8 Strategi Instagram Marketing Untuk Newbie

photo_2018-05-14_15-48-48

Dalam dunia internet marketing sekarang, sedang berlakunya revolusi terhadap penggunaan platform media social, dan salah satu platform yang menjadi kegemaran pengguna di Malaysia adalah Instagram.

Menurut penyelidikan global Kantar TNS, 73% pengguna di Malaysia kini aktif menggunakan platform Instagram untuk berinteraksi dan berkongsi sebarang gambar atau video.

Ternyata penggunaan Instagram ini telah membuka peluang kepada para usahawan untuk mereka mempromosikan perniagaan masing-masing, samada brand-brand besar, mahupun untuk newbie.

Namun, mesti ada antara anda yang terfikir bagaimana cara yang paling berkesan untuk mempromosikan bisnes, dan seterusnya mendapat targeted prospek untuk bisnes anda kan?

Ok, jangan risau.. Sebab dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak strategi yang akan membantu untuk anda mendapat reach yang lebih banyak di Instagram

1. Pilih gambar yang sesuai dengan konsep produk/servis/jenama anda.

 

Kebanyakan brand yang berjaya dalam perniagaan Instagram sangat mengambil berat tentang pemilihan gambar yang menunjukkan brand identiti mereka.

Selalunya mereka mempunyai tema yang tersendiri untuk brand mereka dan tema ini juga berkait rapat dengan imej bisnes secara keseluruhan.

Anda boleh lihat contoh Instagram brand tudung popular di Malaysia, iaitu @theduckgroup. Mereka membawa misi untuk menerapkan imej elegan kepada wanita berhijab yang berkerjaya. Selain daripada membuat posting tentang tudung mereka, mereka ini juga sentiasa menyajikan post outfit of the day (ootd) untuk memberikan inspirasi penggayaan tudung kepada wanita diluar sana.

2.Tambah bilangan Followers anda

 

Bila anda berbisnes menggunakan platform Instagram, jumlah followers memainkan peranan penting untuk membina kepercayaan bakal pelanggan.

Tapi bagaimana cara untuk meningkatkan followers?

Antara salah satu kaedah berkesan yang selalu digunakan adalah melalui kaedah review. Review biasanya terbahagi kepada 2 iaitu ;

IG / Paid Review – Anda boleh meminta sesetengah igshop atau instafamous yang mempunyai jumlah followers yang ramai, untuk mereka postkan gambar atau video berkenaan bisnes anda di akaun mereka. Dengan cara ini, followers mereka yang melihat & yang tertarik dengan posting tersebut, pastinya akan follow akaun anda.

Dan biasanya harga bayaran untuk paid review ini bergantung kepada jumlah followers mereka & juga jumlah bilangan untuk mereka hasilkan posting berkenaan anda.

Swap Review – Kaedah ini pula biasanya adalah PERCUMA, dan dilakukan untuk menarik followers ke satu akaun, ke satu akaun lain. Sebagi contoh ;

Siti mempunyai 10k followers (bisnes baju Muslimah)

Aminah mempunyai 10k followers (bisnes produk kecantikan)

Apa yang mereka lakukan adalah, Siti akan post tentang bisnes Aminah di akaunnya & dalam masa yang sama, Aminah juga akan post tentang bisnes Siti di akaunnya.

Dengan cara ini, followers Siti yang nak dapatkan produk kecantikan, akan tertarik untuk follow Aminah, dan begitu la sebaliknya.

Faham kan?

Jangan juga lupa link kan akaun Instagram anda ke mana-mana akaun media social lain yang anda gunakan seperti Facebook, Youtube, Twitter, Website dan sebagainya.

3. Guna gambar dan video yang menarik untuk tingkatkan engagement

 

Posting gambar produk dan selfie pastinya menjadi sebahagian daripada koleksi feeds anda, tetapi anda haruslah pastikan gambar & video yang digunakan adalah menarik untuk tingkatkan engagement kepada post anda. Antaranya anda boleh cuba ;

  • Lebihkan penggunaan ekspresi muka manusia (close up)
  • Pelanggan sebenar yang menggunakan produk anda
  • Penggunaan warna- warna terang lebih digalakkkan berbanding warna gelap. Hal ini kerana, secara psikologikal warna-warna terang lebih mendapat tarikan.
  • Gambar dengan ruang latar belakang yang tinggi akan mendapat lebih banyak engagement daripada gambar yang mempunyai ruang latar belakang yang rendah.

4. Strategi Penggunaan Hashtags

 

Selain daripada post gambar atau video, penggunaan hashtags juga memainkan peranan yang penting. Jika caption yang anda guna bertujuaan untuk menceritakan gambaran kepada posting anda, hashtags pula akan membuka capaian yang lebih luas untuk audience melihat gambar dan video yang anda telah post itu. Dengan menggunakan carian melalui hashtags, ia akan memudahkan audience mencari produk yang dikehendaki.

