2 hari lepas saya berpeluang pusing-pusing satu kota London. Back pack, suka hati nak ke mana. Tak ada pemandu pelancong. Yang ada saya, adik, mak & Google maps.
Dulu biasa tengok dalam movie dan baca dalam buku. Sekarang betul-betul ada depan mata. London!
Satu tempat yang dicatat dan wajib pergi adalah ke Royal Albert Hall. Tempat gah untuk para karyawan mempersembah hasil seni mereka. (Termasuk artis kegemaran mak saya, Siti Nurhaliza).
Royal Albert Hall ni betul-betul berada di depan Hyde Park. Dari depan tak nampak gah sangat. Belakang baru nampak hebat. (Gambar saya ambil dari belakang, betul-betul berhadapan Royal Collage of Music, London).
Kami bayar £15 pound (Lebih kurang RM85.50) seorang untuk masuk ke dalam Royal Albert Hall. Ada tourist guide yang bawa kami dan bagi penerangan.
Luar nampak biasa, tapi dalam, fuh! Prestige habis! Tapi sayang, tak boleh ambil gambar dari dalam.
Sound sistem masyaAllah. Hebat.
Tapi yang paling menarik pada saya adalah bagaimana ia dibina. Ia dibina oleh kerabat diraja di tapak yang ada sekarang lebih kurang 145 tahun dulu.
Pembinaan memerlukan kos yang besar. Jadi pemerintah pada ketika itu yang kekurangan wang terpaksa mencari jalan alternative untuk mendapatkan modal pembiayaan projek Royal Albert Hall ini.
Saya pertama kali dengar ‘rahsia’ ini agak terkejut! Terkejut tapi tidak mustahil dilakukan. Dan ia satu langkah yang amat bijak.
Raja pada ketika itu menjual SEAT/KERUSI dalam dewan ini walaupun pembinaan belum bermula.
Dengan erti kata lain, beliau menjual barang ghaib dan tak wujud!
Yang ada hanyalah plan dewan ditambah dengan nilai kepercayaan kepada si pembuat.
Satu seat/kerusi dijual pada harga £100 (Sekarang nilainya £250,000 satu seat/kerusi).
Si pembeli akan memperoleh unlimited access/tiket untuk setiap show yang akan dibuat di Royal Albert Hall selama 999 tahun. Yes, 999 tahun!
Hampir 1000 tahun.
Dan kalau tak sempat habis, boleh wariskan kepada pewaris.
Dan hanya 1300 seat/kerusi di buka untuk cukupkan nilai £130,000 atau £325,000,000 pada hari ini.
——
Apa kesimpulan yang kita dapat?
—–
1. Bertindak cepat! Nilai £100 dulu sekarang dah £250,000. Saya percaya, siapa yang ambil peluang ketika itu, anak cucu dan mereka sendiri dah menikmatinya hari ini.
2. Untuk buat bisnes, tak semestinya anda sudah ada produk/service. Anda mungkin hanya perlu perlukan minda dan ‘cipta’ sesuatu yang ghaib tetapi menyelesaikan masalah orang. Orang sanggup bayar!
3. Bina database HARI INI! 1300 orang yang membeli seat di Royal Albert Hall ini sanggup melabur £100 walaupun tidak mengetahui hasil akhir adalah kerana mereka sudah percaya kepada si pembuat. Dan ini pastinya kerana mereka sangat kenal dengan si pembuat dan mereka sudah ada dalam DATABASE si pembuat jauh sebelum perancangan Royal Albert Hall.