Boleh Buktikan Menghasilkan 
RM10,000 Sehari”

Bagaimana dengan kenyataan di atas? Saya percaya, ramai yang tidak mempercayainya. Ini pastinya scam! mana mungkin kita dapat hasilkan RM10,000 dalam masa 24jam? Orang yang bekerja sebulan pun ada yang tidak mampu hasilkan pendapatan sebanyak itu! 

Bertenang…saya juga pada mulanya pun tidak percaya akan fakta ini.Sama seperti anda semua. Komputer dan internet hasilkan kita RM10,000? Dan kebanyakan orang yang mencubanya mampu menjadi jutawan dalam masa kurang dari setahun! renungkan kisah ini…

Seorang super trader terkenal, Dan Zanger, dari hanya seorang kontraktor binaan menjana USD$11,000 ribu @ RM35,000 menjadi $18,000,000 (USD$18juta @ RM58juta hanya dalam masa 18 bulan saja dalam pasaran ekuiti (saham & forex),

Ianya samalah seperti  menjana USD$1,000 menjadi USD$1juta @ RM3.2 juta SETIAP bulan..atau RM160,000 sehari (trade 20 hari sebulan)

Dahsyat!!!

Masih belum percaya? Ya, nilai RM10,000 yang saya perkatakan ini adalah hasil daripada FOREX!

Forex atau dengan nama lainnya, foreign exchange adalah satu aktiviti urusniaga yang membabitkan tukaran matawang asing dan nilai tukaran ini setiap hari bernilai bertrillion dolar!  

Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, biasanya, setiap orang M’sia yang akan berangkat ke luar negara, pasti akan membuat tukarang wang asing.Begitu juga warga asing yang baru sampai ke M’sia. Dengan kata lain, untuk mendapatkan mata wang lain selain matawang yang anda miliki, anda perlu membeli ‘nilai’ matawang tersebut berdasarkan kadar yang telah di tetapkan (boleh dikatakan berkadar terus dengan keadaan economy sesuatu negara). 

Seperti contoh, untuk mendapatkan 1usd, anda perlu membayar sebanyak RM3.60 kerana, nilai matawang usd (US dolar) adalah 3.6 kali ganda lebih daripada nilai matawang M’sia. Jadi, dari nilai tukaran inilah, trader-trader mampu menghasilkan RM10,000 sehari. Malah LEBIH dari itu jika MAHU!

Untuk mendapatkan lebih info mengenai FOREX, saya cadangkan anda mendapatkan senaskah panduan yang saya sendiri menggunakannya sekarang. Belajar, dan ubahlah masa depan anda hari ini! Klik di sini untuk ke laman web tersebut.

Saya merancang untuk menulis dengan lebih mendalam soal forex selepas ini. Saya sendiri dalam process belajar dan saya akan cuba sampaikan dari semasa ke semasa.

 

Yang hensem, 

fahdi ghazali :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

April 6, 2009   No Comments

Kisah 3up,4up,5up,6up,7UP!

Assalamualakum pembaca sekali!

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa ceria-ceria dalam melakukan aktiviti harian. 

Di post yang lalu, saya ada menceritakan sedikit mengenai buku yang sedang saya baca sekarang. ‘Why We Want You To Be Rich’ atau dalam bahasa melayu nya, mengapa saya mahu anda jadi kaya. 

Pandangan pertama pasti, saya mahu jadi kaya kerana;

  1. Saya mahu kebebasan kewangan
  2. Saya mahu rumah besar
  3. Saya mahu kereta besar
  4. Saya mahu isteri cantik (model siap :D )
  5. Saya mahu berikan kepada ibu bapa saya
  6. Saya mahu itu ….. Saya mahu ini…

List senarai yang saya tulis pasti akan sampai beratus-ratus malah beribu-ribu jika kita tanya, kenapa anda mahu jadi kaya? Manakan tidak, pemikiran ini adalah normal bagi orang seperti kita yang rata-rata tidak pernah merasa ‘being rich’  (termasuk saya sendiri) Namun yang pasti, reason di sebalik itu, ada yang lebih besar. Apa reason nya? tunggu di post yang akan tulis kemudian nanti (wah, dah pandai psycho sekarang :D )

Apa  yang pasti, saya akan ceritakan satu cerita yang diceritakan oleh ayah donald trump semasa beliau kecil. Tidak kenal donald trump? beliau adalah salah seorang penulis buku ’Why We Want You To Be Rich” dan merupakan seorang billionaire. Senang cerita,yang terkenal dengan apperentice, ‘your fired!’ 

apakah ceritanya? 

