
Mengikut satu report yang pernah dikeluarkan, antara marketing yang paling cepat adalah untuk anda dapatkan attraction dan build your business melalui influencer marketing.
Samada nak gunakan influencer yang sedia ada atau anda boleh wujudkan sendiri that influence melalui Personal Branding.
Dan antara video-video yang boleh menjadi tarikan untuk personal branding atau meningkatkan jualan bisnes ialah:
1) Video Life Vlog
Blog yang melalui kisah hidup anda, atau pun keluarga anda. So, sekiranya anda mempunyai ‘Life Vlog’, ramai orang yang terutamanya mereka masuk ke YouTube channel, dan mereka juga gemar menonton vlog yang memaparkan tentang kisah kehidupan orang lain.
2) Video Fashion and Lifestyle
Jika anda ada melihat di media sosial ada orang yang membuat tutorial cara memakai tudung, dan lifestyle dia pergi shopping. Ramai orang akan follow video-video atau channel sebegitu.
Sekiranya anda sememangnya taksub dengan fashion, dan anda juga berniaga melalui fashion. Saya sarankan anda memaparkan content yang related tentang fashion dan lifestyle.
3) Video Unboxing
Anda membuat satu video yang menunjukkan produk yang paling latest. Contohnya, Iphone yang baru keluar selepas itu anda membuat video unboxing. Walaupun video tersebut ramai orang yang sudah melakukannya tetapi masih ada lagi orang yang ingin menontonnya. Video unboxing tu boleh jadi anda punya ‘niche’.
4) Video Behind The Scene (BTS)
Saya bukannya jenis yang suka menonton drama Korea tapi ada satu drama Korea yang menarik minat saya iaitu drama Start Up. Sebab ia cerita cara memulakan bisnes dan bagaimana untuk kita belajar membaca kontrak. Selepas habis menonton drama tersebut, saya menonton video ‘behind the scene’ pula.
Contohnya, jika anda ada shooting video, anda juga boleh memuat naik video behind the scene. Jadi, kepada yang menonton video-video anda, mereka akan merasakan video-video tersebut nampak real kerana menampakkan diri anda yang sebenar. Dengan Izin Allah.
5) How-To-Video
Contohnya, video masakan daripada YouTube channel Che Nom. Hampir sejuta orang subscribe di YouTube channel Che Nom kerana resepi masakan yang ditunjukkan oleh beliau walhal resepi tu boleh je kalau orang nak cari di google. Saya juga membuat video untuk mencari solution jika stuck dalam bisnes.
6) Video Lawak / Comedy
To be honest, saya juga suka dengan video-video lawak atau comedy sebegini. Sebab bila saya stress or whatsoever di YouTube ada video-video comedy yang duration nya panjang untuk ditonton.
Dan jika anda ada that kind of talent, of course teruskan untuk menaikkan your personal branding. But at the same time, created video lawak yang boleh menjadi something untuk orang di luar sana mempercayai your personal branding.
7) Video Review
Kebiasaannya video yang menjadi knowledgeable. Contohnya, anda nak review satu telefon pintar dengan anda memberikan maklumat mengenai kebaikan telefon tersebut. Jadi, orang yang menontonnya akan merasakan sesuatu yang boleh menjadi knowledgeable dan mereka akan mempercayai personal branding anda.
Dan paling penting, apabila anda dah buat your personal branding pastikan anda kumpul database mereka. Especially as a business owner, you want to sell them something the moment they trust you in future. And jika anda sekadar kumpul follower ia sangat bagus tapi kalau anda mempunyai satu lagi step yang lebih bagus iaitu database.
Bagaimana untuk mengumpul database?
Pendapat saya, anda memerlukan satu ‘software’ atau ‘sistem’. Contohnya, sistem tu consist minimum dua.
- Anda boleh buat landing page
- Mesti boleh simpan database seperti email, dan nombor telefon mereka supaya anda mudah untuk berhubung dengan mereka. Contohnya, seperti di syarikat saya iaitu FunnelEvo, syarikat kami menggunakan sistem saleskip.
Kesimpulan
Dan hampir 20,000 orang yang menggunakan sistem saleskip dan menyimpan database mereka. Ada yang menggunakan sistem saleskip hingga ada yang dapat membuat jualan sehingga 200,000 setiap bulan. Dengan Izin Allah.
Jadi, saya rasa itu sahaja perkongsian saya pada hari ini dan semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua, untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. In shaa Allah.
Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!