FahdiGhazali.com

Tutorial 1 – Bina Iklan LIKE Di Facebook

1

Like Marketing adalah satu teknik iklan meningkatkan bilangan Likers facebook page anda. Banyak kelebihan yang anda akan dapat bila Likers page anda ramai. Salah satunya adalah untuk meningkatkan kepercayaan terhadap produk/servis anda.

Kos iklan di Facebook semakin hari semakin tinggi. Jadi, anda perlu pastikan cara anda membina setiap iklan adalah betul dan tepat. Kali ini saya kongsikan tutorial membina Like Marketing di Facebook dengan cara yang betul step by step.

Pastikan anda ikut satu per satu tau.

#Cara Membina Iklan Like Di Facebook

  1. Login ke akaun FB anda, klik pada butang segi tiga (atas sebelah kanan skrin FB anda) dan klik “Create Adverts”. Anda akan dibawa ke page utama untuk “FB Ads”.

  1. Klik ‘Page Likes’. Tukar ‘Campaign Name’ dengan nama kempen yang bersesuaian dengan kempen iklan anda. Klik ‘Continue’.

  1.  Pastikan ‘Account Country’, ‘Currency’ dan ‘Time Zone’ disetkan seperti yang tertera dibawah. Klik ‘Continue’ selepas anda selesai menyemak maklumat tersebut.

  1. Selepas anda Klik ‘Continue’, anda akan dibawa ke page untuk setting maklumat mengenai prospek anda ataupun target pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk atau servis anda. Pilih Page yang anda ingin promote.

  1. Klik kotak ‘Everyone in this location’ untuk menukar setting tempat pelanggan anda.

Nota :

A- Kesemua orang yang berada di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

B- Hanya yang tinggal di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

C- Hanya yang masih baru di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

D- Hanya yang bercuti/mengembara/melancong di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

  1. Anda boleh memilih untuk include(termasuk) atau exclude(kecualikan) kawasan pilihan anda.

Nota :

A- Include (Termasuk) – Anda MAHU iklan anda dilihat oleh kesemua orang yang berada di negera/negeri yang anda pilih.

B- Exclude (Kecualikan) – Anda TIDAK MAHU iklan anda dilihat oleh kesemua orang yang berada di negera/negeri yang anda pilih.

  1. Isi dan pilih maklumat ‘Age’, ‘Gender’ dan ‘Languages’. Maklumat ini adalah sama seperti Customer Avatar yang anda cipta.

Nota :

A- Age(Umur) – Lingkungan umur yang bersesuaian dengan servis atau produk anda.

B- Gender(Jantina) – Pilih jantina yang mempunyai peluang yang tinggi untuk membeli produk atau servis anda.

C- Languages(Bahasa) – Pilih bahasa yang digunakan oleh pelanggan anda. Tinggalkan kosong sekiranya anda tidak mahu spesifikkan bahasa.

  1. Untuk ‘Detailed targeting’, anda boleh memilih sifat pelanggan anda.

Contoh cara targetting

1- Jika anda menjual produk kecantikkan, pelanggan anda berkemungkinan berminat dengan sesuatu yang berkaitan dengan cantik.

Contoh:

a-Petua cantik dan sihat

2- Nama brand pesaing anda.

  1. Untuk mendapatkan pelanggan yang lebih spesifik anda boleh KLIK pada ‘Narrow Audience’.

  1. Data dibawah menunjukkan pelanggan anda berminat dengan KECANTIKKAN DAN KURUS.

  1. Pilih jenis sambungan untuk iklan anda.

Nota :

Untuk tutorial ini, pilih ‘Facebook Pages’ > ‘Exclude people who like your page’.

A- People who like your page – Pengguna FB yang sudah like page anda

B- Friends of people who like your page – Kawan kepada pengguna FB yang sudah like page anda

C- Exclude people who like your page – Kecualikan pengguna FB yang sudah like page anda.

  1. Selepas anda klik pada ‘Exclude people who like your page’, satu kotak baru akan keluar. Masukkan page yang anda cipta.

  1. Pilih penempatan(placements) yang sesuai dengan produk atau servis anda.

Nota:

A- Automatic Placements – FB akan set secara automatik penempatan iklan anda.

B- Edit Placements – Anda boleh memilih bagaimana iklan anda disiarkan.

  1. Untuk tutorial ini, pilih ‘Edit Placement’. Klik kotak ‘All devices (recommended)’.

Nota :

All devices – Iklan akan dapat dilihat di mobile(telefon) dan desktop(komputer).

Mobile only – Iklan akan dapat dilihat di mobile(telefon) SAHAJA.

Desktop only – Iklan akan dapat dilihat di desktop(komputer) SAHAJA.

  1. Pilih ‘Mobile Only’. Untick kotak Instagram untuk kecualikan iklan di instagram.

  1. Klik kotak ‘Daily budget’ untuk pilih pilihan bajet anda. Anda juga boleh memilih untuk jadual(schedule) pergerakan iklan anda. Sekiranya anda mahu iklan anda bergerak secara automatik, tick pada ‘Run my advert set continuously starting today’. Namun, jika anda ingin setkan iklan anda mengikut jadual, tick pada ‘Set a start and end date’.

Isi nilai bajet anda disebelah kotak ‘Daily budget’.

Nota :

Daily budget : Bajet yang anda masukkan akan dikira secara harian.

Lifetime budget : Bajet yang anda masukkan akan dikira bermula tarikh permulaan yang anda set sehingga tarikh akhir.

  1. Iklan ini akan dipaparkan kepada target pelanggan anda.

  1. Anda boleh memilih samada mahu jumlah bidaan anda dilakukan secara automatik atau secara manual. Tick pada ‘Automatik’.

Nota :

Automatik : FB akan menetapkan tawaran secara automatik yang membantu anda mendapatkan harga yang terbaik untuk iklan anda.

Manual : Anda akan membida membida harga iklan anda secara manual.

  1. Setting ini adalah untuk anda memilih bila iklan anda akan di caj. Tick pada ‘Page Like’.

  1. Untuk setting ‘Advert scheduling’ and ‘Delivery type’, anda hanya perlu tick seperti dibawah.

  1. Klik ‘Continue’.

  1. Klik pada ‘Single image’.

  1. Klik ‘Add more image’ untuk menambah bilangan gambar untuk iklan anda. Pilih gambar yang sesuai dengan produk atau servis anda. Gambar perlu sesuai bagi mengelakkan iklan anda ditolak oleh FB.

  1. Pilih page produk atau servis anda dan isikan ayat COPYWRITING yang boleh menarik target pelanggan untuk LIKE iklan anda.

Cara menulis copywriting LIKE:

__________________(Masalah pelanggan), Klik LIKE SEKARANG!

 

Contoh ayat copywriting untuk LIKE :

Nak cari design logo murah dan berkualiti? Klik LIKE SEKARANG!

  1. Disebelah kanan, anda boleh menyemak iklan yang akan dipaparkan oleh FB kepada target pelanggan anda.

  1. Klik ‘Place Order’ untuk meneruskan pembayaran iklan anda.

  1. Isi maklumat pembayaran anda.

  1. Selepas anda selesai mengisi maklumat pembayaran, iklan akan disemak oleh pengurusan FB terlebih dahulu sebelum mereka menyiarkan iklan anda.

 

p/s : Dah ada tutorial ni jangan lupa buat dan share ye. Tunggu tutorial seterusnya.

 

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!