Saya pasti, anda kenal dengan logo di atas. Sejak kita kecil, sahingga sekarang, saya boleh katakan yang logo ini setanding dengan logo-logo air berjenama lain di pasaraan seperti coca cola, pepsi dll.

Namun, apa yang menarik perhatian saya, cerita di sebalik ‘air’ ini. 

Wujudnya jenama air ini adalah berasal daripada seorang pemuda. Beliau yang juga merupakan penggemar minuman soda berhasrat ingin menubuhkan syarikat minuman sendiri dan diberi nama, 3up! 

Kelakar bila kita mendengar 3Up. Semacam ada yang tidak kena. Dan sperti namanya,ia berkesudahan, GAGAL!

Tidak gentar dengan kegagalan kali pertama, jenama di ubah, nama di tukar ganti. 4Up! dan seperti nasib sebelumnya, ia GAGAL lagi!

Kegagalan yang nyata juga berlaku kepada 5Up dan 6Up. Serik dengan kegagalan, pemuda itu BERHENTI dari berusaha.

Nah, pada masa inilah, muncul seorang pemuda lain, yang mampu melihat potensi dan memandang jauh kehadapan, memulakan perniagaan minummannya dan ia diberi nama, 7Up! bersempena kegagalan ‘nama-nama’ sebelum ini. Dan hasilnya.. ia sampai ke hari ini.

Motifnya, walau sepayah mana hidup, setinggi mana cita-cita hendak dikejar, sebanyak mana tenaga di perlukan, ia bermula dengan SIFAT YANG TIDAK KENAL ERTI GAGAL. Ambil contoh cerita tadi, hanya selangkah lagi untuk berjaya, ubahkan satu nombor sahaja lagi, ia akan menjadi HUGE SUCCESS, tetapi pemuda pertama menolak dah berkata tidak dan akhirnya, dia hanya mampu tersenyum dan berkata, ‘kalaulah aku tidak berhenti disitu..’

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

February 25, 2009   No Comments

Why We Want You To Be Rich

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!

Nampaknya, sudah begitu lama FG tidak menulis di blog ini. sudah hampir sebulan lamanya dan FG meminta maaf atas kesulitan yang berlaku. Semenjak bermula praktikal, kehidupan jadi terlalu letih. Masa untuk diri sendiri sudah terlalu suntuk. Tetapi, insyaALLAH, semakin lama akan semakin bias. Alah bisa, tegal biasa (agak-agak, inilah yang dirasakan oleh ibu bapa kita.Terima kasih ibu! )  :)

Dalam kesibukan kerja yang tidak putus-putus, saya sempat lagi mencari bahan bacaan untuk bulan February. Buku ini, saya yakin, sudah ramai yang memilikinya dan sudah membacanya cover to cover. Menarik bukan? Walaupun FG baru sahaja sempat membaca 13 muka surat (baru beli semalam) sudah cukup untuk meningkatkan semangat. Intro yang digarap dengan cantik, dan imaginasi terhadap dua orang tokoh peniagaan ini secara tidak langsung membakar semangat untuk mengubah diri supaya tidak tergolong dalam golongan orang middle class, jauh sekali poor

Apa itu golongan middle class?poor? Secara amnya, melalui pandangan buku ini, manusia dibahagi kepada 3 golongan. Golongan berfikiran miskin, fikiran pertengahan, dan golongan kaya. Apa yang membezakan meraka hanyalah ‘cara’ mereka melihat dunia. Golongan berfikiran miskin, mereka hanya fikirkan akan ‘ada’ yang tampil menyediakan segalanya untuk mereka.