Ada beberapa strategi untuk pilihan hashtags :

  • Pilih hashtags yang popular dan mempunyai kaitan dengan bisness anda. Contohnya jika anda menjual pakaian, anda boleh gunakan hashtag seperti #bajuraya2018 #bajumurah.
  • Gunakan juga hashtags yang kurang popular tetapi mempunyai kaitan dengan bisnes anda. Hal ini mungkin akan mengurangkan viewers post anda tetapi anda akan dapat lebih fokus kepada targeted prospek.
  • Penggunaan hashtags selalunya akan menarik perhatian prospek baru. Jadi cuba guna lebih dari dua hashtags untuk setiap post. Anda tidak perlu risau untuk menggunakan seberapa banyak hashtags kerana ada beberapa kajian yang menyatakan lebih banyak hashtags, lebih banyak.

5. Waktu Posting

 

Anda perasan tak, bila post satu-satu gambar atau video tu, ada masanya dapat komen & like yang banyak. Tapi kadang-kadang like jadi makin kurang. Ini mungkin sebabnya anda post diwaktu yang salah!.

Cuba anda gunakan tips waktu update status ni ;

Waktu Pagi : 6.15 am – 7.00 am (pengguna tegar akan buka)

Masuk Kerja : 8.00 am – 10.00 am (bagi yang boleh akses di tempat kerja)

Lunch Hour : 12.30 pm – 2.00 pm (sambil tunggu waktu lunch, layan phone)

Selepas Lunch : 2.30 pm – 3.00 pm (tengok phone kejap sebelum sambung kerja)

Sebelum Balik : 5.30 pm – 6.15 pm (sambil tunggu nak checkout dari office)

Sebelah Malam : 9.00 pm – 12 am, kadang-kadang terlajak 1 am – 2 am.

6. Pelbagaikan posting anda

 

Berkait dengan waktu posting di atas, anda juga boleh pelbagaikan posting anda. Antaranya adalah ;

6.00 am – 7.00 am : Post ucapan selamat pagi. Sebagai sokongan semangat kepada prospek untuk memulakan kerja atau hari baru.

8.00 am – 10.00 am : Post tips berdasarkan produk atau niche anda. Waktu ni masih awal untuk menjual. Jadi berkongsi dulu pada waktu ini. Waktu ini mujarab kerana ini waktu breakfast kali ke 2 staf kerajaan.

12.00 pm – 2.00 pm : Post produk. Waktu sesuai untuk menjual kerana waktu ini prospek sibuk membelek phone di waktu lunch.

2.30 pm – 6.15 pm : Post produk ataupun gambar penyelesaian masalah. Waktu ini sesuai kerana kebanyakan orang yang bekerja menghabiskan masa office hour mereka dengan bermain phone.

9.00 pm – 10.00 pm : Post produk, promosi atau aktiviti. Waktu ini waktu mereka duduk di depan tv. Kadangkala minda mereka tak bersedia untuk membeli. Jadi post aktiviti bisnes anda adalah pilihan yang lebih baik.

10.00 pm – 12.00 pm : Post ucapan selamat malam. Waktu ini kebanyakan prospek bersedia untuk masuk tidur. Jadi post ucapan selamat malam tanda menghargai prospek.

7. Jadi followers

 

Brand yang besar dan terkenal, mungkin tidak perlu menjadi followers atau followback pelanggan mereka, kerana sudah tentu pelanggan yang akan mencari brand mereka.

Tetapi jika anda baru memulakan perniagaan di Instagram, anda bukan sekadar perlu followback tetapi anda juga perlu mencari prospek baru untuk anda follow.

Terdapat beberapa strategi yang boleh anda gunakan untuk mencari prospek yang patut anda follow :

  1. Cari orang yang sudah anda kenal. Semasa log masuk, pergi ke halaman profil anda dan klik di penjuru kanan sebelah atas skrin. klik “Find Friends” untuk follow orang dari senarai rakan Facebook, senarai kenalan dan senarai pengguna yang dicadangkan.
  2. Cari dan follow orang atau bisnes yang anda kenal menggunakan bar carian Instagram.
  3. Follow orang yang like posting pesaing anda.
  4. Cari dan follow orang hasil dari penggunaa hashtags yang berkaitan dengan bisnes anda. Ini merupakan strategi yang paling berkesan untuk mencari target prospek dalam niche anda.

8. Gunakan Instagram Ads

 

Instagram kini membolehkan semua syarikat untuk membuat iklan melalui platform Instagram Ads. Pada beberapa bulan yang lepas, hanya jenama besar sahaja yang dibenarkan membuat iklan di Instagram. Namun kini, semua peniaga boleh mengiklankan perniagaan mereka di Instagram.

Untuk membuat Instagram Ads, anda hanya perlukan akaun Facebook. Iklan boleh dibuat melalui Ads Manager di Facebook.

Anda boleh cuba iklankan perniagaan anda bagi mendapatkan reach yang lebih tinggi kepada posting anda.

Kesimpulan

 

Diharapkan 8 Strategi Instagram Marketing diatas dapat membantu anda untuk mula menggunakan Instagram sebagai salah satu channel marketing dan untuk tingkatkan ROI bisnes anda.

 

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali

Fahdi Ghazali atau nama penuh Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, merupakan chairman kepada SIFOO International Sdn Bhd dan FunnelEvo. Beliau mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Bermula hanya dari rumah sahaja, pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% memfokuskan memasar produk dan servis di online.

All Posts »

Ada komen? Jom tulis dibawah!