Hari ini mengembara menuntut ilmu lagi

  Alhamdulillah, semalam dari Kota Bharu dengan flight air asia (yang bergegar tak ingat sebab cuaca tak bagus), saya sampai di Kuala Lumpur. Hari ini ada misi untuk buru impian next stage dalam bisnes. 
Untuk buat USD. 

1

Yup, sekarang ekonomi sangat tidak menentu. Nilai RM jatuh teruk sehingga 3.92 untuk 1USD. Dan… Saya rasa ia akan keep on jatuh selagi ehem, beberapa pemimpin Malaysia yang ada “darah pahlawan” tak turun dari tahta pemerintahan.

Majoriti kawan-kawan yang berniaga sekarang mengeluh disebabkan hal ekonomi ini. Jika tanya pendapat saya, ya, ia beri kesan. Tetapi, bukankah ada kebaikanya juga? 

Dalam setiap kesusahan, mesti ada kemudahan. InsyaAllah

Sewaktu orang lain sedang suffer, saya nampak ada beberapa golongan peniaga terutama dalam bidang online bisnes tidak terjejas langsung. Malah sangat suka dengan keadaan ekonomi sekarang. 

Mereka adalah golongan yang perniagaannya menggunakan matawang USD. Lagi jatuh, lagi mereka bersorak. 

Bayangkan jika dulu setiap pendapatan darab 3, sekarang darab 4! Hampir sekali ganda. 

Mudah kata, jika dulu 1000usd boleh dapat RM3000 duit Malaysia, sekarang RM4000 duit Malaysia! 

Banyak… 

Now saya dalam KLIA transit to KL sentral. Letak bag disana, dan terus ke tempat menuntu ilmu hari ni. 

Bismillah..  

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!