Jika sakit, rawatan percuma diberikan, jika tidak cukup duit, bantuan akan dihulurkan. Berlainan dengan golongan pertengahan, hidup diumpama  ‘cari pekerjaan, kerja dengan kuat, dan kumpul duit’. Duit yang diperoleh akan dilaburkan di dalam dengan harapan “tidak akan rugi” dan tidak perlu menghadapi risiko kerugian atau dengan kata lain ‘not to lose’ .

Bagi golongan kaya, mereka dikatakan active investors-expanding your means to live a great life by working and investing to WIN!

Lebih menarik tentang buku ini adalah, penulisnya, dua-dua adalah penulis buku best seller dan kedua-dua mereka mempunyai empayar perniagaan yang besar dan dikenali di seluruh dunia. Tambah lagi Doland Trump (the apprantice)

FG akan cuba habiskan buku ini secepat yang boleh. Dan jika ada sesuatu yang menarik, saya akan kongsikan di sini. (hanya ada masa malam dan waktu lunch untuk membaca)

yang benar,

fahdi

p/s: saya sudah memiliki rahsia click bank dan sedang mempraktikkannya. anda bila lagi?

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

February 17, 2009   No Comments

Dulu Dan Sekarang…

Salam dan selamat sejahtera! :D

sempat lagi saya menulis di blog sebelum pergi kerja. haha

Hanya sedikit perkongsian, (berazam untuk update setiap hari walau post pendek. insyaALLAH. yang penting untuk bacaan dan renungan semua  :) )

gas-joke6

 

menarik bukan kartun ni? ia simple, tetapi maksudnya mendalam.

jika dulu, kehidupan amat-amat susah, tetapi, susah untuk mendengar orang ‘complain’ atau merungut, tetapi sekrang, walau kehidupan sudah senang, maju, komplain pula menjadi-jadi.

itu proses timbal balik yang akan kita dapat.

sekian utk kali ini.

fahdi ghazali

yang jarang sekali komplain (hopefully :D )

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

January 18, 2009   No Comments

Barangan Paling “HOT” di Pasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! :)

Sudah agak lama saya tidak menulis hal berkaitan perniagaan internet. Asyik-asyik cerita motivasi sahaja. 

Sejak kebelakangan ini, (malah sudah beberapa lama) saya dapat melihat satu perkembangan menarik di dalam senario perniagaan internet di Malaysia. Apa yang menariknya? 

Sebelum itu, suka saya ingatkan, jika post ini berbaur sedikit 18sx (hehe :D ), maafkan saya, kerana ia hanyalah sekadar perkongsian semula jadi. Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahun kepada semua. Tidak ada tujuan yang lain. 

Baiklah, apa yang menarik perhatian saya sejak kebelakangan ini adalah,bersangkut paut dengan niche yang dipilih oleh ramai orang untuk memulakan rangkaian maya mereka. Tidak kira ia berbentuk ebook, produk, malah perkhidmatan. Dan ia menerima permintaan yang tinggi setiap masa. Tidak bermusim.  Malah setiap masa orang akan cuba untuk mencarinya. 

Jika dulu, niche ini diaggap sebagai agak payah dan sensetif, (tambah-tambah lagi di kalangan orang melayu)  tetapi sekarang di mana-mana pun orang akan bercakap mengenainya. (terutama para remaja)

Jadi, apa niche ‘hot’ yang di maksudkan?  niche yang di maksudkan ialah niche yang berhubung kait dengan hubungan sexual diantara lelaki dan perempuan. (perempuan perempuan, lelaki dengan lelaki ya.) Bagaimana niche ini mempunyai potensi yang sebegini besar?

jawapan nya mudah sahaja. ia adalah fitrah manusia! 

