5 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Online Anda Sendiri

A1

1

Perniagaan online telah menjadi satu trend di Malaysia kerana rata-rata individu pada hari ini merasakan membeli secara online bukan sahaja menjimatkan masa, malah banyak kos yang boleh dijimatkan jika membeli-belah secara online.

Berikutan trend semasa inilah, ramai individu tekad untuk mencuba nasib dengan memulakan perniagaan online mereka sendiri.

Terdapat banyak platform yang dapat digunakan bagi memulakan perniagaan melalui online ini, antaranya melalui Facebook, Instagram, twitter, Blog, Email, Minisite dan banyak lagi. Namun anda perlu tahu platform yang mana sesuai digunakan dan anda juga mestilah biasa dan tahu cara menggunakan platform tersebut.

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda jadikan sebagai rujukan sebelum memulakan perniagaan online ini.

Langkah 1 : Tahu Kehendak Pasaran

Kebanyakan peniaga-peniaga online melakukan kesilapan yang besar apabila mereka memulakan perniagaan online. Kenapa? Mereka tidak tahu kehendak pelanggan.

Rata-rata peniaga online hanya menfokuskan kepada produk yang lebih kurang sama dengan kebanyakan peniaga-peniaga online lain tanpa mereka sedar akan persaingan yang alan mereka akan hadapi daripada produk-produk yang sedia ada dipasaran. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat bertahan lama dipasaran.

Oleh itu amat penting bagi peniaga-peniaga online untuk membuat kajian kehendak pasaran terlebih dahulu untuk mengetahui “market demand” berbanding menggunakan perasaan atau tindakan yang syok sendiri.

“Saya rasa…. Produk/servis ni boleh jual”

atau “Boleh jual kot….”

Sebaiknya, sebelum memulakan apa-apa bisnes, pastikan buat aktiviti mengenal siapa pelanggan ideal terlebih dahulu. Dari sini, kita akan peroleh gambaran yang lebih jelas produk atau servis yang bagaimana yang diperlukan oleh prospek atau bakal pelanggan.

Amat penting bagi peniaga-peniaga online untuk memasarkan produk yang mempunyai pasaran terhad tetapi mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Dengan ini anda dapat mengurangkan risiko persaingan dan dapat menjana keuntungan yang berlipat kali ganda selain membolehkan anda bertahan lebih lama dipasaran.

Langkah 2 : Tulis Penerangan Produk Yang Menarik dan Jelas

Langkah kedua adalah anda perlu membuat penghuraian yang menarik mengenai produk anda. Dengan menerangkan kelebihan, keunikan, dan kemampuan yang boleh produk anda berikan kepada pelanggan mampu menarik minat mereka untuk membeli produk anda.

Anda juga boleh meyakinkan lagi pelanggan-pelanggan anda untuk membeli produk tersebut dengan berkongsi testimoni-testimoni produk anda yang telah berjaya. Sekali-sekali anda juga harus menawarkan pakej-pakej tawaran yang menguntungkan bagi menarik minat pembeli untuk membeli produk anda.

Dengan kata lainnya, anda perlu belajar cara penulisan berkesan untuk pengiklanan. Bahasa lain yang biasa diguna adalah “copywriting”.

Copywriting yang bagus akan boleh menarik minat bakal pelanggan untuk membeli produk atau servis.

Pelanggan biasanya membeli dengan EMOSI. Jadi, copywriting yang ditulis perlu lebih menjurus kepada memanipulasi emosi si pembaca.

“Ubat kurus terhangat dan paling laku dipasaran”

Atau

“Suami terkejut sebab saya boleh pakai balik baju masa nikah 10 tahun lepas! Semuanya selepas 10 hari guna produk xxx”

Pada pandangan anda, mana 1 lebih bagus dan menyentuh emosi? Sudah pasti copywriting yang kedua.

A2

Langkah 3 : Buat Website Produk Anda Sendiri

Apabila anda telah mendapat pasaran dan produk anda sendiri, langkah seterusnya anda perlu membina website produk anda sendiri supaya pelanggan lebih percaya dan yakin untuk membeli produk anda. Melalui website juga orang akan lebih mengenali dan mengetahui dengan jelas produk anda. Untuk menghasilkan website terdapat beberapa kriteria website yang perlu anda tahu antaranya

  • Pastikan website anda senang dilayari oleh pengguna yang memasuki website anda.
  • Buat navigasi yang jelas, mudah, dan sama pada setiap halaman.
  • Hanya gunakan grafik, audio atau video untuk menghantar mesej.
  • Masukkan opt-in offer supaya anda dapat kumpulkan email pengungjung website anda.
  • Di website juga, anda boleh “install” tracking code untuk mengkap cookies mereka yang singgah di blog/website anda dan anda boleh gunakan FB ads atau Gooogle Adword untuk tujuan remarketing & retargetting.

