6 Strategi Nak Motivasikan Orang Lain » FahdiGhazali.com

6 Strategi Nak Motivasikan Orang Lain

6 Strategi Nak Motivasikan Orang Lain

Strategi yang simple tapi sangat berkesan!

Terutama anda yang bisnes dan ada team, cara ini mungkin dapat memberikan motivasi dan inspirasi buat mereka. Dan anda juga dapat achieved apa yang anda nak especially dalam bisnes dan kehidupan.

 

1) Lead with values

Jika kita bina pasukan based on values, mereka akan setia bersama kita. Tapi, jika anda lead satu company atau pun pasukan dengan berpaksikan berapa sale yang kita nak capai sama ada tahun ni atau bulan depan. 

Akibatnya, anda cuma bina team yang hanya gilakan duit semata-mata. Sebab kita hanya bermotivasikan mereka dengan ‘dollar and cents.’ 

 

2) Dengar lebih banyak berbanding bercakap

Perkataan yang simple tapi sangat powerful!

Kita sebagai leader perlu lebihkan mendengar idea daripada team. Supaya team dapat bercakap dan kita sebagai leader perlu banyak mendengar apa yang mereka nak cakap.

Akan ada orang yang bermasalah, contohnya pada staff saya. Saya akan gunakan strategi bisu untuk mereka bercakap. Saya akan berikan sticky note dan mereka akan tuliskan segala idea yang ada, lepas tu saya akan minta mereka tampalkan di whiteboard. 

Jadi, daripada situ akan ada idea yang bercambah. 

Mudah kan? 

 

3) Bertanya soalan yang betul

Sebab bila anda tanya soalan yang betul, anda akan dapat jawapan yang betul.

Bila anda nak motivate people, anda kena tanya soalan yang betul. Sebab mereka ni dah ada their own experiences and thought, jadi kita tak perlu bercakap lebih. 

 

4) Choose your leadership style

Sebabnya ada orang leadership nya tegas, dan ada yang penuh berhikmah. Jadi, pilih cara untuk anda lead pasukan anda. 

Mungkin anda boleh ikut pada leadership Rasulullah SAW. Jika team anda ada buat salah, maafkan dia. Jika anda ada salah dengan orang lain, minta maaf. 

Then, selalu beri peringatan kepada pasukan anda supaya tidak membuat kesilapan yang sama berulang kali. Adakalanya, anda perlu tegas tapi kadang-kadang anda perlu juga berlembut. 

 

5) Tetapkan matlamat 

Untuk pasukan kita pergi ke depan, maka kita kena tetapkan matlamat. Dengan matlamat, kita dapat tahu penghujung pasukan kita nak pergi ke arah yang mana satu. 

Bila mereka jelas, mereka akan terinspirasi dan motivasi untuk terus berjuang bersama kita tak kira dalam jangka masa yang pendek, sederhana dan panjang. 

 

6) Beri support kepada team

Support ni bukan sahaja untuk mereka bekerja tetapi untuk kehidupan mereka juga. Dan kita support mereka dengan menggunakan term ‘silaturrahim’

 

Jadi, 6 strategi ni cuba anda aplikasikan dalam kehidupan dan bisnes anda. Dan anda akan feel something miracle happen yang terjadi kepada diri anda. Sebab ini adalah pengalaman yang saya gunakan sepanjang saya dalam dunia bisnes dan coaching kepada beribu orang.

Walaupun sekarang ni bisnes anda masih kecil, perlu diingatkan bukan sebab bisnes kita yang kecil, tapi impian kita yang masih kecil. Bukan problem kita yang besar tapi impian kita yang kecil. Tapi sebaliknya, jika kita punya impian yang besar, problem yang kita hadapi mungkin akan menjadi kecil. 

Itu sahaja sesi perkongsian kali ini. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua, untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. In shaa Allah.

Btw, jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.

Scroll to Top