Facebook Ads kena flagged? Ya, baru-baru ini para peniaga online di Malaysia, terutamanya yang menggunakan Facebook sebagai platform pengiklanan sekali lagi dikejutkan apabila banyak akaun Facebook Ads kena flagged! Facebook secara besar-besaran melakukan operasi ‘pembersihan’ kepada penggunanya.
Mesti pening kan? Yelah.. sebelum kena flagged, jualan bisnes senang-senang boleh melonjak naik. Malah ada yang mampu buat jualan jutaan ringgit dalam tempoh masa yang singkat hanya dengan menggunakan Facebook Ads. Tapi kenapa akaun Facebook Ads boleh kena flagged?
Jadi untuk post kali ini, sebelum saya kongsikan bagaimana untuk mengatasi masalah ‘flag’ ini, saya akan kongsikan terlebih dahulu sebab utama kenapa akaun Facebook Ads di flagged.
SEBAB UTAMA : Tak Hormat Facebook & Tak Patuh Polisi Pengiklanan
Sangat jelas kan? Ramai peniaga online yang dah ‘bakar’ duit bila buat iklan tanpa memahami polisi atau syarat-syarat pengiklanan yang telah ditetapkan oleh Facebook.
Untuk lebih faham, di bawah saya senaraikan antara antara polisi atau ‘jenis iklan’ yang tidak dibenarkan oleh Facebook.
1) Iklan yang bersifat peribadi – iklan tidak boleh mengandungi unsur yang berkaitan dengan bangsa, etnik, agama, kepercayaan, seks, kecacatan, keadaan perubatan (termasuk fizikal & mental), status kewangan, rekod jenayah atau nama. Contoh iklan (kesihatan) :
- Dibenarkan : “Rahsia Terbaru Rawatan Darah Tinggi”
- Tidak dibenarkan : “Anda ada masalah darah tinggi?”
2) Iklan yang berunsur seks – iklan tidak boleh mengandungi gambar bogel, gambaran orang atau perbuatan yang tidak senonoh (secara jelas atau tidak). Ini termasuklah produk/service yang berkaitan dengan masalah kelakian & kewanitaan, hormon, steroid atau apa-apa yang mengandungi unsur penggunaan dadah.
3) Iklan yang “overclaim” atau menipu – iklan jenis ini tidak boleh kerana menampakkan produk/service yang ditawarkan adalah tidak logik atau menipu. Contoh iklan (bisnes) :
- Dibenarkan : “Ketahui Rahsia Jana Pendapatan Dalam Masa 2 Minggu”
- Tidak dibenarkan : “Dalam Masa 2 Minggu, Anda Boleh Kaya!”
4) Iklan kesalahan tatabahasa & kata kesat – iklan tidak boleh mengandungi kesalahan tatabahasa atau kata kesat dalam copywriting. Contoh kesalahan :
- Perkataan “gemuk” ditulis dengan ejaan “g.e.m.u.k”
- Perkataan “sakit” ditulis dengan ejaan “s@kit”
5) Iklan yang menggunakan jenama Facebook – Untuk menggunakan jenama Facebook atau Instagram sebagai iklan, mestilah memaparkan perkataan “Facebook” dalam saiz dan gaya yang sama. Contoh kesalahan :
- “Facebook” ditulis dalam huruf besar “FACEBOOK”
6) Iklan yang menggunakan copyright/trademark/privacy pihak ketiga – iklan ini biasanya digunakan oleh peniaga yang menjual barangan ‘copy ori’ terutamanya dalam niche pakaian. Ianya menjadi kesalahan apabila menggunakan nama & logo sesebuah syarikat atau jenama besar seperti Nike, Adidas, Gucci, Louis Vuitton dan sebagainya.
Untuk dapat lebih info, anda boleh rujuk kepada Facebook Advertising Policy.
Dah jelas? Itu merupakan kesalahan yang biasa rata-rata peniaga online buat dan menyebabkan akaun Facebook Ads kena flagged.
“Tapi gerenti ke akaun Facebook Ads baru saya ni tak akan kena flagged lagi dah lepas ni?”
Jika anda dah cuba ikut polisi yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Facebook, tidak mungkin akaun Facebook Ads anda akan di flagged tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Setuju?
Tetapi, saya faham jika anda masih risau dengan masalah ini. Oleh itu, saya nak berkongsi lagi apa yang boleh anda buat sekiranya akaun Facebook Ads anda kena flagged.
3 LANGKAH UNTUK ATASI MASALAH AKAUN FACEBOOK ADS DI FLAGGED
Langkah 1 : Gunakan fungsi ‘Appeal’ di Facebook
Jika anda yakin yang anda tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak melanggar peraturan Facebook Ads, anda boleh memohon kembali akaun anda yang di flagged.
Caranya adalah, anda ke bahagian help Facebook, Klik disini
Isikan semua maklumat di bahagian ‘My ad account is disabled’ dan anda akan mendapat jawapan dari pihak Facebook dalam masa beberapa hari.
Paling senang, anda perlu mengaku kesalahan yang anda buat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Dan jika tidak berjaya? Anda hanya perlu ‘move on’ terima hakikat dan cari akaun Facebook Ads yang baru melalu 2 cara;
- Pinjam akaun Facebook ads orang lain
- Akaun Facebook ads sama sahaja dengan fanpage. Dalam 1 akaun, anda boleh letak ramai admin.
