Kejatuhan Bisnes Bukan Penghalang Wanita Ini Kembali Mengganas Dalam Bisnes!

Artikel Berkaitan

Follow Facebook Page

Kejatuhan Bisnes Bukan Penghalang Wanita Ini Kembali Mengganas Dalam Bisnes!

Tahun 2018 merupakan kejatuhan buat iChantique selepas apa yang diusahakan hampir hilang. Peningkatan yang sebelum ni semakin merudum. Jualan semakin berkurang, produk tak ada orang beli, ejen makin berkurang sampai buntu nak teruskan bisnes.

Inilah zaman kegelapan buat Puan Laili Raoh atau lebih gemar dipanggil Momy Ely yang merupakan Founder iChantique. Tahun 2017, perniagaan sangat-sangat maju sampai boleh capai RM300 Ribu sebulan. Setahun boleh dapat RM3.3 Juta sales.

Apa yang menyebabkan bisnes Momy Ely jatuh?

“Waktu kejatuhan dulu, sebenarnya Momy dah keluar daripada circle orang berjaya. Padahal waktu tu masih dalam proses belajar. Biasalah, bila kita dah rasa selesa dengan apa yang kita ada waktu tu, sales banyak kan.. tapi tak sedar kita diambang kejatuhan..”

Sebenarnya, kejatuhan ni berlaku diatas kesilapan daripada pihak kilang sendiri, semua produk beliau mengalami kerosakan. Walaupun orang cakap produk fresh keluar daripada oven, tapi tetap tak boleh digunakan.

Kerugian yang Momy Ely tanggung pun bukan sikit-sikit, tapi sangat banyak.

Selepas kejatuhan tersebut, ejen mula tak selesa dengan beliau disebabkan banyak komplen negatif terhadap produk tersebut. Akhirnya, separuh daripada 1500 ejen waktu tu mula lari dan semakin berkurang hari demi hari.

“Momy rasa sedih sangat time tu sebab kita buat produk dengan niat yang baik, tapi end up mengalami kegagalan.”

“Yang paling terkesan bukan kepada customer, tapi lebih kepada Team kita yang Momy dah bina daripada Zero selepas tu mereka tinggalkan kita..”

Dengan apa yang terjadi, Momy Ely mula taknak berjumpa dengan orang, rasa down sangat-sangat dengan ujian yang ditanggung!

Macam mana Momy Ely keluar daripada masalah tersebut?

Dalam keadaan beliau tengah down, masa ni la Momy Ely mula mencari seorang guru yang boleh guide beliau untuk kembali bangkit naikkan iChantique kembali.

“Bukan senang nak naik balik dengan bisnes yang sama. Sebab orang dah pandang serong dekat produk kita kan.. Tapi Momy kuatkan semangat sebab kenangkan masih ada anak-anak ejen yang masih bergantung harap dengan kita..”

Itulah permulaan Momy Ely bertemu dengan FunnelEvo dan berguru dengan Tuan Fahdi. Mula hadir belajar dalam Digital Marketing Mastery (DMM) bulan Mac 2020, dan terus sign up sebagai salah seorang Elite Circle FunnelEvo.

“Momy terkesan dengan kata-kata Tuan Fahdi. Kalau ada 1000 orang yang nak jatuhkan kita, kalau Allah kata tidak maka tidak.”

Daripada situ, Momy bangkit dan teruskan semula bisnes iChantique ini. Dari segi production memang Momy Ely titik beratkan kualiti produk dan check satu persatu supaya tak ada kesilapan yang berlaku dan sejarah dulu tidak berulang kembali.

Daripada situlah Momy Ely mulakan training untuk team, buat Live supaya team kembali bersemangat untuk berjuang bersama beliau.

“Rasa sangat berdosa sebab Momy ada team tapi kesilapan membuatkan Momy rasa team takde bersama. Sedangkan team masih lagi mengharapkan pautan dan bimbingan daripada Momy sebagai seorang Founder…”

“Selepas dapat bimbingan daripada Tuan Fahdi & FunnelEvo, Momy rasa sangat-sangat senang dengan guideline yang Tuan Fahdi berikan. So, tak ada lah terpinga-pinga atau blur tak tahu apa yang nak dibuat?”

Alhamdulillah, selepas buat dan amalkan ilmu yang dikongsikan oleh Tuan Fahdi dan Coach FunnelEvo, ejen semakin bertambah kepada lebih 3000 orang. Anak-anak ejen yang bersama Momy pun Alhamdulillah berkualiti sebab mereka betul-betul nak merubah hidup untuk bantu diri mereka menjana pendapatan. Bukan sekadar masuk jadi CCTV end up tak ada result!

“Rekrut ejen ni bukan nak lajukan bisnes semata-mata, tapi nak buka peluang untuk mereka turut dapat manfaat daripada bisnes yang Momy jalankan. Kadang yang membawa masuk rezeki tu bukan pemilik bisnes, tapi anak-anak ejen yang ada..”

Apa pencapaian Momy Ely selepas join Elite Circle FunnelEvo?

“Alhamdulillah, selepas berguru dengan Tuan Fahdi, banyak sangat perubahan yang berlaku. Live dan training ejen yang dah lama ditinggalkan dah start buat secara konsisten..”

Peningkatan demi peningkatan mula tercapai, ejen yang dulunya tinggalkan Momy Ely, rupanya Allah nak tambah menjadi berkali-kali ganda lagi.

Betullah janji Allah, apabila Allah nak bagi rezeki yang banyak kepada kita, Allah akan berikan musibah dulu untuk buktikan samada kita dah ready atau belum nak terima rezeki tersebut.

Selepas kebangkitan itu, sales yang drop kepada beberapa ribu sahaja meningkat sehingga RM1.7 Juta untuk tahun 2020. Dan Alhamdulillah, untuk sales kuater pertama tahun 2021 ni, Momy Ely telah mencapai sales RM700 Ribu. Target tahun ni in sha Allah Momy Ely target RM10 Juta.

Jom sama-sama kita doakan perjuangan Momy Ely ini dipermudahkan semudah-mudahnya dan mencapai apa yang Momy Ely ingin capai dalam bisnes beliau.

Pesanan Momy kepada usahawan.

“Untuk semua usahawan-usahawan, kalau kita nak Berjaya, make sure kita dalam keadaan sabar. Jangan terlalu fikirkan apa yang orang kata tetapi kita gerakkan diri kita untuk kita maju kedepan. InshaAllah yang lain-lain tu akan follow kemudian..”

Semoga dengan perkongsian kisah jatuh bangun Momy Ely ni menjadikan anda yang membaca ni kembali semangat untuk berbisnes dan yang paling penting, betulkan niat untuk jadikan bisnes ini sebagai pendorong untuk anda bantu orang lain.

Jika anda nak dapatkan lebih banyak perkongsian tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, KLIK DISINI sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.