Cara Jual Emosi Pelanggan Untuk Tingkatkan Sales Perniagaan Berkali Ganda

El-vendedor-debe-morir-estrategia-comercialCuba kita perhatikan 2 perbualan telefon ini…

1

Situasi #1

“Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?”

Satu call masuk ke dalam telefon Samsung Note 5 En Ali, betul-betul sewaktu dia ‘fokus’ sedang mahu suapkan nasi makan tengah hari.

“Ya, saya Ali. Siapa ni?”

“Saya Faizal En Ali, saya nak perkenalkan satu pakej insurans untuk En Ali & keluarga”

“Owh… takpe, takpe, saya buzy. Call lain kali. Assalamualaikum”

Situasi #2

“Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?”

“Ya, saya Ali. Siapa ni?”

“Saya Faizal En Ali, saya nak bantu en Ali selamatkan keluarga En Ali dari ditimpa masalah pada masa akan datang!”

“Hah! Masalah?”

‘Ya, masalah. Masalah bila terjadi En Ali demam, atau sakit, En Ali tak boleh pergi kerja, saya akan beri duit untuk En Ali dan keluarga. So, tak kerja pun saya nak bagi duit”

“Eh, biar betul, macam mana?’

“Sebelum tu, saya nak tanya, En Ali sayang keluarga tak? Dan En Ali nak tak suatu hari nanti kalau En Ali tak sihat saya tolong bayarkan duit tiap-tiap bulan tanpa perlu En Ali kerja?”

“Eh nak la…..Gila tak nak kan! Hehe”

Dan perbualan itu bersambung dengan panjang lebar. Si Ali mendengar, si Faizal mempromosi ‘segila-gilanya’ kepada Ali.

Apa beza 2 contoh perbualan diatas?

Bezanya simple, perbualan pertama, si Faizal menjual dengan kapasiti apa yang dia tahu bukan apa yang En Ali mahu. 

Situasi ke dua, si Faizal menjual dengan menggunakan kelemahan En Ali. Faizal menjual bukan apa yang dia tahu, tapi apa yang En Ali MAHU

Bagaimana Faizal tahu kelemahan En Ali? Sedangkan dia tidak pernah berjumpa malah bercakap dengan En Ali?

Sebenarnya, kelemahan En Ali juga adalah kelemahan SEMUA orang.

Kelemahannya adalah EMOSI!

Apabila kita nak menjual, juallah EMOSI dahulu. Selami emosi terdalam, sedalam dalamnya terlebih dahulu barulah menjual.

Kerana, manusia bukan membeli disebabkan brand, bukan disebabkan harga, bukan juga disebabkan siapa yang menjual, tetapi manusia membeli disebabkan EMOSI. 

Dengan emosi, beg yang murah boleh dijual RM30,000

Dengan emosi, barangan antik yang tiada nilai boleh dijual dengan harga ratusan ribu

Dengan emosi, gambar yang biasa, boleh dijual dengan harga jutaan dolar

Dengan emosi, manusia sanggup gadaikan maruah.

Dengan emosi, manusia boleh join skim cepat kayap (Nak cepat kaya kononnya)

Dengan emosi…….. semua boleh dijual!

Jadi, jika bisnes anda, ayat copywriting anda, presentation anda boleh menyentuh hati dan emosi mereka, mereka akan secara sukarela memberi anda duit.

Faham?

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!