
11) Ambil masa
Setiap kejayaan yang nak capai, akan mengambil masa dan menjalani proses yang cukup panjang. Masa yang diambil juga bukanlah sehari dua tapi bertahun-tahun untuk berjaya dalam setiap perniagaan yang anda lalui.
12) Jangan boros
Bila dah achieve target, jangan hilang arah. Kenapa?
Sebab anda akan spend lebih daripada sebelumnya. Jadi, bila dapat lebih, spendingnya kena sama dengan sebelumnya.
So, barulah anda akan ada balance kewangan yang lebih untuk dispend kepada perkembangan team dengan cari staff yang lebih baik.
Apabila anda pandai manage kewangan, company anda dapat berkembang dengan lebih cepat. Ini kerana, anda ada lebihan wang untuk buat marketing dan sebagainya. So, plan kewangan anda dengan bijak dan jangan over spending.
13) Jelas dengan target
Founder yang bagus, mereka jelas dengan apa yang mereka nak capai. Siapa target market mereka, jantina apa, umur berapa atau kepada sesiapa sekalipun, janji target tersebut tercapai. Tapi jenis orang yang macam ni, mereka tetap akan berbisnes even orang tu tak membeli.
Contoh, TESLA. TESLA adalah company yang mengeluarkan kereta yang menggunakan elektrik. Mereka perlu mencari target market yang nak beli kereta keluaran mereka. Jadi target market mereka adalah orang-orang kaya. So, fokus mereka hanyalah orang-orang yang ada duit sahaja.
So, jika anda nak jadi founder yang berjaya, kenal dulu siapa target market anda.
14) Suka dengar complaint
Nak jadi Founder ni kena suka dengar complaint daripada pelanggan, team, dan orang sekeliling.
Sebab Jack Ma kata, daripada complaint akan wujudnya bisnes.
Tapi, ada orang dia rasa insulted bila dengar complaint, then rasa tertekan.
No! Jangan sesekali fikir macam tu. Sebab complaint ni adalah satu peluang untuk orang bisnes.
15) Buat lebih daripada apa yang dijangkakan
Apa yang orang lain nampak, itulah yang orang akan cakap. Jadi, team akan nampak apa yang anda buat. Jika anda nampak bagus dimata mereka, baguslah team anda akan cakap kepada anda.
So, bila bagus, mungkin anda akan dijadikan sebagai inspirasi buat team dan ejen anda.
16) Manage risiko
Founder yang bagus kena tahu manage risiko. Contoh risiko dalam bisnes, jika anda ada mengalami kerugian, anda akan cuba untuk pergi ke kelas-kelas yang boleh upgrade keuntungan dalam bisnes anda.
Sama juga risiko dalam mencari team. Contoh, jika anda nak cari pekerja baru. Anda mesti akan interview mereka terlebih dahulu kan sebelum menerima mereka sebagai staff dalam company anda.
17) Baca ‘Case Study’ sebenar yang dibuat oleh orang lain
Kebanyakan ‘Case Study’ memang akan menunjukkan result yang bagus. Jadi, dengan adanya case study ini, anda boleh belajar dan buat shortcut masa dengan study business orang lain dan buat improvement dalam bisnes anda supaya berbeza dengan orang lain.
Kebanyakan orang akan succeed jika mereka buat first start-up. Jadi, proses start-up yang kedua akan jadi lebih mudah dan mungkin akan meningkat menjadi 20% berbanding dengan yang pertama.
18) Personal branding
Nak cepat naik dan dikenali dalam bisnes? Buat “Personal Branding” dulu.
Sebab kalau bukan anda yang menaikkan personal branding anda, siapa lagi? Betul tak?
Jadi, jangan malas, jangan banyak alasan.
Tak ada orang yang tak boleh berjaya, melainkan dia malas untuk belajar marketing, buat video content, dan sebagainya.
‘Ingat, kita adalah produk kepada keputusan kita.’
19) Networking
Networking ni, bahasa mudahnya adalah silaturrahim.
Sebab dengan silaturrahim, anda dapat ubah nasib company anda. Tak kiralah melalui internet ataupun jumpa depan-depan, tapi cara ni boleh menaikkan branding anda ke level yang lebih tinggi bahkan ke international level.
Pada masa yang sama, anda juga boleh jual produk kepada mereka yang boleh mengembang kan bisnes anda.
20) Belajar dan cipta perkara baru
Strategi marketing ni sentiasa akan berubah. Apa yang anda perlu buat adalah belajar marketing dan strategi baru yang boleh menaikkan bisnes anda.
Jika anda tak belajar, macam mana anda nak buat?
Jadi, cuba buat sampai jadi. If tak jadi, cuba cari guru sebab melalui guru, anda akan dapat belajar something yang baru yang boleh menaikkan personal branding anda.
Belajar sesuatu perkongsian kali ini. Semoga memberi manfaat kepada anda.
Btw, jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, Join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!