Langkah 4 : Gunakan Search Engines (Google Adword) Dan Facebook Ads Untuk Menarik Target Customer ke Website Anda

Iklan Pay-Per-Click (PPC) adalah salah satu cara yang mudah dan berkesan untuk mendapatkan trafik ke website anda.  PPC boleh didapati di Google Adwords dan Facebook.

Ada dua kelebihan mendapatkan trafik ke website anda dengan menggunakan iklan PPC ini berbanding menunggu trafik tersebut terjadi secara manual atau organic yang mengambil masa.

  1. Pertama, iklan PPC muncul pada halaman carian Google atau muncul di newsfeed Facebook  serta-merta.
  2. Kedua, iklan PPC terutama di Google Adwords membolehkan anda untuk menguji kata kunci yang berbeza, termasuk juga tajuk, harga dan pendekatan penjualan.

Langkah 5 : Bina Reputasi Kepakaran Anda Sendiri Dengan Memberi Info Percuma!

Kebanyakan orang melayari internet untuk mencari informasi mengenai sesuatu perkara. Salah satu cara untuk membina reputasi anda adalah dengan menyediakan dan berkongsi maklumat tersebut secara PERCUMA kepada orang ramai dan anda mestilah selalu kongsikan link tersebut untuk terus ke website anda.

Dengan ini anda dapat menarik perhatian pengguna media sosial yang lain untuk masuk ke website anda dan anda dapat melihat trafik dan rangking Search Engine yang lebih baik ke website anda. Cara mudah yang boleh anda lakukan untuk kongsi informasi tersebut adalah dengan menghasilkan artikel, video dan lain-lain lagi dimana orang menganggapnya sesuatu yang berguna.

Langkah 6 : Cari Mentor Yang Sesuai

Ada beberapa sebab kenapa anda perlu dapatkan mentor untuk memulakan bisnes. Perkara paling mudah untuk anda menimba ilmu ialah melalui pengalaman. Jika anda masih baru dalam bidang bisnes, pengalaman yang anda ada mungkin belum mencukupi. Jadi anda memerlukan mentor yang boleh mengajar anda apa yang anda perlu buat dan apa yang menjadi larangan bila berbisnes.

Anda mungkin boleh dapatkan maklumat selok belok bisnes melalui buku tapi kebiasaanya apa yang ditulis dibuku adalah tidak sama dengan bila anda bersemuka dengan mentor anda sendiri. Kebanyakan founders yang berjaya didunia juga mempunyai mentor. Contohnya, mentor kepada Mark Zukerberg (Facebook) adalah Steve Jobs (Apple). Anda boleh rujuk di sini.

Mana nak cari mentor di Malaysia? Cara paling mudah untuk anda dapatkan mentor adalah dengan hadir ke kelas seminar untuk bisnes. Kebanyakan mentor yang mengadakan kelas seminar akan dedahkan rahsia-rahsia bisnes kepada anda. Jadi disinilah anda boleh menimba seberapa banyak ilmu yang anda perlu untuk memulakan bisnes.

Saya ingin jemput anda untuk hadir ke seminar funnel evo. Seminar ini merupakan seminar lain dari yang lain, dimana tak pernah lagi mana-mana seminar di Malaysia buat dan serba lengkap untuk ‘LETUPKAN’ bisnes anda! Ini adalah TOTAL SOLUTION untuk marketing online. Untuk keterangan lanjut, klik di sini.

Kesimpulan

Secara ringkasnya sebelum anda memulakan perniagaan online, pertama sekali perkara yang perlu anda lakukan adalah mengkaji terlebih dahulu produk yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi namun pasaran produk tersebut terhad.

Peluang ini anda harus ambil bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi kerana ia mendatangkan keuntungan yang lumayan jika kena dengan caranya. Anda juga harus tahu bagaimana cara untuk mempromosikan produk tersebut agar pengguna mengenali produk tersebut dengan menggunakan platform-platform yang sesuai.

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



1 comment… add one
  • Terima kasih untuk perkongsian ini 😀

    Bila saya cuba macam-macam platform, saya dapati platform yang paling dekat dihati dan mudah untuk digunakan ialah blog. Sekarang saya lebih fokus pada blog berbanding lain-lain pltform.

    Masih lagi guna platform lain selain blog, walaupun dah tak terlalu fokus sangat

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!