5 Tips Bagaimana Anda Boleh Yakinkan Audience Melalui Copywriting Yang Berkualiti

c1

1

Adakah anda akan percaya dengan orang yang tidak pernah anda jumpa dan bersemuka? Kemungkinan tidak bukan.

Jadi bagaimana mereka yang menjalankan perniagaan secara online ini boleh menyakinkan para pembeli untuk berurusan dengan mereka sedangkan mereka tidak pernah bersemuka semasa proses jual beli tersebut berlaku. Bagi peniaga-peniaga yang berurusan face-to-face dengan pelanggan amat senang untuk mereka meyakinkan para pelanggan melalui cara layanan, percakapan, services yang diberi dan banyak lagi.

Namun jika anda melakukan business yang menggunakan media sosial untuk menjual produk/services, sukar untuk mengguna pakai teknik biasa secara bersemuka. 

Justeru,copywritinglah yang akan membantu membina kepercayaan para pelanggan terhadap produk/services yang dijual di online. Copywriting yang power akan membuatkan ramai orang berminat untuk membacanya, shares copywriting tersebut, meningkatkan brand awareness, dan juga paling penting menghasilkan sale. 

Tapi sebelum anda merangka copywriting yang boleh menyakinkankan audience, anda harus tahu konsep untuk menghasilkan copywriting yang bagus & menghasilkan sale. Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda menghasilkan copywriting yang berkualiti.

1) Headline dan Gambar Yang Menarik Dan Power

Pertama sekali, perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan menarik perhatian audience anda melalui headline dan gambar yang menarik.Headline memainkan peranan penting dalam menarik minat audience anda untuk klik dan baca kandungan copywriting anda. Walaupun tanpa melihat gambar dengan hanya membaca headline yang menarik sahaja dapat menimbulkan minat audience anda untuk terus membaca  copywriting anda tersebut.

Untuk menulis headline yang menarik ini anda harus gunakan pendekatan 4’U

  • Useful

Pastikan tajuk headline yang anda tulis memberitahu kebaikan dan manafaat yang pembaca-pembaca akan dapat. Jika headline tersebut tidak menyampaikan manafaat ataupun kebaikan yang pembaca akan dapat amat susah untuk menarik minat mereka untuk membaca isi kandungan copywriting. Sebagai contoh, “Kami Boleh Bantu Anda Turunkan Berat Badan Dalam Masa 30Hari”

  • Unique

Headline yang unik adalah salah satu cara untuk menimbulkan minat para audience anda. Oleh itu, anda harus cipta satu headline yang unik dan lain dari yang lain untuk membezakan anda daripada orang lain dengan ini anda boleh mengkagumkan mereka. Contohnya “Cara Untuk Anda Kebal Dari Kerugian”.

  • Ultra-specific

Selain itu anda juga harus pastikan headline anda tersebut Ultra-specific atau dalam kata mudah tajuk yang spesifik. Ini bagi memudahkan pembaca tahu apa yang akan anda sampaikan kepada mereka dalam copywriting anda nanti. Jika headline anda tidak begitu spesifik, mesej yang anda ingin sampaikan tidak dapat disampaikan dengan jelas kepada mereka.

  • Urgency

Headline anda juga haruslah mampu menimbulkan rasa cemas dan risau kepada para audience anda apabila mereka membaca headline tersebut dan mereka akan merasa rugi jika tidak mengetahuinya dengan lebih lanjut. Jika headline anda mampu melahirkan emosi tersebut ini bermaksud headline anda itu power dan berkualiti. Antara contoh headline tersebut, “Adakah Anda Mengalami Kerugian Kerana Terlalu Banyak Beri Pilihan Kepada Customer??..Anda Harus Bertindak Sekarang”

Selain headline yang menarik, gambar yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Headline yang power berserta gambar yang menarik mampu menarik minat orang yang melihat iklan tersebut klik untuk membacanya dengan lebih lanjut. Tapi anda mesti pastikan headline dan gambar yang anda guna mestilah releven satu sama lain.

2) Buat Copywriting Yang Memberi Inspirasi Dan Bermanafaat

c3

Untuk mengarang copywriting yang boleh membina kepercayaan para audience anda, salah satu tips yang boleh saya kongsikan adalah dengan berkongsi article-article yang bermanafaat dan berguna kepada mereka. Anda boleh hasilkan copywriting yang bermanafaat dan boleh membantu mereka dalam sesuatu perkara, sebagai contoh anda boleh berkongsi mengenai ilmu-ilmu perniagaan seperti:

  • Cara memulakan perniagaan online
  • Cara untuk menaikkan sales melalui online marketing
  • Teknik-teknik online marketing yang boleh mereka gunakan dan banyak lagi

Namun anda harus ingat, untuk berkongsi ilmu-ilmu sebegitu anda harus mempunyai pengetahuan yang jelas dan mendalam untuk jadikan copywriting tersebut berkualiti untuk dibaca. Dengan menghasilkan copywriting yang berkualiti mampu menaikkan kredibiliti anda di media sosial.

