7 Tanda Anda Mengalami Depresi & Tekanan Perasaan!

7 Tanda Anda Mengalami Depresi & Tekanan Perasaan!

Kegawatan ekonomi sekarang ni memang bagi banyak kesan negatif kepada usahawan sampai ada yang terjerumus kepada tekanan perasaan dan depression. Akhirnya, menuju jalan buntu dan sukar untuk keluar dengan mudah. Saya nak berkongsikan pengalaman saya sendiri melalui fasa depresi dan Alhamdulillah, saya berjaya keluar daripada fasa tersebut.

Jadi, di sini saya nak kongsikan 7 Tanda Sekiranya Anda Mengalami Depresi dan Tekanan Perasaan.

1) Kita merasakan diri tidak berguna atau hopeless.

Adakah anda pernah merasakan diri tak sebagus orang lain? Sekiranya kita merasakan perkara ini, perbetulkan dengan segera supaya tidak memudaratkan kita dan orang-orang disekeliling kita.

2) Kita hilang minat terhadap perkara yang menjadi tarikan kita sebelum ini.

Adakah anda mempunyai hobi yang dahulunya anda sangat suka tetapi sekarang tak lagi?  Contohnya, ‘gardening‘ iaitu bercucuk tanam. Sekarang anda jadi malas nak buat hobi tersebut. Padahal, gardening tu dari kecil sampai dewasa suka dan secara tiba-tiba anda hilang minat dengan gardening. Jaga-jaga, mungkin itu adalah tanda-tanda awal!

3) Anda selalu berasa penat dan menghadapi kesukaran untuk tidur.

So, adakah anda mengalami perkara macam ni? Beberapa tahun yang lepas, kejadian seperti ini pernah terjadi dekat saya dan bila saya merujuk kepada doktor pakar, doktor beritahu yang saya dalam golongan Extreme-Fetic.

Extreme-Fetic ni adalah kepenatan yang luar biasa. Contohnya, badan kita dalam keadaan penat, tapi ada hal lain yang membuatkan kita dalam kepenatan yang melampau iaitu otak. 

Jadi, amatlah digalakkan untuk kita merujuk kepada doktor pakar dan mendapatkan nasihat mereka dan jangan sesekali membuat andaian sendiri jika anda ingin memulihkan diri sendiri tanpa rawatan yang sebaiknya. 

4) Anxiety Disorder

Jadi, apa maksud anxiety? Anxiety ni maksudnya adalah ketakutan yang luar biasa. Anda juga dapat merasakan debaran yang melampau yang akan membuatkan anda mengalami kepanikan yang sangat teruk. Inilah yang berlaku kepada diri saya beberapa tahun dahulu semasa saya mengalami depresi dan anxiety. 

Jadi, saya sangat faham perasaan orang yang mengalami penyakit mental illness seperti ini. Contohnya, mungkin ada di kalangan kita yang mengalami masalah trauma sewaktu kecil atau di mana-mana sahaja. 

5) Emosi yang tidak boleh dikawal.

Contohnya, rasa nak marah sepanjang masa walhal perkara itu tak adalah sebesar mana pun. Jika perkara ini sering anda alami, mungkin ini adalah tanda-tanda awal yang anda perlu elakkan. Cara yang terbaik adalah, cari seseorang yang anda boleh luahkan segala permasalahan anda supaya anda rasa sangat lega dengan kemarahan anda.

6) Perubahan berat badan.

Pernah atau tidak, anda mengalami perubahan berat badan secara mendadak tak kiralah naik atau menurun tanpa anda sedar? Be careful, kerana sekiranya anda kurus secara tiba-tiba itu bukan bererti anda kurus secara sihat tapi anda mengalami masalah tekanan perasaan. 

Usahawan kena tengok betul-betul perkara ini kerana jika bukan sekarang, mungkin akan berlaku pada masa hadapan. Jika kita lihat tanda-tanda ini, dengan segera kita boleh ubati masalah ini.

7) Kita cari mati.

Sebab orang yang mengalami ‘depression‘, dia akan cari mati. ‘They’re looking for death’. 

Ada ke dalam kalangan anda yang pernah alami perkara macam ni? Bila rasa terlalu tertekan dengan perniagaan, rasa macam nak cari mati. Sebab anda rasa kematian itu boleh mengubati segala-galanya. 

So, apa yang boleh kita buat?

Treat yourself dan kembali pada jalan Allah. Sebab bila kita berharap pada manusia, pasti kecewa. Tapi bila berharap pada Allah, pasti akan gembira.

Bagaimana caranya saya merawat anxiety?

  • Menjaga pemakanan dengan sebaiknya. Sebab pemakanan yang tidak sihat hanya mampu mengenyangkan tetapi tidak ada tambahan energy. 
  • Melakukan exercise. Saya bukanlah orang yang jenis gemar pergi ke gym atau angkat berat. Tapi saya akan keluar dari kawasan rumah untuk exercise. Lama kelamaan ianya menjadi rutin yang menenangkan diri saya. 
  • Seterusnya, melawan penyakit tersebut. Saya pernah mengalami ketakutan sewaktu saya menjejakkan kaki ke shopping mall, jadi apa yang saya buat? Saya pergi ke shopping mall hampir setiap hari bagi menghilangkan rasa ketakutan tersebut. Dan bukan untuk membeli barang sebaliknya saya create a new pattern iaitu believe dengan sistem yang baru. Alhamdulillah, takdir Allah bila pergi lagi anxiety tu dah hilang. 

Saya berharap dengan 7 tanda-tanda tersebut dapat membantu anda. At least, it can triggered your mind dengan mengatakan “saya perlu membuat perubahan”. Antaranya, ialah anda boleh menggunakan sunnatullah. Anda boleh berubat dengan melalui kehidupan sunnah (jaga pemakanan, exercise dan berjumpa dengan doktor). 

Dan yang paling penting, kudratullah iaitu Allah boleh ubah nasib kita malah perjalanan hidup serta rezeki kita. Jadinya, buat apa yang Allah suka, Allah akan bagi apa yang kita suka. Susah-susahkan diri, tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudahan saja Allah kabulkan hajat di hati. Rezeki tidak lambat, rezeki tak cepat, rezeki tak salah alamat.

In shaa Allah. Dengan izin Allah anda boleh berubah.

Baik, itu sahaja sesi perkongsian “7 Tanda Anda Mengalami Depresi dan Tekanan Perasaan”. Semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. In shaa Allah.

Btw, jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, boleh join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.