tengok sahaja kopi tongkat ali yang dijual seperti contoh ali cafe. walaupun hanya sedikit sahaja campuran tongkat ali yang di adun di dalam teh, atau kopi, berduyun yang membeli. kenapa? tiket yang mereka gunakan adalah, untuk ‘menguatkan tenaga batin’.

ebook yang baru- baru ini meletup di pasaran malaysia, saya rasa anda sendiri tahu ebook apakah itu. (kalau nak tahu, klik disini  )

hasil jualan dari ebook ini tidak dapat saya pastikan, tetapi, dengar kata agak ‘menarik’.hehe..

dan jika anda perhatikan, iklan-iklan seperti di lelong.com.my dan malaysiakini.com, paling minimum, ada dua iklan yang berkaitan niche ini.

nah, jadi jelas bukan? tidak semestinya, nk berbisness ni, terutama utk bisness internet, anda hanya terkongkong untuk buat ebook, atau mencari produk-produk luar. yang penting, anda mahu, jangan malu untuk mencuba! :)

yang benar, 

fahdi

(yang fikir dua, tiga kali nk tulis post ni. hehe.. jangan fikir bukan2 ya! :D )

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

January 13, 2009   No Comments

Permulaan 2009 Yang Teruk!

Assalamualaikum semua! :)

Saya pasti semua dalam keadaan sihat sejahtera (kalau tidak, tidak sampai la ke blog ni.hehe)

Permulaan FG untuk tahun 2009 adalah sangat teruk! Saya hampir-hampir kehilangan laptop kesayangan. Kejadian yang saya cuba elakkan semenjak hampir tiga tahuh akhirnya berlaku juga dan ia hampir-hampir membuat diri kecewa.

Bunyinya macam serius kan? Laptop FG sebenarnya telah rosak di bahagian kipas nya. dengan kata lain, di bahagian yang cooler.Dah macam engine kapal terbang pun ada bila start computer. Nasib baik windows still dapat berfungsi dan sekarang sedang dirawat di sebuah kedai. Mr Laptop, jangan tinggal kan FG ya. Saya masih memerlukan anda! Banyak kerja yang masih belum siap ni. :D

Seteruk mana pun keadaan, kita perlu sentiasa cool dan tenang (walaupun banyak masalah yang perlu difikirkan)

Jadi, untuk tenangkan diri,saya ada satu cerita menarik untuk dikongsi bersama (its story time!)

Cerita ini berkaitan dengan seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada usia 35 tahun. Mustahil, tetapi tidak bagi dirinya dan rakan-rakan seangkatan.

selesai mendapat ijazah di dalam bidang guaman, Beliau telah berkhidmat sebagai seorang ‘lawyer’ di sebuah firma guaman. Walaupun dengan pendapatan yang sangat tinggi,beliau masih belum berpuas hati.

Dengan pendapatan yang tinggi, kebebesan kewangan mampu untuk dicapai. tetapi hampir mustahil untuk bergelar seorang jutawan. Dan satu-satunya jalan supaya target 35 tahun tercapai adalah dengan business sendiri.
Hasil daripada idea seorang kawan beliau. Seorang lelaki cina, beliau bertindak membuka perniagaan garam. Air laut yang di ambil, disejat,untuk diambil garamnya.

Tidak sempat syarikat untuk bernafas, ia terpaksa di tutup atas alasan, kerugian yang sangat besar perlu ditanggung akibat persaingan dengan syarikat-syarikat besar dari luar negara dan berikutan cuaca yang tidak menentu. Kotak-kotak garam yang di bina, akhirnya hanya tinggal takungan air.

Beliau tidak lagi putus asa. Dengan hutang yang masih banyak tidak terbayar, beliau meneruskan strategi menubuhkan dua lagi syarikat. Malangnya, syarikat itu juga terpaksa di tutup akibat masalah-masalah teknikal yang timbul.

harapan masih tinggal harapan. Akhirnya, setelah lama di belenggu masalah, dengan wang hutang yang banyak,
beliau mengorak langkah yang lebih berani dan akhirnya, kejayaan sampai ke tangan! Projek yang dibina atas tiket projek  perumahan, telah melonjakkan nama beliau dan telah menjadikan beliau seorang jutawan pada usia 34 tahun. SETAHUN awal dari apa yang dirancang!

beliau yang saya maksudkan ialah bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin :) syabas tun!

