Bijak Urus Kewangan Dengan Buat Side Income Untuk Bayar Gaji Staf Ketika PKP » FahdiGhazali.com

Bijak Urus Kewangan Dengan Buat Side Income Untuk Bayar Gaji Staf Ketika PKP

Bijak Urus Kewangan Dengan Buat Side Income Untuk Bayar Gaji Staf Ketika PKP

 

“Bisnes memang drop masa PKP, tapi kalau nak survive kena ada back up.

Ini perkongsian kisah inspirasi Tuan Haji Fared Haji Masrom pemilik Samudra Ikan Bakar Port Dickson.

Tuan haji share background pelajaran beliau tidak begitu tinggi. Tahap pelajaran sampai SPM sahaja. Dulu dapat tawaran belajar tapi tak kesampaian, parents bukan orang senang.

Jadi beliau sambung legasi perniagaan bapanya. 

“Dulu waktu bapa saya handle bisnes, sekadar gerai sahaja sekarang saya dah grow bisnes jadi restoran.”


Sampailah waktu PKP bisnes drop.Jadi duit tak cukup nak cover bisnes. Tapi beliau tak cepat melatah. Beliau dah ready dengan back up plan.

Apa yang beliau buat ialah main bursa saham. Dari situ Beliau dapat tampung kos bisnes nak bayar gaji pekerja dan macam-macam lagi.

Dalam sehari sahaja main saham sudah dapat buat RM1000. Kalau 20 hari dah dapat RM20,000.

Beliau kata pelaburan saham ini bukan sekadar back up plan tetapi merupakan freedom buat beliau untuk jana pendapatan.

Beliau memang utamakan pekerja sebab kebajikan perkerja amat penting. 

“Alhamdulillah masa PKP boleh bayar gaji pekerja. 3 bulan pekerja dapat survive PKP.”