Tutorial 3 – Cara Menulis Copywriting

1

Copywriting adalah elemen penentu respon. Copywriting bertujuan menarik perhatian audience, menimbulkan minat, mencipta keinginan dan meyakinkan pelanggan untuk bertindak mendapatkan produk atau servis anda.

Di bahagian copywriting inilah anda dapat terangkan segala maklumat mengenai produk atau servis anda. Apabila pelanggan mendapat maklumat yang cukup mengenai produk atau servis anda, potensi untuk mereka membeli produk atau servis anda adalah amat tinggi.

Ada beberapa step yang anda perlu faham sebelum anda menulis ayat copywriting.

Sebelum anda menulis ayat copywriting yang boleh memikat pelanggan, anda terlebih dahulu perlu tahu dan faham mengenai “STRUKTUR COPYWRITING”

 

1- HEADLINE

 

Kenapa headline sangat penting?

HEADLINE adalah perkataan pertama yang pelanggan akan baca. Dalam penulisan ayat iklan, orang akan tertarik untuk membaca disebabkan headline. Jika headline menarik, seorang pelanggan atau prospek akan lebih cenderung untuk membaca ayat iklan copywriting sampai habis.

Headline juga bertujuan mewujudkan awareness dan untuk menapis siapa pelanggan yang ingin anda target.

Jika headline anda dapat memikat ramai pelanggan, peratus untuk anda hasilkan jualan sangat tinggi.

4 CARA TULIS HEADLINE

1- Guna huruf besar

2- Guna bahasa prospek (bahasa pasar,rojak,singkatan)

3- Masukkan EMOSI

4- Jarakkan dengan intro

3 JENIS HEADLINE POWER

1- Self interest

a) BAGAIMANA SAYA BOLEH BANTU__________

b) RAHSIA ___________ DIDEDAHKAN!

c) TERCARI-CARI ____________________?

d) AFGAN DAH BOLEH ____________________

2- New

a) TERBARU! _________ DILANCARKAN!

b) NEW ARRIVAL! _______ PERTAMA DI MALAYSIA

c) FORMULA __________ TELAH DICIPTA!

d) SOON! __________ BAKAL DILANCARKAN!

3- Curiosity

a) BAGAIMANA ______ MEMBANTU ________

b) DIDEDAHKAN! FORMULA YG BUATKAN _______

c) SUAMI ___ BILA SAYA ____, TAPI SELEPAS ____

d) ________________ KINI DILANCARKAN!

**Tips :

a) 85% pelanggan membeli selepas membaca headline dalam bentuk TESTIMONI

b) Cara paling mudah untuk mendapatkan perhatian pelanggan adalah dengan TANYA SOALAN

 

2- INTRODUCTION

 

8 Jenis Intro Yang Power

1- Testimoni / Feedback

2- S.P (Unique Selling Proposition)

3- Offer Kaw-Kaw ( Irresistible Offer)

4- Promote Kedai Anda (Area berdekatan dengan prospek)

5- Highlight Masalah Prospek Berkali-Kali

6- Kredibiliti

7- Cerita (Storytelling)

8- Motivasi / Emosi

Contoh intro dalan bentuk testimoni / feedback :

“Ruangan sini masukkan testimoni atau feedback dari customer. Pengalaman sebelum dan selepas guna produk/servis anda. Tak perlu panjang, sepanjang anda membaca sekarang ini pun dah cantik dah.”

~ Masukkan nama dan lokasi customer.

Contoh : 

3- F.A.B

 

F = FEATURES (CIRI-CIRI)

A = ADVANTAGES (KELEBIHAN)

B = BENEFIT (FAEDAH)

 

4- OFFER & CTA

 

Apa itu OFFER ?

OFFER adalah bahagian dimana anda memberi tawaran yang tidak harus dilepaskan oleh pelanggan hanya jika mereka mendapatkan produk/servis anda sekarang.

Offer boleh diberi dalam bentuk diskaun, free gift, free postage dll.

Untuk buatkan offer anda sesuatu yang pelanggan tak boleh lepaskan, cuba timbulkan urgency & scarcity di bahagian tersebut.

Contoh :

“Harga asal untuk produk ini RM150, tapi harini saya nak bagi dengan harga RM100 sahaja. Tapi bukan semua boleh dapat, terhad untuk 10 orang terawal sahaja. Lepas dari 24jam dari sekarang, harga akan kembali kepada harga asal, anda xkan dapat da offer nie..”

Offer          –  RM150 jadi RM100

Urgency   –  terhad untuk 10 orang terawal sahaja

Scarcity   –  lepas 24jam harga akan kembali kepada harga asal

Apa itu CTA ?

CTA bermaksud CALL TO ACTION. Ia merupakan arahan yang mesti diberikan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan produk/servis anda.

Amat penting untuk buat CTA, supaya pelanggan tahu apa arahan dan tindakan yang mereka perlu lakukan.

Cara untuk pastikan CTA anda power dan berkesan adalah dengan :

1- Buatkan CTA yang jelas dan spesifik

2- Pastikan CTA tidak serabut dan meleret

3- Jaga perenggan, jaga ruang atas dan bawah, supaya nampak arahan yang nak difokuskan.

4- Letak hanya satu CTA, samada PM,Whatsapp,Komen atau Link. Jangan letak semua, nanti pelanggan pening.

5- Kalau buat post hardsell, sekurang-kurang nya letak dua CTA, samada Whatsapp dan Link, atau Komen dan Link, tapi tetap jangan letak semua!

 

p/s : Dah ada tutorial ni jangan lupa buat dan share ye. Tunggu tutorial seterusnya.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!