Jadi rakan-rakan, masih sempat lagi jika kita mahu setkan target kita
Bukan 35 tahun, mungkin pada usia seawal 30. Siapa tahu bukan?

Yang benar,
fahdi
target umur menjadi jutawan :30 tahun :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

January 3, 2009   No Comments

Azam Tahun Baru 2009

Salam kepada semua! 

Saya yakin, hari ni semua dalam keadaan yang sangat-sangat bersemangat betul tak? mana tidaknya. Semua dalam mood tahun baru. 1 januari 2009!

Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada ilahi kerana dengan rahmat dan umur yang panjang kita mampu untuk berjumpa dan bersua muka dengan tahun 2009. selamat datang ‘kamu’ ke dalam dunia wahai ’09. Semoga ia memberi rahmat dan kejayaan kepada kita semua.  :D

Bagi yang muslim, saya pasti, semua bangga dapat menyambut kedatangan kembar tahun baru. Double new year! Selamat awal tahun 1430 diucapkan.Tahun baru, umur baru, azam baru, semangat baru (bini baru? owh tidak! :D )  Saya rasa, tahun ni pasti akan membawa banyak kesan positif kepada kita semua. Dengan syarat, kita mahu berubah.

Sinonim dengan dunia baru, tahun baru. Apa yang kita selalu buat. Ya, azam baru sebagai penanda aras apa yang bakal di lakukan selama setahun, 365 hari akan datang. 

Disini saya ingin berkongsi beberapa tips agar setting azam baru anda tercapai. 

Tips 1;  Review balik azam tahun-tahun sudah. adakah ia sudah tercapai atau tidak? jika tidak, mulakan semula dengan STRATEGI baru! Ingat, apabila anda bersemangat, apa-apa pun mampu untuk di lakukan! Dan sebagusnya, jika sudah tercapai, set azam yang lebih tinggi, naik setapak yang lebih tinggi. 

 

Tips 2; Jangan jadikan persekitaran kita sebagai halangan kepada apa  yang dicitakan. Ini paling PENTING. kebanyakan orang akan segera lemah apabila sampai di bahagian ini. Sebagai contoh, manusia-manusia yang mengangap usaha anda sebagai sia-sia walhal mereka mengagumi anda atas apa yang anda sedang lakukan. percayalah! Mereka mengata, mencemuh bukan apa, saja mahu melihat anda berada di takuk yang lama. lebih teruk lagi, berada di ‘samping’ mereka sebagai pemalas dan ‘looser’. (wah, looser terus dibaginya! :D )

 

Tips 3; Selalu lakukan review progress yang telah di lakukan dan jika masih belum bergerak lagi dari ‘tapak lama’, usahakan juga. cara paling berkesan, cari model-model (bukan model ehem2 ya.hehe ) yang dapat meningkatkan motivasi anda. Seperti contoh, cerita tentang kejayaan tokoh-tokoh masakini ataupun terdahulu. For sure, ia akan jadi booster untuk anda. percayalah. saya sendiri pernah mengalaminya.

Sekejap tadi, saya baru sahaja berbual dengan seorang kawan mengenai hajat dan harapan tahun barunya. Hajatnya ialah, mahu membawa seramai mungkin orang pergi HAJI! wah, sangat-sangat bagus! i’ll support you. Saya pun mempunyai hajat yang sama. Kita sama-sama usahakan kearah itu ya :)

Apa pun hajat anda, dahulukan dengan berdoa kepadaNYA. InsyaALLAH, segala hajat akan tercapai dan percayalah. Doa adalah yang terbaik dari segalanya. 

yang benar,

fahdi ghazali,

yang mempunyai azam baru! 

p/s: salah satu azam tahun 2008 yang saya dapat laksanakan adalah memiliki blog.com sendiri. anda bila lagi? tepuk dada tanya hati. semoga berjaya! 

