“Akibat Tanggung Hutang RM200 Ribu, Cikgu Ini Nekad Mulakan Bisnes!”

Home » “Akibat Tanggung Hutang RM200 Ribu, Cikgu Ini Nekad Mulakan Bisnes!”

“Akibat Tanggung Hutang RM200 Ribu, Cikgu Ini Nekad Mulakan Bisnes!”

“Saya hampir jadi gila sebab kena tipu RM200 Ribu dengan orang yang saya percaya!”.

Itulah yang terjadi dekat Puan Nurasyikin Binti Ahmad atau dikenali sebagai Cikgu Ekeen, Founder kepada Ekeen Gold. Seorang guru Bahasa Melayu dan Geografi.

Sekarang ni Cikgu Ekeen buat perniagaan emas secara online. Permulaan Cikgu Ekeen menjual emas disebabkan oleh beliau menghadapi masalah hutang yang sangat teruk kerana ditipu oleh orang yang beliau percaya dan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM200 Ribu.

Kalau nak diikutkan, Cikgu Ekeen jadi guru ni agak lambat, sebab sebelum ni pun Cikgu Ekeen berniaga. Tapi diatas beberapa masalah yang tak boleh dielakkan, beliau pun sambung belajar dan menjadi guru.

“Masa kena tipu dulu, saya baru jadi guru selama 2 Tahun. Kebetulan baru melahirkan anak yang ke-3. Kalau nak diikutkan boleh meroyan saya time tu. Dah la saya buat personal loan sebab nak berniaga, last-last saya kena tipu dengan orang yang saya percaya.”

Menangis tiap-tiap hari tu memang dah jadi makanan Cikgu Ekeen. Kadang-kadang beliau akan curi-curi pergi tandas semata-mata nak menangis je.. Tapi paling tak boleh tahan, pernah satu hari beliau pengsan masa tengah mengajar sebab terlalu stress dengan apa yang berlaku. Waktu tu satu sekolah kecoh sebab ambulan sampai datang bawa beliau ke hospital.

Dengan permulaan gaji masa jadi guru tahun 2012 dulu, start dengan RM1600 je. Duit loan yang Cikgu Ekeen kena bayar setiap bulan adalah RM1100. Duit baki yang tinggal RM500 je. Tu la duit bayar kereta, bagi duit dekat mak ayah dekat kampong, nak beli susu dan pampers anak lagi.

Start dari situ la Cikgu Ekeen berniaga balik. Macam-macam beliau jual. Baju jual, tudung jual, kosmetik pun jual, tapi beliau rasa macam tak ada feel, tak ada passion.

Bila tak tahu nak buat apa time tu, Cikgu Ekeen tengok tangan beliau ada gelang emas. Gelang tu lah beliau gadai dan start berniaga sebagai dropship jual emas pada tahun 2012.

Dah lama jadi dropship lepas tu, beliau mula ambil stok sendiri dan terciptalah Ekeen Gold pada tahun 2014.

Macam mana Cikgu Ekeen kenal FunnelEvo ni sebenarnya panjang cerita dia. Kalau nak tahu beliau ni jenis kaki seminar. Dah banyak sangat dah seminar beliau pergi tapi satu pun tak lekat. Sampailah bertemu jodoh dengan FunnelEvo. Tapi, Cikgu Ekeen ada realise satu perkara sepanjang beliau buat bisnes ni, iaitu kena ada redha suami.

Sebelum saya masuk FunnelEvo, setiap kali habis seminar suami saya akan call cakap “Balik cepat, tak payah tunggu lama-lama!”.

Tapi.. bila beliau pergi ke Seminar FunnelEvo, masa tu Seminar Rahsia Sales Online dekat Shah Alam. Cikgu Ekeen ni sebenarnya dah berdoa selama setahun minta dengan Allah temukan mentor yang betul-betul boleh tolong beliau.

Satu hari keluarlah muka Tuan Fahdi dekat Facebook. Mula-mula pelik juga la kan, siapa dia nih, tak pernah tengok pun. Start dari situ saya follow Tuan Fahdi, tengok video dia tiap-tiap hari, dekat youtube pun saya tengok. Masa saya banyak dekat situ la selama setahun saya follow Tuan Fahdi.

Alhamdulillah, lepas dah setahun follow Tuan Fahdi.. masa saya datang seminar bulan September 2019 haritu terus masuk Elite Circle. Memang dah tak fikir panjang dah. Sebab dalam masa setahun tu, memang saya dah anggap Tuan Fahdi ni guru saya.

Tuan Fahdi ni tak sama dengan orang lain. Memang lain macam aura dia. Ada satu video yang Tuan Fahdi kongsikan dan Cikgu Ekeen memang follow dan buat setiap hari sebelum beliau masuk Elite Circle, iaitu 30 saat setiap hari, katakan pada diri sendiri impian yang kita nak capai.

Walaupun hanya dengan video, Alhamdulillah.. dengan ambil masa 30 saat je setiap hari, Cikgu Ekeen akhirnya dapat berguru dengan mentor yang betul.

Dulu, bisnes Cikgu Ekeen paling tinggi pun RM18 Ribu je tak naik-naik.. Alhamdulillah, sekarang dengan mentor yang betul, sales Cikgu Ekeen dah naik sampai RM40 Ribu sebulan hanya buat part time je.

Jadi, pesanan Cikgu Ekeen dekat anda semua, kalau tahu bisnes tu dah gerak dah nak pergi jauh.. jangan duk tunggu-tunggu lagi, buat je. Kalau tak buat tak tahu, dah buat nanti baru tahu.

In sha Allah, dengan peluang yang ada ni.. Pada 7-8 Mac nanti saya akan adakan Seminar Evolusi di IDCC Shah Alam.

Jika anda nak dapatkan info lanjut dan banyak lagi Rahsia Menarik Rezeki & Kekayaan ni, KLIK DISINI untuk melayakkan anda berEvolusi hidup lebih berjaya, lebih kaya dan paling penting lebih bahagia.

Share:

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on telegram
Share on linkedin
Share on twitter

Pendaftaran Seminar Evolusi Akan Dibuka Pada 6/2/2020, Jam 11 Pagi..

Rahsia Bagaimana Anda Mahu

Hidup Kaya & Bahagia

Tanpa Perlu Rasa Down & Sedih Lagi Tentang Duit Atau Rezeki Yang Tak Pernah Cukup, Rasa ‘Down’ Bila Kerja Dan Bisnes Tak Jadi, Runsing Tentang Masa Depan Yang Malap!

Masukkan NAMA, EMEL & NO PHONE Dibawah Untuk Join ‘Waiting List’ Sekarang!

Follow Facebook Page

Paling Popular

Dapatkan Perkongsian Terkini!

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.

Baca Lagi...

4 Tips Pemasaran Ketika Raya

Raya sudah tiba! Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya, amin! Bagaimana dengan bisnes anda ketika bulan Ramadhan? Sudah

Share on whatsapp
Share on telegram
Share on facebook
Share on twitter
Scroll to Top