TANYA FAHDI : Bagaimana saya bermula bisnes? (Part 1)

Screen Shot 2015-02-23 at 12.08.35 PM

1

Alhamdulillah, saya ada menerima beberapa email bertanyakan soalan. InsyaALLAH, kalau menggalakkan saya akan buat satu slot di blog ini untuk saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Sama seperti apa yang dibuat oleh mentor saya PatFlynn.

Merujuk kepada email di atas, soalannya;

  1. Step-step mulakan perniagaan
  2. Bagaimana saya mulakan perniagaan
  3. Adakah kerja dulu baru start berniaga (kumpul modal)

Ok, saya akan jawab setiap satu. Harapnya boleh membantu. Perlu diingatkan saya hanya share mengikut pengalaman saya sahaja. 100%. Bukan teori. InsyaAllah.

Secara jujurnya saya memasang niat untuk berniaga ketika saya belajar di Universiti pada tahun 2005 selepas saya tidak berjaya melunaskan impian untuk jadi seorang doktor perubatan. Sebaliknya, saya jadi seorang jurutera.  Memang jauh menyimpang.

Jurutera bukanlah minat saya. Belajar ‘okay’, tapi hati bukan ke situ. Belajar sekadar untuk dapat pointer terbaik untuk gembirakan hati ibu. Hakikatnya, bukan kerja jurutera yang saya cari.

Minat berniaga timbul bila saya cuba jual air kotak. Dapatlah RM100-RM200 sebulan tambahan duit poket. Saya MULA DENGAN APA YANG ADA. Tidak terlalu ghairah nak mula dengan modal besar-besar. Sekadar suka-suka dan part time sahaja.

Selepas belajar, saya bekerja sebagai seorang jurutera di PROTON Shah Alam. Bukan untuk kumpul modal, tetapi untuk buat bisnes kecil-kecil di Kuala Lumpur sebagai permulaan langkah. Orang kata Kuala Lumpur ini lubuk duit.

Saya berniaga MLM dibawah payung SCORE A waktu itu. Sekali lagi, BERMULA DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN. Jangan memilih. Apa yang datang di depan sambar dulu. Cuba dulu.

Disitu, saya tetapkan satu matlamat untuk meraih pendapatan dan pengalaman. Sepanjang 6 bulan bekerja dan berniaga, ia memang saya akui sangat mencabar. Kerja dari 8 pagi – 5 petang, balik terus mandi dan bersiap dengan baju kot, tie, kasut hitam kilat dan beg untuk berjumpa ‘prospek’. Ada kala di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur okeylah. Tetapi kadang-kadang saya perlu ke tempat lebih jauh seperti Melaka. Penatnya memang bukan kepalang. Esok paginya kerja lagi.

Saya mengharapkan satu. Pengalaman. Itu sahaja.

Disitu saya belajar banyak perkara. Networking, cara bercakap, public speaking, art of closing, bagaimana untuk ‘handle’ rejection, bagaimana memberi motivasi kepada diri sendiri dan kumpulan, merancang kaedah pengiklanan dan sebagainya. Ia satu bentuk kelas bisnes yang memang best. Bagi sayalah…

Saya tidak bermaksud MLM adalah bagus. Ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Pilihlah yang terbaik. Ia untuk masa depan anda juga.

Saya berhenti dari PROTON selepas bekerja 6 bulan tepat. Waktu itu dalam simpanan ada hanya RM5000 sahaja. Saya ‘gamble’! Semua saya SERAHKAN KEPADA ALLAH. Kalau cacing pun Allah tak biarkan kelaparan, inikan pula manusia yang berakal dan berotak.

3 TAHUN saya bersama dalam perniagaan MLM, saya give juga akhirnya atas sebab-sebab tertentu. Duit habis licin. Kereta tak berbayar dan hampir ditarik. Paling parah, minda saya juga give dengan bisnes. Bagi saya bisnes karut. Tak mungkin boleh buat duit banyak.

Setahun saya menyepi tidak buat apa-apa. Saya jadi driver, jadi budak suruhan. Orang suruh buat itu saya buat. Buat ini pun saya buat. Tapi kebanyakan masa hanya di rumah. Makan tidur. Mental block yang saya alami memang parah. Bayangkan jika saya lihat buku motivasi pun saya katakan buku itu mengarut, menipu.

Saya terfikir untuk bekerja semula.

Tapi mujurlah ada saki baki nak buat bisnes itu masih berbekas. Saya batalkan niat itu.

Satu hari, saya masih ingat sewaktu di masjid Shah Alam, saya dicabar oleh mentor saya (saya jadi driver beliau waktu itu). Mungkin sebab menyampah tengok saya yang selalu tidak bersemangat, lemah dan otak tumpul, beliau naik angin. Marah betul beliau waktu itu. Merah muka.

Katanya;

“Tuan malukan diri tuan! Tuan ada potensi tapi tuan malas usaha dan taknak berubah! Tuan malukan ibu tuan!”

Saya hanya tunduk waktu itu.

“Saya cabar tuan, (sambil menyeluk poket). Ambil duit RM50 ini dan gandakannya jadi RM1000. Jika tidak kita tak akan pulang ke Kelantan!”

(To be continue)

• Meet the Author ➞ fahdighazali



4 comments… add one
  • semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada orang lain.

    Reply
  • Terima kasih tuan.
    Mohon buat sambungan cerita tuan.
    Nk buat motivasi saya

    Reply
  • bila nak sambung lagi ni tuan??

    Reply
    • Sudah bersambung tuan. Boleh baca di blog ya 🙂

      Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!