7 Perisian Percuma Untuk Edit Gambar Iklan Facebook Anda

1

Soalan saya untuk anda. Bila anda skrol facebook anda, apakah yang menarik perhatian anda untuk berhenti dan baca?

Bila anda membuat iklan di Facebook, perkara paling penting adalah untuk menarik perhatian pengguna Facebook. Perhatian mereka itulah yang menentukan samada iklan anda berjaya atau tidak.

Salah satu tips untuk mengurangkan kos iklan anda di Facebook adalah engagement antara pengguna Facebook dan iklan anda. Bila mereka melihat iklan anda dan berhenti untuk baca, kos yang dikeluarkan untuk setiap iklan adalah lebih rendah berbanding apabila mereka mengabaikan iklan anda.

Soalan saya yang seterusnya. Bila anda skrol Facebook anda, cuba tengok post-post di wall anda. Dipenuhi dengan tulisan atau gambar?

Boleh saya katakan kebanyakkan post tulisan di Facebook akan disertakan dengan gambar. Kesimpulannya, gambar adalah salah satu faktor yang menyebabkan kita berhenti dan baca sesuatu post yang diletakkan di Facebook.

Cuba perhatikan carta di bawah,

Gambar diatas adalah carta kategori perkongsian tertinggi di media sosial. Anda dapat lihat perbezaan ketara antara gambar dan kategori-kategori yang lain. Klik disini untuk sumber rujukan.

Melihat kepada kajian-kajian yang telah dilakukan, pengguna media sosial lebih suka untuk berinteraksi dengan kandungan bergambar berbanding tulisan semata-mata. Jadi, anda perlu memastikan setiap post yang anda masukkan di Facebook mempunyai gambar yang menarik dan cantik.

Masalah yang sering dihadapi untuk menyediakan gambar yang cantik adalah dimana tempat anda boleh mengubahsuai gambar anda? Software apa yang anda patut guna? Adakah anda perlu mendapatkan khidmat designer untuk mencipta gambar-gambar yang menarik untuk produk atau servis anda?

Kali ini saya kongsikan dengan anda 7 senarai software yang anda boleh guna untuk membantu anda mengubahsuai gambar produk atau servis anda. Ada juga beberapa software yang menyediakan gambar secara percuma yang anda boleh gunakan. Anda boleh cuba satu persatu dan cari yang paling senang untuk anda guna.

Senarai Perisian Percuma Untuk Mengubahsuai Gambar

 

1 – Befunky (https://www.befunky.com/)

 

 

2 – Pixlr Editor (https://pixlr.com/editor/)

 

3 – Pablo (https://pablo.buffer.com/)

 

4 – Canva (https://www.canva.com/)

 

5 – Picpick (http://ngwin.com/picpick)

 

6 – Aviary (https://www.aviary.com/)

 

7 – Easel.ly (https://www.easel.ly/)

 

 

Anda boleh cuba satu persatu perisian diatas untuk memilih yang mana paling sesuai dengan anda. Lepas cuba tu bolehlah komen kat bawah yang mana yang paling anda suka. Perisian yang mana paling ramai pilih saya akan sediakan tutorial.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!