Tutorial (Step By Step) Hasilkan Iklan Facebook Canvas

1

Facebook Canvas ini ibarat Landing Page atau Minisite yang mesra di Facebook. 

Kita boleh menggabungkan gambar, video, teks, dan butang call to action untuk beriklan di Mobile.

Menarik bukan?

Sebab tu…

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan tutorial cara bina iklan menggunakan Facebook Canvas.

Orait, jom kita mulakan..

 

#1 – Cara Bina Canvas

1. Masuk ke Fanpage anda, klik di bahagian “Publishing Tools”

 

2. Klik di bahagian “Canvas” dan kemudian klik “Create”

 

3. Klik di “Open blank Canvas”

 

4. Akan keluar paparan seperti ini, dan ini adalah 6 komponen yang ada dalam Canvas setakat ini. Anda boleh pilih untuk guna komponen mana yang anda suka sebagai Header dalam Canvas anda.

 

5. Sebagai contoh dalam tutorial ini, saya pilih dan gunakan ‘Photo’. Klik “Upload Photo” untuk masukkan gambar

Gambar yang di upload akan jadi seperti ini ;

 

6. Klik pada “+Add Component” untuk masukkan komponen lain dalam Canvas anda.

Sebagai contoh, untuk komponen kedua saya masukkan ‘Text block’, bertujuan untuk masukkan sedikit copywriting berkenaan seminar yang saya tawarkan seperti di dalam gambar ini ;

 

7. Seterusnya, anda juga boleh tambah komponen ‘Video’. Klik “Upload Video” untuk masukkan video anda.

Video yang di upload akan jadi seperti ini ;

 

8. Selain itu, anda juga mungkin boleh masukkan komponen ‘Carousel’. Ini sangat sesuai anda gunakan untuk letak testimoni kepada produk/servis anda.

Sebagai contoh ;

Gambar yang di upload akan jadi seperti ini ;

 

9. Akhir sekali, jangan lupa letakkan komponen ‘Button’ di dalam Canvas anda. Ini penting bertujuan supaya audience anda bertindak untuk klik dan bawa mereka ke website anda.

Sebagai contoh ;

 

Saya letakkan CTA “KLIK DISINI UNTUK DAFTAR HARGA DISKAUN!”, dan bawa audience ke website funnelevo.com

 

10. Di bahagian atas Canvas, jangan lupa untuk namakan Canvas anda ini. Contoh ;

 

11. Akhir sekali, untuk gunakan Canvas ini dalam iklan, anda perlu klik ‘Save’ dan ‘Finish’.

 

Dah klik Finish?

Done! Canvas anda dah siap!

Sekarang jom kita ke langkah seterusnya, iaitu untuk beriklan menggunakan Canvas ini.

 

#2 – Cara Hasilkan Iklan Menggunakan Canvas

1. Anda masuk ke Ads Manager dan pilih objektif Traffic

2. Masukkan target audience anda seperti biasa

3. Di bahagian placements, pilih Mobile sahaja.

 

4. Teruskan di bahagian Budget & Schedule seperti biasa.

5. Di bahagian Ad, pilih ‘Single Image‘, kemudian ;

  • Tick di bahagian “Add a fullscreen Canvas
  • Klik “Use Existing
  • Kemudian di bahagian “select a canvas“, pilih Canvas yang anda dah buat sebentar tadi

Anda akan dapat paparan seperti ini ;

 

6. Masukkan gambar untuk iklan anda. Contoh ;

 

7. Masukkan “Headline” untuk iklan anda, beserta copywriting pendek yang menarik berkenaan iklan anda.

 

8. Dan akhir sekali, tekan butang warna hijau “Confirm“. Dah settle!

Itu sahaja. Takde la susah sangat, faham ke faham ni?

Kalau faham, tunggu apa lagi? Buat la sekarang..

Selamat mencuba!

p/s : Yang penting, jangan lupa SHARE ok? 🙂

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!