Selain itu, kebanyakkan para pembaca lebih berminat untuk membaca kisah-kisah yang boleh memberi inspirasi kepada mereka kerana mereka akan jadi lebih bermotivasi apabila membaca kisah-kisah kejayaan seseorang. Untuk menghasilkan copywriting yang memberi inspirasi tersebut anda boleh berpandukan kepada 3 points dibawah :-

  • Gunakan Testimoni

Anda boleh gunakan contoh testimoni-testimoni produk/services yang telah berjaya dengan meletakkannya di bahagian intro atau offer dalam copywriting anda. Anda boleh letakkan gambar/video testimoni-testimoni pelanggan anda sebagai bukti.

  • Buat Case Study

Anda boleh buat case study dengan menceritakan kisah-kisah individu-individu yang berjaya. Sebagai contoh “Kejayaan Tony Fernandes Menubuhkan Air Asia”.

  • Kongsi Kisah Inspirasi

Antara jenis copywriting yang paling berkesan untuk membina trust pembaca adalah dengan berkongsi kisah-kisah kejayaan produk/services anda yang telah berjaya dengan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

3) Letakkan Diri Anda Sebagai Pembaca

Dalam menghasilkan sesebuah copywriting yang boleh menarik minat prospek untuk terus membaca copywriting tersebut bukanya senang. Oleh itu sebelum anda mengarang sesebuah copywriting pastikan anda meletakkan diri anda sebagai pembeli bukannya sebagai penjual.

Elakkan dari terlalu ghairah memberitahu kehebatan dan kelebihan anda kerana ia boleh membuatkan audience anda jemu, sebaliknya anda tekankan kepada audience :-

  • Apa yang anda ada.
  • Apa yang anda boleh bantu dan bagi kepada mereka.
  • Dan apa yang mereka harus lakukan seterusnya.

Sebaik-baiknya gunakan perkataan “ANDA” untuk merujuk audience anda berbanding “KITA”. Ini bagi memastikan apabila mereka membaca kandungan copywriting tersebut mereka akan merasa mesej yang ingin disampaikan ditujukan kepada diri mereka bukannya kepada umum. Selain itu, apabila anda meletakakn diri anda di tempat audience, akan mudah untuk anda memahami kehendak mereka sekali gus anda dapat bermain dengan emosi audience-audience anda.

4) Terangkan Ciri-ciri Dan Manafaat Produk/Services Anda

Bagi menarik minat audience untuk terus membaca copywriting anda, perkara yang berkesan yang boleh anda buat adalah dengan menfokuskan penulisan copywriting anda kepada Ciri-ciri dan manafaat yang produk/services anda boleh berikan kepada mereka.

Setiap kali anda menghuraikan ciri-ciri yang ada pada produk/services anda amat penting untuk anda kaitkan ciri-ciri tersebut dengan manafaat yang produk/services anda boleh berikan kepada audience anda. Ini kerana audience anda bukan sahaja mahu tahu produk/services anda saja tetapi mereka ingin tahu bagaimana ia boleh membantu mereka mencapai manfaat yang mereka mahu seperti :-

  • Membantu mereka menjimatkan wang
  • Membantu mereka menjana pendapatan lebih
  • Membantu mereka untuk lebih sihat
  • Membantu mereka untuk jadi cantik dan banyak lagi.

5) Tunjukkan Kredibiliti Anda

Apabila anda telah terangkan kepada audience manafaat yang anda tawarkan, produk/services yang anda tawarkan untuk manafaat tersebut dan juga pencapaian yang telah anda capai, prospek akan bertanya “Siapa Anda?”

Dalam segi untuk menyakinkan para audience terhadap produk/services melalui iklan copywriting ini ada 3 perkara yang perlu anda fokuskan iaitu prospek anda, produk/services anda, dan juga produk/services Vendor itu sendiri.

Oleh itu, untuk menyakinkan prospek-prospek terhadap produk/services anda, pertama sekali anda perlu yakinkan mereka terhadap kredibiliti anda terlebih dahulu.  Untuk menyakinkan prospek-prosepek anda  tersebut anda boleh gunakan beberapa tips dibawah :-

  • Letakkan jaminan atau warranty – bagi jaminan refund, bagi tahu pengiktirafab/kelulusan yang anda perolehi.
  • Letakkan Testimoni – bagi menyakinkan lagi audience, anda boleh kongsikan feedback dan testimony produk anda.
  • Letakkan no telefon anda/ alamat kedai atau syarikat – untuk lebih menyakinkan lagi audience anda

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dirumuskan dari article diatas adalah, tidak kiralah copywriting anda panjang atau pendek tetapi yang paling utama adalah perkataan-perkataan yang digunakan serta isi-isi yang menarik yang terdapat dalam copywriting tersebut. Copywriting yang bagus adalah copywriting yang boleh membuatkan audience anda terkesan apabila membacanya. Jadi pastikan anda hasilkan copywriting yang berkualiti untuk menyakinkan lagi audience anda terhadap produk/services yang akan anda tawarkan.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!