Elektrik Rumah Pernah Dipotong, Kini Bangkit Hasilkan Sales RM200,000! » FahdiGhazali.com

Elektrik Rumah Pernah Dipotong, Kini Bangkit Hasilkan Sales RM200,000!

Elektrik Rumah Pernah Dipotong, Kini Bangkit Hasilkan Sales RM200,000!

Dari Zero, Sekarang RM200,000 Lebih Sebulan

Inilah kisah Tuan Mior. Dahulunya pernah bekerja sebagai engineer

Namun, akibat kurang senang dengan unsur-unsur syubhah yang ada dalam syarikat, Tuan Mior tekad tinggalkan pekerjaan beliau. 

Beliau hanya mahu memberi anak makan daripada sumber rezeki yang halal. 

Semasa tinggalkan pekerjaan, beliau dan isteri tiada simpanan.

Ketika itu, mereka komited untuk jalankan perniagaan.

Dipandangan mereka, orang yang berniaga adalah orang yang kaya-raya.

Tuan Mior dan isteri pernah mencuba macam-macam jenis perniagaan.

Ini termasuk business jual baju, cetak baju, dan beli kain dari Indonesia untuk dijadikan baju.

Dan semua perniagaan itu dijalankan tanpa ilmu. 

Dalam pelbagai jenis perniagaan yang dicuba, ada satu business yang melekat. Iaitu business cream puff.

 

Tuan Mior dan isteri bangun awal pagi buat creampuff. Tidur lewat malam untuk siapkan order. 

Namun, dalam menjalankan perniagaan, mereka diduga.

Eletrik rumah pernah dipotong sebanyak 2x. Team yang dibina, tidak dapat di kekalkan.

Dengan anak yang ramai, dikurniakan pula anak istimewa autism, rumah hampir dilelong sebanyak 2x.

Ditambah pula dengan hutang yang banyak, Tuan Mior akhirnya terduduk. 

Beliau hanya mampu mengadu pada Allah.

Apabila beliau serahkan urusannya pada Allah, tanpa diduga, sahabat beliau memberikan wang RM10,000 untuk selesaikan hutang dan kes rumah beliau. 

Sahabat ini juga sebelumnya membantu Tuan Mior menjalankan perniagaan kek tanpa Tuan Mior perlu keluarkan modal.

Dan pada Februari 2021, perniagaan kek beliau menjana sehingga RM 203,000 sebulan.