Dulu Pernah Jual Kuih Untuk Buka Bisnes. Kini Jana Sales RM 1.5 Juta. » FahdiGhazali.com

Dulu Pernah Jual Kuih Untuk Buka Bisnes. Kini Jana Sales RM 1.5 Juta.

Dulu Pernah Jual Kuih Untuk Buka Bisnes. Kini Jana Sales RM 1.5 Juta.

Bisnes macam dah ok, tapi tak sedar makin drop. Kalau tak bertindak juga waktu itu memang akan drop terus!”

Ini kisah Puan NorAsyikin Binti Johari atau Puan Ekin COO ResQ Force Sdn Bhd.  Beliau mahu share cerita sepanjang berbisnes.

Puan Ekin bermula sebagai akauntan di sebuah syarikat pengawal keselamatan selama 7 tahun. Sebelum beliau ceburi bidang bisnes, Puan Ekin banyak belajar cara untuk tubuhkan syarikat.

Beliau ceburi bisnes security sebab nak ubah hidup jadi lebih baik. Puan Ekin nak buat sesuatu yang mencabar.

“Bisnes security ni selalu orang lelaki saja yang buat, so saya nak tunjuk  wanita pun boleh buat bisnes yang mencabar.”