Apa kesilapan ramai pemilik perniagaan?

Saya baru sahaja selesai berjumpa dengan beberapa peniaga, owner produk di sekitar Kota Bharu. Alhamdulillah. Perjumpaan yang saya kira amat positif dengan banyak idea-idea baru muncul. Secara jujur, saya suka untuk berkawan dengan mereka yang sangat optimis dalam kehidupan. Secara tidak langsung, ia buatkan saya juga semangat sama.

1

Beberapa orang bertanya, “Macam mana cara untuk letupkan produk mereka di online?” dan “Saya pun nak jadi kaya juga”

Saya suka dengan pertanyaan ini. Ini secara jelas menunjukkan ‘hasrat’ untuk lakukan perubahan dalam diri dan ekonomi. Pun begitu, untuk produk atau servis itu berjaya dalam pasaran, seseorang pemilik produk/servis perlu jawab terlebih dahulu soalan ini.

“Dengan produk dan servis yang ditawarkan, apa masalah yang boleh kita selesaikan”

Ya, itu dulu.

Jutawan tidak terhasil dengan hanya ada produk super power tetapi tidak dapat selesaikan masalah orang ramai. Contohnya, kalau kita hasilkan produk untuk naik ke bulan, soalannya, siapa nak pergi ke bulan? Kan sukar untuk jual produk sebegitu.

Dan jika kita hasilkan produk yang sama seperti orang lain, kita ada kelebihan. Kita sudah dapat lihat ‘demand’ dan penghasil produk sebelumnya sudah pun buat ‘validation’ samada ada permintaan atau tidak produk sebegitu di pasaran. Jika mereka boleh jual dalam kuantiti yang banyak, kita juga pasti boleh.

Namun, jika kita tawarkan produk sebegitu, masih terdapat masalah dari sudut keunikan. Jika produk itu sama, kita akan hadapi masalah untuk meyakinkan pelanggan menggunakan produk kita. Contohnya ubat gigi colgate. Pasarannya memang sentiasa ada sepanjang tahun. Kita keluarkan juga ubat gigi dengan jenama colwindow (katakan), adalah sukar untuk bersaing jika ubat gigi itu hanya ubat gigi seperti colgate.

Apa yang boleh dibuat adalah, ‘twist’ sedikit. Ambil contoh ubat gigi mukmin. Mereka keluarkan ubat gigi, tapi dengan kayu sugi. Umat islam pastinya tertarik dengan ‘keunikan ubat gigi ini’ walaupun ia hanyalah ubat gigi.

Semoga ia membantu anda

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!