3 Kesalahan Bisnes Yang Bernilai Setengah Juta! » FahdiGhazali.com

3 Kesalahan Bisnes Yang Bernilai Setengah Juta!

3 Kesalahan Bisnes Yang Bernilai Setengah Juta!

Anda akan belajar 3 kesalahan dalam bisnes yang nilainya setengah juta dalam penulisan ini. Teruskan membaca…

3 tahun lepas sehingga hari ini, saya letakkan sejumlah duit, melebihi RM500,000 untuk mulakan satu projek membina satu software untuk bantu usahawan. Saya percaya, ikut pengalaman 12 tahun dalam bisnes, kalau ada software begitu, ramai akan buat duit “kaw-kaw” di online. (InsyaAllah).

Niat hanya 1, untuk membantu usahawan kecil jadi besar. Lemah jadi kuat, sikit jadi banyak. InsyaALLAH… Kenapa saya buat walaupun kos besar? Kerana, 12 tahun lepas, kalau bukan sebab guru saya ‘kutip’ saya yang tak pandai, pimpin, gegarkan kepala saya untuk bangun hari-hari, saya pun mungkin tak ke mana. Dan kalau bukan kerana teknologi database, marketing online membantu saya capai pelanggan sehingga US, UK, Canada, Australia, saya mungkin tidak akan faham dunia perniagaan. 

Saya syukur dan sebab itu saya membantu orang lain sekarang. 

Alhamdulillah, saya dan team FunnelEvo membina sistem software Saleskip.com selepas 3 tahun, dan selepas 2 software yang kami buat gagal. Berhempas pulas. Banyak gagal, kesalahan dan kesilapan yang dibuat sepanjang membina software ini. Alhamdulillah, setakat hari ini, Saleskip sudah ada 10,000 orang pengguna walau selepas beberapa bulan sahaja dilancarkan. 

Kesilapan 1 : Tidak ada ilmu

Saya sudah dapat idea untuk memulakan sistem software saleskip 5 tahun lepas. Cuma disebabkan kekangan ilmu, saya jadi lambat bertindak. Setiap hari saya berdoa untuk mula. Tetapi tidak mungkin, saya akan tiba-tiba faham bagaimana mahu ‘coding’ software seperti Bill Gates. 

Saya ada idea, tetapi tanpa ilmu yang tak pernah sikit pun ‘wujud’ dalam kepala, mana mungkin? 

Pernah anda lihat screen computer warna hitam, penuh dengan tulisan ‘code’ pelik yang kita sendiri tidak tahu apa bahasa yang diguna. Umpana anda membaca bahasa Cina atau Jepun. Anda pusinglah buku atas bawah, tunggang terbalik pun tidak mungkin faham! Begitulah bahasa ‘code’ computer. Kita biasa nampak produk yang sudah siap di komputer atau telefon. Sebenarnya, disebalik apa yang anda nampak, adalah satu set kod yang berselirat yang hanya mereka yang faham bahasa pengaturcaraan sahaja akan faham. 

Jadi apa yang perlu saya buat untuk dapatkan ilmu tersebut?

Saya perlu cari orang yang tahu! Sama ada untuk belajar dari mereka atau saya masukkan dalam pasukan di FunnelEvo. Dalam erti kata lain, saya perlukan seorang developer untuk membantu merialisasikan projek ini. 

Lesson learn 1:
Belajar sendiri atau jika ada kewangan, cari team/pasukan untuk bekerja bersama. 

Kesilapan 2 : Mencari pasukan di tempat yang salah. 

Setiap hari saya berdoa, supaya Allah temukan saya dengan pasukan yang saya perlukan. Itu adalah usaha yang saya akan buat untuk apa-apa pekerjaan saya. Mohon pada Allah. Sebab dalam hidup, kita mengharapkan magik untuk berlaku. Kita sendiri hidup hari ini pun sebenarnya magik. Betul?

Seingat saya, dari hari pertama saya mahu mulakan projek software ini, setiap orang yang saya jumpa saya akan bertanya “ Ada kenal dengan sesiapa yang pandai coding tak? Dan paling penting attitude bagus”. 

