Dulu Terpaksa Jadi Pekerja Kilang Dan Maid, Sekarang Berjaya Jana RM10 Juta Setahun ! » FahdiGhazali.com

Dulu Terpaksa Jadi Pekerja Kilang Dan Maid, Sekarang Berjaya Jana RM10 Juta Setahun !

Dulu Terpaksa Jadi Pekerja Kilang Dan Maid, Sekarang Berjaya Jana RM10 Juta Setahun !

“Kalau berniaga tak semestinya kita di atas sentiasa, ada satu masa kita akan jatuh.”

Ini ialah kisah Puan Saurah Awee atau Kak Ira iaitu master stockist Jamu Ratu. Beliau share pengalaman jatuh, bangun sebelum dan selepas berjaya. 

Sebelum Kak Ira mula ceburkan diri sebagai master stockist Jamu Ratu beliau sebenarnya ada mulakan bisnes sendiri.

Kak Ira dulu buat bisnes jual rambutan. Masa itu memang Kak Ira tak kisah langsung kalau kena panjat pokok rambutan. 

Lepas itu beliau upah pekerja untuk petik buah rambutan. Lebih kurang 4 ekar kebun rambutan itu.

“Akak memang redah sahaja, dulu akak selalu meniaga di ekspo, pasar malam mall dan sebagainya.”

Dan satu lagi bisnes beliau ialah jual buka agama. Masa itu memang senang. Dan di situ Kak Ira mula kenal dengan Puan Rozita Ibrahim pengasas Sendayu Tinggi.

Masa itu Puan Rozita seorang kerani sahaja. Beliau kenal Puan Rozita semasa beliau tak ada apa-apa lagi.

Bila kita berniaga, Kak Ira pesan kita kena sentiasa sedia hadapi kejatuhan,kepahitan. Kena selalu usaha dan tawakal. Sebab meniaga rezeki Allah yang pegang.

Tapi dalam hidup ini akan ada proses di mana kita akan jatuh. Dari situ Kak Ira mula merantau ke Kuala Lumpur dan bekerja kilang. 

Memang satu kejutan bagi kak Ira sebab dulu masa meniaga, beliau beri arahan sahaja tapi sekarang kak Ira yang rasa susahnya kerja di bawah orang.

Beberapa tahun keudian bisnes beliau jatuh, Kak Ira memang tak ada apa-apa. Jatuh terduduk. 

Jadi Kak Ira terpaksa merantau ke KL, kerja kilang sebab nak besarkan anak-anak masa itu.

Gaji RM50 sahaja dengan masa bekerja 12 jam memang sangat heavy.

“Bayangkan kita dulu belajar di universiti, meniaga tapi akhirnya  kerja kilang”

Kak Ira beliau terpaksa pakai baju kilang sebab sebelum ini pakai jubah sahaja. Memang masa itu sangat down. 

Kak Ira ingat lagi dulu masa bulan puasa dia ada doa dekat pondok bas masa itu.

“Menangis akak doa tepi jalan Ya Allah aku tahu kau sangat maha kaya tapi aku redha dengan ujian ini bantu aku.”

Masa beliau ada banyak hadapi ujian hidup beliau balik di Kuala Lumpur, ada seorang pekerja bagi nombor Puan Rozita.

Beliau ada call Puan Rozita sekali. Dia kata nak jumpa saya. Tapi Kak Ira menangis tak nak jumpa. Lepas itu Puan Rozita mesej dan call tapi Kak Ira tak layan.

Sampai satu hari beliau contact Puan Rozita. Sebab masa itu Puan Rozita ada buat pandai buat mee dan masak pizza. 

“Masa tu akak terfikir sampai bila aku nak kerja kilang jadi akak call Puan Rozita dan dia ajak akak datang rumah dia.”

Kak Ira teringat 15 tahun dulu Kak Ira senang, Puan Rozita susah tapi sekarang terbalik. Dan masa itu Puan Rozita pujuk Kak Ira kerja sebagai maid untuk jaga anak beliau.

“Tak apalah kerja maid pun tak kisah asal akak boleh pakai jubah dan selesa berpakaian.”

Kak Ira rasa masa jadi maid itu mungkin Allah nak ajar merendah diri. 

Kak Ira selalu perhatikan cara Puan Rozita kerja dan secara tak langsung belajar ilmu usahawan.

Tak lama lepas itu Kak Ira join program Jutawan Bonda yang dibuat oleh Puan Rozita untuk guide usahawan jadi jutawan.

Dari situ bermula perjalan beliau sebagai stockist sehinggalah kenal dengan Tuan Fahdi dan FunnelEvo.

Beliau join Elite Circle dan belajar dengan Tuan Fahdi sendiri setiap minggu, hari khamis.

Masa tu akak tak reti bab pengurusan syarikat jadi akak belajar cara jadi leader macam-macamlah akak belajar.”

Dari tak tahu beliau jadi tahu. Banyak ilmu yang diajar  oleh Tuan Fahdi.

 Tuan Fahdi pesan buat apa yang Allah suka, Allah bagi apa yang kita suka.

Masa jadi master stockist Jamu Ratu beliau boleh dapat RM10 Juta setahun.