- Anda boleh ‘meminjam’ akaun orang lain seperti kakak, abang, adik yang tidak gunakan Facebook Ads.
- Anda hanya perlu minta mereka untuk masukkan anda sebagai admin di akaun Facebook Ads tersebut dan anda dah boleh mula buat iklan selepas itu.
- Bina profile Facebook yang baru
- ‘Move on’. Bina sahaja profile baru. Tetapi pastikan anda tidak terus buat iklan. Bina perlahan-lahan akaun tersebut seperti sebuah akaun profile yang biasa. Add kawan, berinteraksi, komen, like posting orang lain.
- Tunggu dalam masa beberapa minggu atau bulan, baru mula buat iklan menggunakan profile baru.
Langkah 2 : Mula Simpan Database Dan Guna Email Marketing
Untuk tujuan menyimpan database, anda boleh menggunakan banyak penyedia email marketing. Antara yang ramai digunakan oleh pengguna di Malaysia terutamanya adalah
- Getresponse
- Aweber
- Mail Chimp.
Saya sendiri menggunakan Getresponse sudah hampir 4 tahun. Jika anda ingin menggunakan Getresponse, anda boleh rujuk tutorial cara membuka akaun Getresponse yang saya sudah sediakan.
Sehingga hari ini saya ada lebih kurang 50,000 email pelanggan yang disimpan di dalam sistem autoresponder GETRESPONSE. Hampir 80% adalah mereka yang berminat dengan produk/service yang saya tawarkan. Ada yang sudah beli ada juga yang baru nak mencari info.
Apakah langkah yang saya buat untuk dapatkan database email ini? Saya tunjukkan cara yang saya gunakan untuk Diarikurus.com
Stepsnya adalah;
- Berikan mereka ebook percuma (Yang berkaitan dengan bakal pelanggan)
- Untuk dapatkan ebook, mereka perlu masukkan nama dan email
- Saya sediakan email follow up untuk membina hubungan jangka panjang dan proses jualan automatik.
Bagaimana saya buat jualan menggunakan email marketing?
- Buat email tawaran selama 5 hari berturut-turut tentang PROMOSI yang saya akan buat. Contoh harga biasa produk dijual adalah RM130, saya akan buat tawaran dalam masa 5 hari dengan harga RM99.
- Email tersebut dihantar setiap hari jam 9 pagi- 10 pagi.
- Update jualan setiap hari kepada mailing list
- Pada hari terakhir, saya akan hantar email sebanyak 2 kali. Satu pagi satu petang untuk memberitahu yang promosi bakal berakhir dalam masa beberapa jam lagi.
Langkah 3 : Gunakan Google Adwords
Satu lagi channel marketing yang sangat powerful adalah Google Adwords. Saya mula mendalami ilmu Adwords selepas akaun Facebook Ads saya di flagged oleh Facebook. Memang interface nya agak sedikit sukar. Banyak butang-butang yang agak pelik untuk mereka yang baru bermula. Terkial-kial juga pada peringkat awal.
Tetapi, jangan risau, ia ‘lebih kurang’ Facebook Ads sahaja. Perkara paling ‘best’ bila anda gunakan Google Adwords adalah, iklan anda akan keluar dimana-mana sahaja di internet.
Saya ada sediakan TRAINING GOOGLE MARKETING sewaktu Facebook live. Boleh lihat di bawah;
Dulu saya juga tertanya-tanya bagaimana cara marketing yang dilakukan oleh Lazada atau Agoda sampai iklan mereka akan mengikut sahaja kemana kita pergi. Rupanya hanya beberapa ‘setting’ dan klik di Google Adwords.
Lagi menarik, iklan anda juga boleh keluar di Youtube!
Nampak ‘SKIP AD’ di tepi sebelah kiri?
Ini adalah salah satu iklan yang anda boleh buat di youtube. Iklan video anda akan dimainkan sebelum pengguna youtube boleh melihat video yang mereka inginkan.
Atau anda juga boleh memilih fungsi tidak boleh skip iklan (jika mahu).
Part paling best, jika pengguna skip iklan anda dalam 4 saat, anda tidak perlu membayar walau 1 sen pun kepada Google. It’s Free!
Awesome kan?
Kesimpulan
Sekiranya anda seorang peniaga online terutamanya, anda haruslah memahami terlebih dahulu polisi atau syarat yang telah ditetapkan oleh Facebook. Kalau dah faham, kena la ikut! Baru la iklan selamat & kurang kebarangkalian akaun Facebook Ads anda kena flagged.
Saya juga suka nak tekankan yang anda haruslah cuba juga kaedah lain seperti Email Marketing & Google Adwords. Jangan terlalu bergantung kepada Facebook Ads sahaja.
Tahun 2017 adalah tahun dimana kaedah marketing online bergerak dengan lebih meluas. Ianya tahun yang sangat mencabar! Jadi anda perlu kuasai pelbagai cara marketing online.
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6)
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga artikel ni dapat membantu sekiranya anda ada masalah akuan Facebook Ads di flagged. Silakan share kepada kawan-kawan anda juga.
Yoosshh!
Nak kefahaman lanjut integration marketing? Anda boleh datang ke seminar Funnel Evo!