Tutorial Step by Step Whatsapp Business

Tutorial menggunakan Whatsapp Business

Whatsapp baru sahaja melancarkan satu aplikasi terbaru iaitu Whatsapp Business. Aplikasi ini dibina khas untuk peniaga-peniaga yang menggunakan Whatsapp untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan mereka.

Untuk blog kali ini, kami akan kongsikan dengan anda bagaimana nak gunakan dan untuk setup Whatsapp Business. Anda hanya perlu ikut tutorial cara menggunakan whatsapp business dibawah.

Jika sebelum ini, Whatsapp direka sebagai satu platform komunikasi secara atas talian. Namun, sekarang beberapa ciri baru direka bagi memudahkan para peniaga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk menjadi salah satu platform baru untuk bisnes mereka.

Antara ciri-ciri terbaru yang disediakan oleh Whatsapp Business adalah :

1- Profil Bisnes

2- Quick Replies

3- Automated Message

4- Statistik

Namun, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android sahaja.

Jom kita mulakan tutorial macam mana nak gunakan Whatsapp Business ini.

Tapi sebelum anda mula menggunakan Whatsapp Business ini, anda perlu backup data Whatsapp lama anda supaya kesemua data-data anda tidak hilang.

Kesemua data-data ini boleh di restore ketika anda mula setup Whatsapp Business anda.

Untuk pengetahuan anda juga, anda boleh membuka aplikasi ini menggunakan laptop atau komputer anda.

Langkah ini dinamakan Whatsapp Web.

Anda hanya perlu Google ‘Whatsapp web’ dan masuk ke laman web tersebut.

Untuk menghubungkan whatsapp anda dengan laman web tersebut anda perlu klik ikon 3 titik di kanan skrin anda dan klik Whatsapp web.

Tutorial whatsapp web

 

Kemudian scan laptop atau komputer anda. Laptop atau komputer anda akan dihubungkan secara automatik selepas itu.

 

Scan whatsapp web

 

Tutorial Step by Step Menggunakan Whatsapp Business

1- Install Whatsapp Business ke telefon anda.

 

2- Setup aplikasi Whatsapp Business anda. Anda perlu masukkan nombor telefon anda dan ikuti setiap langkah yang diarahkan oleh Whatsapp Business.

 

3- Klik ikon 3 titik dibahagian atas skrin anda. Seterusnya klik ‘Settings’.

 

4- Dibahagian ‘Settings’, klik ‘Business Settings’.

 

5- Disini anda dapat lihat beberapa features yang disediakan oleh Whatsapp Business.

Profile – Maklumat Bisnes Anda

Untuk bahagian ini anda boleh masukkan alamat dan kategori bisnes anda. Masukkan alamat yang betul supaya Maps boleh mengesan lokasi syarikat anda.

 

Masukkan description business anda, pilih business hour anda, masukkan emel bisnes anda dan website bisnes anda.

Untuk settings jadual bisnes anda, masukkan waktu bekerja anda. Waktu bekerja ini penting kerana ada satu features yang akan saya tunjukkan dibahagian bawah nanti iaitu Away Messages.

Away messages ini akan dihantar secara automatik apabila pelanggan anda menghantar whatsapp di luar waktu business hour anda.

Selepas selesai memasukkan semua maklumat bisnes anda, klik save.

 

Statistics – Laporan statistik mesej Whatsapp anda.

Untuk features yang ini, anda boleh mengesan bilangan mesej dihantar, mesej yang sampai kepada pelanggan, mesej yang dibuka atau dibaca dan juga mesej yang diterima.

Melalui statistik ini, anda dapat melihat berapa closing rate untuk produk atau servis yang anda jual.

Closing rate sangat penting untuk anda melihat keberkesanan jualan anda.

 

Away Messages – Mesej akan dihantar secara automatik mengikut settings jadual yang anda pilih.

Klik pada butang kelabu di kanan ‘Send away message’

Masukkan mesej yang sesuai dihantar ke pelanggan anda.

Pilih jadual penghantaran Away message mengikut kehendak anda.

Schedule

1- Always send : Mesej akan dihantar secara automatik setiap kali pelanggan anda mesej anda.

2- Custom schedule : Anda sendiri yang tentukan bila mesej akan dihantar.

3- Outside of business hours : Mesej akan dihantar selepas business hour yang anda setkan dibahagian atas.

 

Greeting Message – Mesej akan dihantar secara automatik kepada pelanggan anda yang pertama kali mesej pada anda.

Klik pada butang disebelah kanan ‘Send greeting message’.

Kemudian masukkan ayat yang sesuai mengikut kehendak anda.

Mesej hanya akan dihantar apabila pelanggan anda menghantar mesej kepada anda untuk pertama kali atau jika tiada aktiviti selama 14 hari.

 

Quick Replies – Anda boleh menyimpan mesej yang selalu digunakan untuk dihantar kepada pelanggan anda.

Masukkan mesej sama yang kerap dihantar kepada pelanggan anda.

Kebiasaannya mesej yang sering dihantar adalah mesej nombor akaun.

Anda boleh menyimpan beberapa mesej yang sering digunakan seperti dibawah.

 

Untuk keluarkan mesej ini dibahagian chat anda, anda perlu masukkan ‘/‘ dan senarai mesej yang anda save akan dipaparkan.

 

 

Features terakhir yang terdapat didalam Whatsapp Business adalah labelling.

Anda boleh letakkan label untuk setiap chat daripada pelanggan anda untuk memudahkan anda faham siapa pelanggan anda itu.

 

 

 

Kesimpulan

Kesemua feature ini boleh membantu anda untuk meningkatkan closing rate anda.

Gunakan kelebihan yang disediakan ini untuk anda tingkatkan hasil jualan produk atau bisnes anda. Ikut tutorial diatas mengenai bagaimana untuk anda menggunakan Whatsapp Business.

Belajar sesuatu?

Kongsikan tutorial cara menggunakan Whatsapp Business ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga akan mendapat manfaat untuk mereka meningkat hasil jualan mereka.

PAGI!

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali atau nama penuh Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, merupakan chairman kepada SIFOO International Sdn Bhd dan FunnelEvo. Beliau mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Bermula hanya dari rumah sahaja, pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% memfokuskan memasar produk dan servis di online.

All Posts »

Ada komen? Jom tulis dibawah!