Buka Kedai Makan Untuk Pulihkan Bisnes Printing. Kini Sales Bisnes Cecah RM 89,000. » FahdiGhazali.com

Buka Kedai Makan Untuk Pulihkan Bisnes Printing. Kini Sales Bisnes Cecah RM 89,000.

Buka Kedai Makan Untuk Pulihkan Bisnes Printing. Kini Sales Bisnes Cecah RM 89,000.

“Saya tak pandai masak pun masa buka bisnes kedai makan tu.Tapi saya rebut juga peluang untuk buat income.”

Norhasimah Husin atau Puan Hasimah Ialah pemilik bisnes HGV Printing. Bisnes beliau terletak di Pulau Pinang.

Puan Hasimah share cerita beliau sebelum mula berniaga dulu. Lepas study, beliau kerja di Celcom. Tercetusnya idea untuk buat bisnes printing lepas Puan Hasimah kahwin.

“Saya ikut suami ke Kedah. Masa itu saya tak tahu nak buat apa. Jadi saya mula buat bisnes photostat.”

Puan Hasimah mula dengan basic printing saja. Dua ke tiga tahun kemudian beliau berjaya buka kedai.

Awalnya bisnes okay sahaja. Masa itu hanya beliau dan suami sahaja yang handle bisnes.