Boleh kata semua orang yang saya jumpa, ayat ini pasti akan keluar. Selain doa, sunnatullah kena juga buat. Saya percaya, dalam silaturrahim ada rezeki. Saya mula silaturrahim dalam orang dalam industri. 

Sampai ada 1 masa, saya masih ingat, saya ke Cyberjaya untuk bertemu seorang ‘Doktor Phd’ yang sangat ‘terror’ dalam software. Beliau sendiri sudah buat beberapa software di universiti dengan geran-geran yang diperoleh Universiti. 

Perbincangan kami lama. Software yang beliau bina, semua beliau tunjuk. Saya sendiri teruja. Pasti dia pandai dan boleh bantu saya. 

Cuma, disini kesilapan yang mahal. Apabila kita memilih pasukan, mereka bukan hanya perlu ada skill, attitude, tetapi juga mestilah berkongsi matlamat yang sama. Jika matlamat mereka lain, maka kata putus dan kebersamaan tidak akan terjadi. 

Alhamdulillah, walaupun banyak percubaan gagal. Allah akhirnya temukan saya dengan pasukan sekarang. Hasil dari SILATURRAHIM. 

Dari situ, kami mula berexperiment… Sehinggalah sekarang, terhasil sistem Saleskip.com

Lesson learn 2:
Pilih mereka yang ada skill, attitude dan PALING PENTING, berkongsi matlamat yang sama. Cara untuk peroleh mereka yang bagus? SILATURRAHIM! Sebab dalam silaturrahim ada janji REZEKI oleh Allah.

Kesilapan 3 : Cepat atau mati! 

Projek pertama (Yang gagal) adalah saya mahu membina sistem yang berteraskan ‘Messenger Marketing’. Ketika itu, satu dunia baru sahaja sedar yang sistem ‘bot’ membolehkan mereka membina bisnes yang berkesan kerana ‘bot messenger’ akan membantu mereka dari sudut close sales, follow up dan lain-lain. Walaupun saya sendiri sudah beri kefahaman dan idea tentang messenger bot ini dari tahun 2016 dari seminar anjuran FunnelEvo, rata-rata meniaga di Malaysia agak sedikit lambat untuk ‘get the idea’. Sampailah tahun 2018-2019 barulah ramai menggunakannya. 

Tetapi, itulah sifat teknologi. Yang lambat pasti rugi. Bagi mereka yang mula menggunakan sistem bot, di hujung tahun 2019, Facebook sudah mula mengenakan pelbagai sekatan supaya menghalang pengguna ‘SPAM’ pengguna yang lain di messenger. 

Begitu juga yang berlaku kepada yang membina software menggunakan teknologi ini. 

Walaupun saya sudah menjangka Facebook akan berikan sekatan, saya sama sekali tidak menyangka, akhirnya database yang kita bina di dalam messenger akan jadi total ‘useless’ jika akaun messenger kita di ‘ban’. Maksudnya, paling selamat, kita perlu letak database pelanggan di tempat lain. Dalam bentuk lain bukan dalam bentuk messenger. Contohnya dalam bentuk email dan no telefon. Itu paling selamat. 

Justeru, disebabkan itu, saya dan team terpaksa menukar lagi strategi software kami kepada yang lain. Disitupun sudah beberapa ribu dibazirkan.

Lesson learn 3:
Mula cepat bila ada idea. Saya suka kata-kata Jack Ma, pengasas Alibaba. ‘Be the first, not the greatest'. Kenapa? Sebab jadi the 1st orang senang ingat. Nak jadi the greatest ni sukar.

Belajar sesuatu? InsyaALLAH, saya akan share lagi journey membina syarikat teknologi ini kepada anda. Doakan supaya Allah berikan masa dan kelapangan untuk menulis dan merekod video untuk tujuan anda belajar dari kesilapan sepanjang saya dan team FunnelEvo membina syarikat teknologi bukan untuk Malaysia, tetapi dunia. 

Jangan lupa subscribe di channel Telegram untuk terima notifikasi bila saya update journel ke dua hari Ahad depan! 

Klik fahdi.me sekarang! 

p/s : Jangan lupa hadir ke seminar Evolusi2020.com okay! Saya tunggu. 

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.

Scroll to Top