 

Artikel lain untuk kepuasan anda

Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

January 1, 2009   No Comments

Siapa Kata Melayu Melayu Mudah Lupa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

wah, tajuk blog yang kontroversi! panas-panas….

“melayu mudah lupa”

itu ungkapan bekas perdana menteri kita yang kita sanjungi, Tun Mahathir Mohamad. Satu ungkapan yang sinonim ditujukan kepada bangsa Melayu di malaysia. 

sememangnya, di malaysia khususnya, kebanyakan bisness dan perniagaan, dipelopori oleh kaum cina dan hanya segelintir orang melayu yang mempunyai kesedaran untuk melakukannya. 

Apa yang FG nampak, kebanyakkan, suka dengan comfort zon yang mereka ada. Apa itu erti ‘comfort zon’? 

“alah.. x pelah. aku dah suka keje ni. makan, pakai cukup dah la. buat ape nk wat bisness-bisness ni?menyusahkan diri.penat nk mula. xpe-xpe, ajak orang lain”

ataupun…

“haha.. wat bisnes ape ni? aih, boleh ke maju bisness ni? macam tak ada orang nak beli je dari kau. baik kau stay je dengan keje sekarang. ok ape?”

sound familiar ayat-ayat diatas? :D (mungkin anda sendiri selalu menyebutnya)

yup, itu yang selalu di ucapkan oleh ‘orang-orang’ kita hal yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya. ish..bila kita mahu maju kalau begini ceritanya?

Tapi, di sebalik melayu mudah lupa, saya nampak satu spirit yang segelintir melayu ada. ya, ‘spirit’ ini sukar diterjemah ke dalam bahasa atau karangan semata-mata. tetapi, ia memerlukan pemerhatian kepada alam sekeliling yang mana mampu mengajar kita erti sebenar senario yang berlaku. 

janganlah dijatuhkan hukum jika hanya setengah pihak sahaja yang bersifat ‘agak pelupa’. Sebaliknya, perhatikan kumpulan minoriti yang mampu untuk berjaya dan jadikan ia sebagai bench mark kita untuk mulakan apa yang telah kita ketinggalan. 

Saksi paling ‘exclusive’ untuk kita jadikan perantara bahawa bangsa melayu sememangnya berkebolehan adalah syarikat malaysia yang kita banggakan. PETRONAS.

Saya bukan omong kosong. sejak saya mengikuti program praktikal ni petronas, saya dapat melihat satu suasana kerja orang-orang yang diaggap lemah dan ‘cepat nyanyuk’ ini.

Rupanya, ‘mereka’ adalah bangsa yang kuat . boleh dikatakan hampir 80% pekerja di tempat saya merupakan bangsa melayu. Engineer, kontraktor, pihak pengurusan,mereka bekerja, berfikir, dan menyelesaikan masalah selaku seorang yang professional dan bukan seperti yang kita slalu uangkapkan. Melayu mudah lupa…

masakan, jika tidak diusahakan dengan baik dan betul, PETRONAS tidak akan setanding dengan entiti konglemerat minyak dunia seperti sekarang. 

jadi, ayuh, marilah bangsa ku. keluar dari belenggu yang kita sendiri cipta sejak berpuluh tahun yang dulu. kita cuba lepaskan dan mulakan dengan langkah baru. jangan jadikan ia sebagai sisi gelap yang meranapkan seluruh perjuangan orang terdahulu dan yang paling penting anak cucu masa hadapan.

fahdi ghazali

yang sedang bangkit dari sisi gelap!

p/s: supervisor saya is a chinese women dan saya suka beliau. really hardworking! (and baik giler) plus, shes also a utp student sebelum ini. please give me 4 flat miss wee :D

Artikel lain untuk kepuasan anda

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel ini:
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Furl
  • del.icio.us
  • Live
  • NewsVine
  • Reddit
  • TailRank
  • Technorati
  • Smarking
  • Ma.gnolia

December 25, 2008   No Comments