Bagaimana Mengurangkan Kos Iklan Sehingga 50% Menggunakan FB Ads

kos iklan di FB mahalMajoriti peniaga hari ini akan menggunakan FB Ads sebagai tools paling berkuasa untuk memasarkan produk atau servis. Kelebihan FB ads berbanding dengan medium pengiklanan yang lain tidak boleh dinafikan. Ia mudah, mesra pengguna, senang untuk di set up, dan ditambah lagi dengan ramai penggiat FB Ads mula membuka kelas-kelas coaching untuk mengajar cara yang betul dan tepat untuk beriklan di Facebook menjadikan ia sebagai laman sosial paling berkuasa terutama di Malaysia.

1

Namun, ini juga mengundang satu bentuk persaingan di kalangan penjual. Hanya mereka yang betul-betul unik dan mempunyai produk lain dari yang lain akan ‘menang’ di Facebook.

Untuk peniaga yang barang ‘dagangan’ tidak mempunyai USP (Unique Selling Proposition) yang bagus, mereka akan tenggelam dalam lautan iklan yang bersepah di timeline Facebook.

Itu belum kita bercakap soal berapa bilangan bakal pelanggan yang lihat iklan dan convert menjadi seorang pembeli.

Adakah anda salah seorang dari perniaga online yang saya maksudkan? Jika ya, anda mesti bersetuju dengan saya yang jika keadaan ini berterusan, kos untuk anda mendapatkan seorang pelanggan akan melambung tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda peniaga dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Jadi, bagaimana untuk anda kurangkan kos iklan dan tingkatkan conversion rate perniagaan anda 3 hingga 5 kali ganda dari biasa?

Lupakan direct sale, say YES kepada CM (Content marketing)

Jika anda berada di tempat bakal pelanggan, cuba tanyakan kepada diri anda. Kenapa anda gunakan Facebook? Adakah anda gunakan Facebook untuk melihat ‘katelog-katelog’ produk yang sentiasa memenuhi ruang timeline dan sidebar? Atau anda setia dengan Facebook, Instagram, Twitter kerana ingin bersosial, komen status-status rakan-rakan, lihat gambar artis-artis yang anda minat ‘share’ maklumat yang bagus untuk rakan-rakan lain dan sebagainya.

Ya, majoriti peniaga online lupa yang bakal pelanggan mereka juga adalah ‘manusia’ yang memerlukan masa untuk mengenali mereka dan produk yang dijual.

Kebanyakkan cenderung untuk buat iklan dan mengharapkan bakal pelanggan membuat keputusan serta merta dengan menghubungi mereka dan bank in sesegera mungkin. Jika tidak dibank in, bakal pelanggan tersebut akan ‘dipaksa-paksa’ untuk buat pembayaran segera.

Sekali lagi, cuba tanyakan diri anda, jika anda berada di tempat pelanggan, adakah anda akan buat keputusan segera atau anda akan senyap seribu bahasa?

Content merketing  atau CM adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk membina hubungan, meningkatkan kepercayaan dan menguragkan kos marketing anda sehingga 50%!

Go Viral Vs RM (Duit)

Anda mesti pernah dengar dan kenal Fanpage ‘Amran Fans’, ‘Jadilah Seperti Rashid’ dan Vlogger seperti Mat Luthfi, Maria Elena dan lain-lain.

Adakah mereka mengumpul fans dengan membuat LIKE ads atau mereka menggunakan kuasa viral sosial media untuk mengumpul peminat? Simple, mereka gunakan kuasa viral.

Mereka boleh mengumpul beratus ribu fans ‘die hard fans’ yang sanggup refresh page mereka setiap hari semata-mata  mahu melihat update dari idola mereka.

amran fans screen shot

 

matluthfi

Jika anda lihat di atas, Amran Fans mempunyai pengikut seramai 800,000 orang dan Mat Luthfi 400,000 orang dan paling penting, fans mereka AMAT MENGENALI kedua-dua idola mereka.

Mereka mengikuti setiap posting, membaca setiap ayat yang ditulis, menonton setiap video yang dihasilkan. Mereka suka dengan mereka. Dan kalau boleh mahu setiap hari bersama dengan idola mereka ini.

