Saya tahu, sekarang sangat ramai umat manusia yang berimpian untuk berniaga sendiri. Sama ada memang benar-benar minat berniaga, sudah penat bekerja, gaji tidak cukup tiap-tiap bulan, atau memang malas nak bekerja dengan orang.
Apa pun alasannya, berniaga adalah satu jalan yang islam juga sangat anjurkan. Nabi Muhammad SAW juga berniaga. Siti Khadijah isteri nabi juga berniaga. Siapa sahaja, lelaki atau wanita Allah sudah tunjukkan satu contoh terbaik untuk kita ikut dan kita teladani.
Namun, ada soalan besar. Boleh ke jadi jutawan?
Ya, inilah perkataan yang paling orang ramai minat bila mula sahaja nak berniaga.
Status ini yang dikejarkan. Jutawan.
Bagi saya, ya semua bisnes ada potensi untuk mendapat status tersebut. Namun, cara yang bagaimana untuk kita dapat? Itu paling penting.
Sebelum saya ulas, kita perlu tahu dulu kenapa bisnes wujud?
Bisnes wujud hanya disebabkan 1 hal sahaja. Iaitu masalah.
“Bisnes wujud sebab ada masalah”
Bila ada masalah, akan ada manusia yang memerlukan penyelesaian. Orang yang memberi penyelesaian itu, mengenakan sedikit ‘charge’ atau bayaran atas penyelesaian, orang itu sedang buat bisnes.
Simple kan?
Jadi, persoalaan sebelum ditanya boleh jadi jutawan atau tidak, adalah;
- Apa masalah yang orang lain hadapi?
- Adakah masalah tersebut sangat besar sehingga mereka sanggup bayar kepada si penjual penyelsaian kepada masalah mereka?
- Berapa ramai yang mengalami masalah tersebut?
- Adakah kita ada pesaing untuk menyelesaikan masalah itu?
- Jika ada pesaing, apakah tawaran menarik atau ‘USP’ yang boleh ditawarkan kepada si pemilik masalah agar memilih kita berbanding pesaing?
- Adakah bisnes model kita boleh menyebabkan kita capai target jutawan dengan segera?
Jika kita boleh menjawab semua soalan di atas dan jawapan yang diberikan dengan jelas dan tepat, saya tidak nampak jadi jutawan adalah mustahil.
Bayangkan bagaimana GRAB boleh jadi sebuah syarikat berbillion USD walaupun berasal dari kampung halaman kita Malaysia. Mereka dapat suntikan dana dari banyak pihak di luar negara. Bukan disebabkan Apps yang mereka ada. Kalau nak dibandingkan apps lain, masih banyak lagi yang lain. Bukan juga disebabkan ceo syarikat, bukan disebabkan ia dari Malaysia. Tapi semua disebabkan penyelesaian yang mereka ‘cipta’.
Ya, Grab menyelesaikan masalah pengangkutan dan ia masalah yang sangat kritikal.
Petronas lahir disebabkan masalah pengurusan sumber petroleum negara,
Proton lahir disebabkan semua manusia perlukan kereta untuk pengangkutan,
Maxis, Celcom, Digi lahir disebabkan manusia memerlukan komunikasi. Telefon bimbit iphone, samsung wujud sebab masalah hubungan yang sukar dan lambat jika hanya berutus surat.
Begitulah….
Bukan status jutawan yang dikejar, tetapi, berapa besar masalah yang kita nak selesaikan. Lagi besar masalah, lagi cerah peluang nak jadi jutawan.
Nak tahu cari Malasah yang besar dan seterusnya cipta peluang bisnes yang akan jadikan anda jutawan? Jom hadir ke ‘Konspirasi Jutawan Online”!
Jumpa disana!