Jadi Dropship Sales RM1.1 Juta Sebulan!

Artikel Berkaitan

Follow Facebook Page

Jadi Dropship Sales RM1.1 Juta Sebulan!

Bermodalkan RM80 sahaja, sanggup turun dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata nak mulakan bisnes.

Inilah permulaan kisah Puan Aimie Mokhtars mula berniaga yang kini merupakan Founder Fieramy dan merupakan Top Dropship Sabella sekarang. Ala.. baju kurung tak payah gosok tu.

Bagaimana permulaan Puan Aimie berniaga?

 

Permulaan bisnes Puan Aimie ni hanya bermodalkan RM80 sahaja hasil pinjam duit suami. Mula-mula bangunkan Fieramy ni tak jual Sabella lagi, jual tudung waktu tu.

Dengan bermodalkan RM80, sanggup turun dari Melaka dan pergi ke Jalan Tar di Kuala Lumpur semata-mata nak beli tudung.

“Bisnes jalan sangat ok sebab setiap kali restock tudung habis. Setiap minggu turun dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata nak ambil stock je..”

Alhamdulillah, first sales daripada bisnes tudung ni RM2000. Tapi waktu tu dah final year student. Terpaksa bagi orang lain untuk uruskan sekejap sementara nak exam. Tapi ingatkan terang hingga ke petang, tapi hujan ditengahari. Akhirnya sebab tersalah pilih orang, bisnes tudung yang dijalankan rugi dan terkubur macam tu je..

Selepas kegagalan bisnes tudung, Puan Aimie tekad untuk mencari mentor untuk guide beliau dalam bisnes. Tekad memang tekad, tapi dalam keadaan tak ada duit waktu tu cari juga. Akhirnya, jumpa juga mentor. Tapi dengan join satu bisnes ‘ini’ sebab ada mentor free. Nak masuk kelas berbayar tak ada duit.

Nak jadikan cerita, lepas join bisnes ni, ada pakej-pakej yang perlu dibayar.

“Waktu tu kita tengah semangat nak berniaga kan, lagipun bisnes ni agak femes time tu..”

Disebabkan ada yuran yang perlu dibayar, sanggup buat loan dengan bank semata-mata untuk jadi sebahagian daripada team tersebut.

“Lepas loan dah lulus dan bayar semua yuran tu, apa yang dijanjikan tak dapat…”

Itulah kejatuhan kali ke-2 Puan Aimie dalam bisnes yang menyebakan beliau jatuh tersungkur sebab berhutang dengan bank dan tak dapat bayar balik.

Apa yang berlaku kepada Puan Aimie selepas itu?


 

Selepas kejadian itu, Puan Aimie bangunkan satu lagi bisnes baru.

“Waktu tu pun saya dah jumpa Tuan Fahdi dengan join first seminar dekat KL dulu. Tapi tak tahu macam mana, saya tarik handbreak. Padahal dah ada duit RM5000 untuk join..”

Itulah kesilapan terbesar beliau buat dan kesilapan yang sama berulang kali macam first bisnes yang beliau buat. Cashflow tak okay, staff takde, semua kerja buat sendiri. Tidur sehari pun 1 jam je.

“Sampai saya dah rasa penat sangat-sangat dan saya ambil keputusan untuk berehat seminggu..”

 

Semasa tengah berehat tu, beliau terdetik hati nak pergi ke Dungun untuk melawat Makcik beliau. Daripada situlah makcik beliau syorkan untuk jadi Dropship jual baju kurung Sabella.

“Waktu tu orang tak kenal lagi Sabella ni apa? Dalam keadaan nak taknak tu, jual jela..”

“Alhamdulillah, dengan bisnes baru ni, saya ubah niat yang bisnes ni bukan nak duit semata-mata tapi sebab nak bantu family saya. Sales pertama dalam masa 2 minggu dapat RM18,000..”

“Saya mula nampak, kunci kejayaan saya ni bukan sebab platform apa yang saya guna. Tapi kebergantungan dengan Allah”

Bisnes berjalan macam biasa setiap bulan, rasa macam dah berjaya sampai satu masa dilanda “blink-blink syndrome”. Nak buat produk sendiri pula. Ramai circle sekeliling dan orang terdekat cakap “Aimie, inilah masanya kau keluarkan produk sendiri”.

“Benda ni jadikan saya makin stress sampai saya tak boleh nak buat apa-apa..”

Dipendekkan cerita, produk tersebut Puan Aimie buat juga, tapi terpaksa diberhentikan. Mungkin bukan rezeki beliau untuk teruskan produk sendiri.

Apa yang dilakukan Puan Aimie selepas itu?

 

Sebelum join FunnelEvo, Puan Aimie sekali lagi hadapi masalah dalam bisnes beliau. Atas nasihat sahabat beliau untuk jadikan Tuan Fahdi salah seorang guru untuk bantu beliau, Alhamdulillah.. itulah permulaan Puan Aimie sebagai Elite Circle FunnelEvo pada bulan Julai 2020.

Orang cakap dropship ni cikai-cikai je kan? Tapi Puan Aimie lain, walaupun jual produk orang tapi beliau jadikan produk tersebut sama macam produk beliau sendiri.

Beliau jadikan bisnes beliau ni sama seperti bisnes Supermarket, walaupun jual barang orang lain, tapi tetap Berjaya.

Apa pencapaian Puan Aimie lepas join Elite Circle FunnelEvo?

 

Daripada sales stagnent, Alhamdulillah diatas bimbingan Tuan Fahdi & Team FunnelEvo, sales semakin naik sampai boleh cecah lebih RM1.1 Juta sebulan dengan jual produk orang je.

Total sales tahun 2020 sahaja dah lebih RM6.2 Juta. Dan Alhamdulillah, sales tahun 2021 bermula Januari hingga pertengahan Mac sekarang dah lebih RM2.5 Juta.

Pesanan Puan Aimie kepada usahawan yang sedang mengalami masalah bisnes stuck.

“Cari mentor, belajar buat bisnes dengan betul. Niat bisnes sebab nak bantu orang, terapkan kebergantungan kita dengan Allah supaya apa yang kita buat ni Allah lorongkan dengan mudah rezeki-rezeki kepada kita. Dan cari circle yang betul-betul boleh bantu kita dan bisnes kita. Sebab dengan circle kita dapat menentukan kejayaan kita.”

Tak kira la anda ejen ke, dropship ke. Bila anda buat bisnes, bisnes tu adalah bisnes anda. Yang membezakan adalah mindset.

Jadi, kepada anda yang nak peroleh result seperti Puan Aimie, jom sertai FunnelEvo di High Level Coaching DISINI sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.