Bisnes Tak Ada Sales Berbulan-Bulan. Tapi Boleh Survive Dengan Saving Sendiri. » FahdiGhazali.com

Bisnes Tak Ada Sales Berbulan-Bulan. Tapi Boleh Survive Dengan Saving Sendiri.

Bisnes Tak Ada Sales Berbulan-Bulan. Tapi Boleh Survive Dengan Saving Sendiri.

“Bulan Ramadhan lepas memang paling teruk. Sales kalau ada pun sikit sangat. Akak memang down sangat-sangat.”

Dasimah Binti Dagang atau Kak Dasimah ialah pengusaha keropok lekor. Nama bisnes beliau ialah Dynar Lekor.


Sebelum jadi pengusaha keropok lekor beliau bekerja di kilang. Kak Dasimah bekerja sebagai Lab Chemist dan regulator untuk steroid.

Kak Dasimah mula berbisnes bila arwah mak beliau amanahkan Kak Dasimah untuk jaga bisnes itu. Tapi masa itu beliau cuma handle bisnes abang.

Bila tengok bisnes abang akak makin maju, akak ambil keputusan buka kedai sendiri. Masa itu nama kedai ialah BTB Lekor.”

Pada awalnya hanya bisnes beliau menghasilkan keropok jejari biasa sahaja, tahun demi tahun banyak inovasi rasa keropok telah dihasilkan. 

Pada tahun 2011, inovasi keropok pertama telah dilakukan. Hasil cetusan idea Encik Rozlan iaitu suami kepada Puan Dasimah. Maka pada tahun tersebut terhasillah keropok jejari keju.

Pada tahun 2012 pula, keropok keju bawang, tahun 2014 pula keropok lava, tahun 2015 keropok keju lada hitam terhasil.

Sehinggalah pada tahun 2016 di bawah syarikat Berkat BTB Dua Enterprise, ada 8 jenis keropok semuanya.