Dulu Tak Mampu Nak Beli Baju Raya Anak, Sekarang Jana Sales RM892,000! » FahdiGhazali.com

Dulu Tak Mampu Nak Beli Baju Raya Anak, Sekarang Jana Sales RM892,000!

Dulu Tak Mampu Nak Beli Baju Raya Anak, Sekarang Jana Sales RM892,000!

“Apa sahaja yang terjadi, apa sahaja yang kita dapat tak kiralah jatuh ke bangun dalam bisnes, adalah semuanya dengan izin Allah.”

Ini kisah kak Pya atau Safiyah Kamsani yang merupakan master stockist Chocodap’s yang kongsi kisah jatuh bangun beliau dan rahsia kebangkitan beliau.

Masa kerja dulu kak Pya tak boleh nak beri komitmen sebab ada penyakit. Memang satu cabaran besar buat beliau masa itu.

“Masa kerja memang akak sampai kena makan ubat tahan sakit. Memang akak muntah-muntah sebab tak tahan.”

Jadi beliau ambil keputusan untuk berhenti dan cuba buka bisnes tudung sebagai founder. Masalah Kak Pya bermula bila bisnes tudung itu tak ada untung.

“Masa tu buat bisnes memang akak buat semua sendiri sebab akak fikir kalau buat seorang untung jadi lebih banyak.”

Tanpa ilmu dan guidance dalam bidang bisnes, akhirnya bisnes tudung beliau terkubur begitu sahaja.

Dugaan Kak Pya lebih teruk bila beliau ada masalah kewangan yang kritikal. Masa itu kak Pya ingat lagi beliau kahwin muda masa itu, memang struggle dari segi kewangan.

“Susahnya akak masa tu duit kereta berbulan tak bayar, parents bayarkan, kereta rosak nak repair parents juga bayarkan.”

Jujur beliau paling terkesan bila raya tahun 2018 tak mampu nak beli baju raya anak. Suami pun cakap duit masa tu memang cukup-cukup saja untuk balik kampung dan bagi duit raya dekat anak buah.

Kak Pya tak nak anak-anak sedih bila saudara-mara lain ada baju raya, jadi dia tekad untuk cari cara dapatkan juga baju raya untuk anak dia.

Satu hari beliau terjumpa FB Chocodap’s. Lepas join alhamdulillah 6 bulan pertama banyak benda berubah dalam hidup kak Pya.