10 Cara Elak Rasa MALAS! » FahdiGhazali.com

10 Cara Elak Rasa MALAS!

10 Cara Elak Rasa MALAS!

Pernah terfikir tak macam mana nak keluar daripada zon kemalasan dan nak capai something tapi disebabkan sifat MALAS kita menjadi agak sukar nak capainya.

Jadi, dekat bawah ni, saya nak kongsikan 10 cara elak rasa malas untuk anda amalkan.

 

1) Bukan salah MALAS tapi kita yang malas untuk capai impian

Orang yang ada impian dia tak ada rasa malas melainkan orang yang malas dan tak ada impian yang untuk dicapai. Maybe impian dia tak cukup besar untuk dia capai menyebabkan timbulnya rasa malas. 

 

2) Bercakap dengan diri sendiri

Sewaktu anda berasa malas cuba anda bertanya kepada diri sendiri. Kita bermonolog dengan diri sendiri samada bagus atau tak menjadi malas. In shaa Allah, kita akan dapat jawapan daripada bertanya dengan diri sendiri.

 

3) Cipta plan tindakan

Kita nak elakkan rasa malas maka cipta plan tindakan yang jelas. Jika kita tak ada plan tindakan yang cepat maka malas akan menguasai diri. Sebab bila kita ada plan yang kita buat step by step, kita takkan fikir malas kerana terlalu sibuk dengan kerja. 

 

4) Raikan kejayaan 

Sebab kenapa kita jadi malas, kita tak nampak progress dalam hidup kita. Kita akan cepat berasa bosan dengan setiap apa yang kita buat then kita akan start berasa malas. Tapi, jika kita dah achieve sikit, kita akan raikan kejayaan hidup kita. 

 

5) Minta bantuan orang lain

Silaturrahim dengan orang lain, jika nak elakkan rasa malas. Bukan sekadar elakkan rasa malas je tapi kita akan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah. 

 

6) Masa yang seimbang

Berilah masa untuk diri anda jika ada rasa untuk malas atau tak. Allah berikan kita sifat rasa malas tapi dalam masa yang sama kita bekerja. Kita ada masa 8 jam untuk bekerja sekuat hati yang kita nak tapi kita juga ada masa yang lebih untuk kita rasa malas dengan rehatkan diri. 

 

7) Kita kena ada guru

Guru yang boleh push kita untuk tak berasa malas untuk jangka masa yang panjang. Sebabnya kalau kita tak ada guru, kita akan jadi super duper malas. Inilah pentingnya kenapa kita wajib ada guru, supaya dapat bantu kita. 

 

8) Bersilaturrahim dengan kawan-kawan yang rajin

Sebab kawan ni adalah cerminan kepada diri kita. Jika kita berkawan dengan orang yang malas, kita akan merasa tempiasnya juga. Cari circle yang bagus, kerana mereka juga akan ingatkan kita apa tujuan hidup dan arah yang mana patut kita tuju. 

 

9) Bermula dengan segera 

Supaya kita dapat sampai ke tempat yang nak dituju. In shaa Allah, kita akan dapat capai. 

 

10) Hakikat kehidupan

Bila kita tersilap menceritakan hakikat, kehidupan pun akan berubah mengikut apa yang kita percaya. Kita juga akan membuat tindakan-tindakan yang silap. Betul atau tak? Hakikat kehidupan tu sekejap saja dan ia pun dah tertulis dalam kitab Al-Quran. 

 

Jadi, kenapa kita nak berasa malas yang berpanjangan sebab kita duduk kat dunia ni sekejap saja. Tepuk dada, tanya iman.

Baik, itu sahaja sesi perkongsian kaliini dengan 10 cara nak elak sifat malas. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua, untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. In shaa Allah. 

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.

Scroll to Top