FahdiGhazali.com

Tutorial 2 – Bina Iklan PPE Di Facebook

1

Page Post Engagement (PPE) adalah iklan untuk berkongsi maklumat mengenai produk atau servis anda. Melalui iklan ini, maklumat produk atau servis anda dapat disampaikan kepada lebih ramai orang dan tidak terhad kepada Likers page anda sahaja.

Iklan PPE boleh dibina dalam 3 bentuk iaitu gambar, video atau tulisan.

Pastikan anda ikut satu per satu tau.

#Cara Membina Iklan PPE Di Facebook

Sebelum anda mulakan tutorial ini, pastikan ayat iklan produk atau servis anda sudah di post di page anda.

1- Login ke akaun FB anda dan klik “Create Adverts”. Anda akan dibawa ke page utama untuk FB Ads.

2- Tukar ‘Campaign Name’ dengan nama kempen yang bersesuaian dengan kempen iklan anda. Klik ‘Engagement’. Klik “Post Engagement” dan klik ‘Continue’.

Contoh nama kempen – Iklan Sales : Januari 2017

3- Selepas anda klik ‘Continue’, anda akan dibawa ke page untuk setting maklumat mengenai prospek anda ataupun target pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk atau servis anda.

4- Klik kotak ‘Everyone in this location’ untuk menukar setting tempat pelanggan anda.

Nota :

A- Kesemua orang yang berada di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

B- Hanya yang tinggal di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

C- Hanya yang masih baru di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

D- Hanya yang bercuti/mengembara/melancong di kawasan yang anda pilih akan dapat melihat iklan anda.

5- Anda boleh memilih untuk include(termasuk) atau exclude(kecualikan) kawasan pilihan anda.

Nota :

A- Include (Termasuk) – Anda MAHU iklan anda dilihat oleh kesemua orang yang berada di negera/negeri yang anda pilih.

B- Exclude (Kecualikan) – Anda TIDAK MAHU iklan anda dilihat oleh kesemua orang yang berada di negera/negeri yang anda pilih.

6- Isi dan pilih maklumat ‘Age’, ‘Gender’ dan ‘Languages’. Maklumat ini adalah sama seperti Customer Avatar yang anda cipta.

Nota :

A- Age(Umur) – Lingkungan umur yang bersesuaian dengan servis atau produk anda.

B- Gender(Jantina) – Pilih jantina yang mempunyai peluang yang tinggi untuk membeli produk atau servis anda.

C- Languages(Bahasa) – Pilih bahasa yang digunakan oleh pelanggan anda. Tinggalkan kosong sekiranya anda tidak mahu spesifikkan bahasa.

7- Untuk ‘Detailed targeting’, anda boleh pilih berdasarkan ‘interest’ customer avatar anda.

Contoh cara targetting :

1- Jika anda menjual produk kecantikkan, pelanggan anda berkemungkinan berminat dengan sesuatu yang berkaitan dengan cantik.

Contoh:

a. Petua cantik dan sihat

2- Nama brand pesaing anda.

8- Untuk mendapatkan pelanggan yang lebih spesifik anda boleh klik pada ‘Narrow Audience’.

9- Contoh dibawah menunjukkan pelanggan anda berminat dengan KECANTIKKAN DAN KURUS.

10- Pilih penempatan(placements) yang sesuai dengan produk atau servis anda.

Nota:

Automatic Placements – FB akan set secara automatik penempatan iklan anda.

Edit Placements – Anda boleh memilih bagaimana iklan anda disiarkan.

11- Untuk tutorial ini, pilih ‘Edit Placement’. Klik kotak ‘All devices (recommended)’.

Nota :

All devices – Iklan akan dapat dilihat di mobile(telefon) dan desktop(komputer).

Mobile only – Iklan akan dapat dilihat di mobile(telefon) SAHAJA.

Desktop only – Iklan akan dapat dilihat di desktop(komputer) SAHAJA.

12- Pilih ‘Mobile Only’. Untick kotak Instagram untuk kecualikan iklan di instagram.

13- Klik kotak ‘Daily budget’ untuk pilih pilihan bajet anda. Anda juga boleh memilih untuk jadual(schedule) pergerakan iklan anda. Sekiranya anda mahu iklan anda bergerak secara automatik, tick pada ‘Run my advert set continuously starting today’. Namun, jika anda ingin setkan iklan anda mengikut jadual, tick pada ‘Set a start and end date’.

Isi nilai bajet anda disebelah kotak ‘Daily budget’.

Nota :

Daily budget : Bajet yang anda masukkan akan dikira secara harian.

Lifetime budget : Bajet yang anda masukkan akan dikira bermula tarikh permulaan yang anda set sehingga tarikh akhir.

14- Klik pada ‘Post Engagement’ untuk menukar setting penghantaran iklan anda.

Untuk tutorial ini, anda perlu memilih ‘Post Engagement’.

Nota :

Post Engagement – Iklan anda akan dihantar kepada orang yang betul untuk membantu anda mendapat likes,shares atau comments pada iklan anda dengan kos yang rendah.

Impressions – Iklan anda akan disampaikan dengan sekerap yang mungkin

Daily Unique Reach – Iklan anda akan disampaikan sekali sehari.

15- Anda boleh memilih samada mahu jumlah bidaan anda dilakukan secara automatik atau secara manual. Tick pada ‘Automatic’.

Nota :

Automatik : FB akan menetapkan tawaran secara automatik yang membantu anda mendapatkan harga yang terbaik untuk iklan anda.

Manual : Anda akan membida membida harga iklan anda secara manual.

16- Setting ini adalah untuk anda memilih bila iklan anda akan di caj. Tick pada ‘Post Engagement’.

17- Untuk setting ‘Advert scheduling’ and ‘Delivery type’, anda hanya perlu tick seperti dibawah.

18- Klik ‘Continue’.

19- Klik pada ‘Use Existing Post’.

Nota:

a- Pilih page untuk iklan anda

b- Pilih post untuk iklan anda

 

20- Disebelah kanan, anda boleh menyemak iklan yang akan dipaparkan oleh FB kepada target pelanggan anda.

21- Klik ‘Place Order’ untuk lengkapkan iklan anda.

22- Selepas anda selesai, iklan akan disemak oleh pengurusan FB terlebih dahulu sebelum mereka menyiarkan iklan anda.

 

p/s : Dah ada tutorial ni jangan lupa buat dan share ye. Tunggu tutorial seterusnya.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!