Bisnes Pernah Rugi Berbulan-bulan, Sekarang Jana Sales RM 58,000 Sebulan. » FahdiGhazali.com

Bisnes Pernah Rugi Berbulan-bulan, Sekarang Jana Sales RM 58,000 Sebulan.

Bisnes Pernah Rugi Berbulan-bulan, Sekarang Jana Sales RM 58,000 Sebulan.

“Bulan Februari dan Mac company alami kerugian. Masa itu terpaksa keluarkan reserve money yang banyak untuk sustain.”

Ini Kisah Muhammad Hazwan Bakhit Hasnan. Tuan Hazwan merupakan manager  syarikat HZ Care Venture. Produk beliau ialah Jus Assyifa suplemen dan minuman kesihatan.

Jus Assyifa mengandungi pelbagai herba dan makanan sunnah yang sangat membantu bagi mereka yang menghadapi masalah kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

Sebelum Tuan Hazwan terlibat dengan bisnes, beliau merupakan graduan dalam bidang perakaunan.

Selepas habis praktikal beliau teruskan bisnes bapa beliau.

Bisnes ini dijalankan secara online. Bisnes ini masih baru dimulakan pada tahun 2019. Memang agak mencabar untuk buat bisnes kesihatan.

“Orang ramai agak skeptikal dengan suplemen kesihatan. Sebenarya produk ini ialah nilai tambah untuk boost kesihatan.”

Bahan yang digunakan sebenarnya dari makanan sunnah dan tumbuh-tumbuhan semula jadi sahaja. Jadi beliau rasa orang ramai masih belum aware dengan kebaikan produk beliau.