Jadi tidak hairan, apabila buku Amran Fans dan buku Mat Luthfi senang untuk dijual. Malah laris dipasaran dan diulang cetak berkali kali!

Persoalannya, bagaimana mereka mengumpul fans? Adakah mereka terpaksa keluarkan duit untuk tujuan itu? Atau mereka menggunakan kekuatan media sosial untuk memperoleh pengikut yang sebegitu ramai?

Jawapnnya adalah viral.

Mereka berusaha untuk mengahasilkan content atau kandungan samanada artikel, video, gambar yang berkualiti dan memberi manafaat kepada ramai orang. Ia boleh jadi berunsur nasihat, tips mahupun lawak jenaka yang membuat orang ramai lupakan masalah mereka. Pokoknya adalah, apabila fans mereka suka, mereka akan cenderung untuk LIKE dan SHARE content yang diberikan.

Dari 1 orang yang melihat, ia akan jadi 200,000 orang membacanya seperti yang terjadi kepada page Jadilah Seperti Rashid yang memperoleh 200,000 likers hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Adakah mereka perlu keluarkan duit untuk pengiklanan? Tidak!

Apa yang diperlukan adalah content yang power yang memberi manafaat kepada orang ramai.

Apa Itu Content Marketing?

Mengikut Contentmarketinginstitude.com,

Content marketing is a strategic marketing approach focused on creating and distributing valuable, relevant, and consistent content to attract and retain a clearly-defined audience — and, ultimately, to drive profitable customer action.

Content Marketing adalah strategi marketing yang memfokuskan penghasilan kandungan yang konsisten yang memberi nilai dan releven untuk menarik dan mengekalkan minat pelanggan – Seterusnya menghasilkan pelanggan yang memberi keuntungan kepada syarikat/perniagaan.

The-Anatomy-Of-Content-Marketing

 

Bagaimana Content Marketing Boleh Mengurangkan Kos Marketing Sehingga 50%?

Untuk setiap perniagaan yang saya lakukan, contohnya untuk Diarikurus.com dan KitabLelaki.com saya memfokuskan penghasilan artikel yang mendapat likes, komen dan share yang banyak untuk mengurangkan kos iklan yang perlu saya keluarkan.

Sebagai contoh, iklan ini :

diarikurus screen shot

 

Ini adalah iklan yang saya buat untuk mempromosi ebook yang kami hasilkan untuk diarikurus.com. Ebook ini dijual pada harga RM50 setiap satu.

Hasil selepas kami run iklan ini, kos yang dikeluarkan adalah lebih kecil dan kami mendapat lebih banyak ‘reach’ berbanding iklan yang biasa.

Dari iklan ini, ‘Organic Traffic’ adalah sebanyak 19,000 dan tanpa perlu mengeluarkan kos. Bagaimana ia terhasil? Ia adalah ‘result’ dari share dan like yang diterima di post ini.

Dan ya, kos marketing berkurang sehingga 50%!

Kumpul Email/No Telefon Bakal Pelanggan

Kumpul email/No telefon bakal pelanggan adalah amat penting. Ini adalah step pertama yang perlu anda buat sebelum menjual apa-apa produk atau servis.

Saya lebih cenderung untuk mengambil alamt email terlebih dahulu. Kenapa?

Kerana email boleh diautomatikkan. Ia tidak seperti whatsapp dan SMS yang memerlukan kita mengawalnya 24 jam.

Saya ada memberi penerangan lebih lanjut di sini

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kita boleh mempelbagaikan cara untuk marketing terutama di Facebook. Namun, kretiviti diperlukan terutama bagi mengimbangi kos pengiklanan dan jualan yang kita dapat lakukan.

Semoga artikel ini dapat membantu meningkatkan perolehan perniagaan anda!

Share dengan rakan-rakan yang lain ya.

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



2 comments… add one
  • Salam en fahdi,

    Ada panduan tak bagaimana membina content yang ada potensi untuk viral?

    Reply
    • Salam, soalan yang bagus. Tuan boleh ke buzzsumo.com

      Disitu boleh type topik yang tuan nak, buzzsumo.com akan carikan artikel yang dah viral 🙂

      Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!