Hampir Putus Asa Dengan Hidup Kerana Terpaksa Menanggung Hutang RM3 Juta!

Artikel Berkaitan

Follow Facebook Page

Hampir Putus Asa Dengan Hidup Kerana Terpaksa Menanggung Hutang RM3 Juta!

Inilah susah senang dalam bisnes yang berlaku kepada Ustazah Hajar, pengusaha Ayam Hijrah, ayam yang diyakini halal, suci lagi baik.

Apa yang terjadi dekat bisnes Ustazah?

Tahun 2012 dah mulakan bisnes jual ayam. Masa tu seronok sangat jualan ayam fresh dapat sambutan orang ramai. Bila orang dah ramai beli, sales pun banyak la kan…

Tapi dengan perasaan hebat ketika itu, mula rasa semua usaha yang dibuat datang daripada diri sendiri.

“Sebab saya join banyak seminar, saya rasa saya pandai. Mula tak reti nak bersyukur, semua benda yang saya buat berjaya dan mula lupa diri. Bila dapat sikit saya merungut, bila dapat banyak rasa macam tak cukup..”

Sampai satu masa, pada tahun 2015 Ustazah Hajar diuji, bila dah tahu banyak perkara, macam-macam strategi belajar, rasa dah hebat, serah bisnes ayam ni dekat orang lain uruskan tanpa pantauan.

“Masa tu saya yakin sangat yang bisnes ni takkan jatuh, semua strategi dan planning yang saya belajar dah setup siap-siap dah. Saya rasa dah selamat bila saya serahkan kepada orang lain..”

Dan bilamana bisnes tersebut diserahkan kembali kepada Ustazah, macam-macam hutang ada sampai terpaksa tanggung hutang sebanyak RM3 Juta lebih. Ahlong, gangster tiap-taip hari datang ugut nak kutip hutang.

“Masa tu saya rasa macam nak mati dah, rasa nak racun je semua ahli keluarga yang ada, rasa macam nak bunuh diri pun ada.. Kita ni ustazah, tapi macam dah tak ada iman dah waktu tu..”

Apa yang Ustazah lakukan selepas kejadian tersebut?

 

“First, bila tengah susah.. of course la cari kawan untuk minta tolong. Tapi waktu tu pun semua tak boleh tolong atas alasan mereka pun tengah susah..Waktu nilah kita akan tahu siapa kawan, siapa lawan!”

Tapi Alhamdulillah, dipertemukan oleh seorang kawan untuk berjumpa dengan seorang ustaz untuk minta nasihat daripada beliau. Diatas nasihat tersebut, ustaz telah suggest beberapa amalan supaya menjadi ketenangan untuk hadapi ujian tersebut.

Pertama, apa yang diamalkan adalah Solat Sunat Taubat.
Kedua, selepas solat sunat taubat, istighfar 1000x, selawat keatas nabi 1000X dan baca Doa Nabi Yunus 300X.
Ketiga, Tawakkal, serah bulat-bulat dekat Allah.

“Dulu rasa berat sangat nak tanggung hutang RM3 Juta, lepas buat apa yang ustaz minta, Alhamdulillah, perasaan gelisah sebelum ni dah mula berkurang walaupun hutang masih ditanggung..”

Dalam usaha nak selesaikan hutang itulah, ditakdirkan berjumpa dengan Tuan Fahdi dekat Facebook.

“Apa yang Tuan Fahdi kongsikan sangat terkesan dengan apa yang saya lalui. Masa saya join seminar Evolusi dulu, sepanjang seminar saya menangis je kenangkan kesilapan yang saya buat..”

Sebenarnya Ustazah Hajar ni dah follow Tuan Fahdi lama dah. Setiap seminar yang dibuat Ustazah follow. Tapi belum ada rezeki untuk join Elite Circle.

Alhamdulillah, setelah sekian lama follow, akhirnya Ustazah Hajar Sign Up Elite Circle FunnelEvo pada Jun 2020 tahun.

 

Apa pencapaian Ustazah selepas join Elite Circle FunnelEvo?

 

 

Selepas berguru dengan Tuan Fahdi dan Coach di FunnelEvo, banyak ilmu bagaimana nak pasarkan Ayam Hijrah ke supermarket-supermarket di Malaysia. Alhamdulillah, dari segi sales tahun 2020, total RM870,662.

Dan sales untuk tahun 2021 dari Januari sehingga pertengahan Mac, dah capai RM483,025. Separuh daripada sales tahun lepas.

“Terlalu banyak bantuan Tuan Fahdi dan Coach-coach di FunnelEvo. Dulu apa yang saya belajar, semua lebih kepada keduniaan, kejar sales bagai nak gila. Sampai saya lupa kepada pemberi rezeki. Tapi last sekali bisnes jatuh..”

Atas nasihat dan tunjuk ajar Tuan Fahdi, kini Ayam Hijrah dah semakin banyak masuk ke pasaran supermarket di Malaysia. In sha Allah, ini adalah usaha Ustazah untuk bantu masyarakat makan ayam yang halal, suci dan diyakini untuk dimakan.

“Alhamdulillah, dengan peningkatan sekarang ni, hutang daripada RM3 Juta lebih makin berkurang sekarang dan hampir selesai..”

In sha Allah, sama-sama kita Doakan urusan Ustazah dipermudahkan semudah-mudahnya dan jihad ustazah untuk bantu masyarakat makan makanan yang bersih mendapat sambungan ramai.

 

Pesanan ustazah kepada usahawan.

 

“Kita nak cari sesuatu, kena cari Allah dulu. Dalam Kudratullah dan Sunnatullah, kita buat Sunnatullah. Buat macam ni jadi macam ni. Tapi ingat, disamping itu kuatkan juga untuk buat Kudratullah. Sebab Allah tak tengok apa hasil yang kita dapat, tapi Allah tengok apa usaha kita buat untuk dapatkan hasil tersebut.”

Semoga perkongsian ini dapat memberikan kesedaran kepada anda yang berbisnes ni partnernya bukan manusia, tapi berpartner dengan Allah. In sha Allah, semua urusan anda pun akan jadi senang senang sahaja.

Btw, jika anda ingin dibantu sepertimana Ustazah Hajar bangkit dalam bisnes, boleh klik DISINI sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.