FahdiGhazali.com

REKOD BERAT BADAN

fahdi ghazali

1

Alhamdulillah, page ini akan saya update dengan perkembangan semasa untuk CABARAN KURUS 40 HARI. (Dah lebih dah 40hari ni. So far konsisten. Itu yang kita mahu. Yeah!) Semoga ia akan jadi sumber inspirasi kepada saya sendiri untuk disiplin dan istikhomah untuk menurunkan berat badan. Harapanya adalah, dapat memiliki tubuh badan yang sihat, aktif, otak cerdas dan kesihatan yang baik.

Terima kasih kepada team DiariKurus.com & Fat Burner ASSEZ SLIM atas guide dan formula yang superb yang menolong sepanjang saya berusaha menurunkan berat badan. Terima kasih!

 

Apa yang saya amalkan untuk turunkan berat badan?

  1. Minum Assez Slymm (Memang sedap dan mengeyangkan)
  2. Makan breakfast dan tengah hari (Nasi segenggam sahaja, lauk dan sayur banyak)
  3. Malam makan buah-buahan sahaja. Kalau nak makan malam, makan jam 6 petang (maksimum)
  4. Cuba buat aktiviti yang bergerak walaupun berada di dalam pejabat dan hadapan komputer
  5. WAJIB MINUM AIR MINIMUM 3 LITER SEHARI
  6. Naik basikal setiap hari.

 

Pemboleh Ubat Malar (Statement macam sains sangat. Hehe)

  1. Penimbang berat yang sama dan tidak berubah
  2. Pakaian yang sama setiap kali timbang (Pakai kain pelikat)
  3. Masa diambil setiap pagi selepas solat subuh dan selepas mandi

 

REKOD BACAAN BERAT BADAN 

*Bacaan berat badan akan diambil setiap pagi selepas solat subuh.

31/12/2015– 84.3kg (Almost there! Lagi 5kg untuk capai target 79kg. Amin!)

26/11/2015 – 88.9kg (Aim terget sebelum 2016, 79kg boleh ke? Boleh ke? Hehe!)

*********** 4 bulan tersasar, lepas raya aldilfitri terus diet ke laut! Takpe, start balik, yooosshhh!

28/6/2015 – 90.0 kg (Yahuuu!)

************ Lama tak update, tapi keep on maintaining healthy diet 🙂

14/3/2015 – 97.1kg

13/3/2015 – 97.2kg

12/3/2015 – 97.4kg

11/3/2015 – 97.5kg (lama tak timbang sebab penimbang tinggal rumah mak. Minggu ni banyak sikit makan dan kurang minum air kosong. Mujur turun juga. Alasan..alasan)

17/2/2015 – 97.7kg (sudah 2.1 kg turun berat. Alhamdulillah!)

14/2/2015 – 98.3kg (makan tak berapa nak control, perlu lebih berusaha!)

9/2/2015 – 98.8kg (hilang 1kg dalam 5 hari! Alhamdulillah)

8/2/2015 – 99.1kg

7/2/2015 – 99.3kg

6/2/2015 – 99.8kg

5/2/2015 – Day #1 CK40H

REKOD AWAL : 102.kg (diambil di klinik Hadi, Pasir Puteh Kelantan 2 minggu sebelum CK40H bermula)

BERAT MAKSIMUM : 104kg