1 juta, atau jutawan adalah impian semua orang.

Orang berniaga, bekerja makan gaji, suri rumah, orang kampung, orang bandar , lelaki, wanita, semua ada cita-cita untuk melihat akaun bank ‘gemuk’ dengan duit berkepuk yang nilainya 1 juta.

Ini adalah pendapat saya semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu.

Dalam masa 10 tahun saya berbisnes, Alhamdulillah, saya belajar banyak perkara terutama tentang duit.

Dulu, peringkat awal berniaga, secara jujur, saya sendiri ‘kejar’ status jutawan. Bekerja siang malam hanya semata-mata untuk merasa apa perasaan ada duit sebanyak itu. Kenapa jadi begitu? Ketika itu, mentor dan orang sekeliling yang ada ketika itu pun setiap hari tekankan wajib untuk jadi jutawan sesegera mungkin.

Bangun pagi fikir duit, petang duit, malam pun duit!

Yang peliknya, makin kita usaha, makin jauh duit dari kita. Makin dikejar, makin laju kita ditinggalkan. Ingatkan dengan setkan minda untuk kejar ’status’ jutawan itu, maka hidup akan lebih best, terjamin, happy.

Rupanya tidak!

Saya percaya, target untuk mendapat satu juta pertama adalah penting untuk mana-mana individu yang berniaga. Malah orang biasa-biasa pun semua ada impian untuk dapat 1 juta pertama dalam hidup. Namun, jangan jadikan ia fokus utama!

1 juta itu tidak susah untuk kita dapat. Ia akan jadi susah bila kita terlalu fokus kepadanya.

Ia umpama kita berlari 10KM marathon. Jika di peringkat ‘MULA’ kita terlalu fikir ‘FINISH’, kita akan stress. Baru lari 1km dah mula berhenti dan berjalan sebab otak berikan isyarat ia masih jauh. Sepanjang baki perjalanan 9km pun kita akan selalu rasa tidak enjoy. Kenapa?  Saya amat yakin, pada waktu itu juga, kita akan sentiasa sebut ‘bila nak habis ni…..bila nak habis ni….’.

Saya sendiri pernah berlari 10km (Waktu itu mewakili sekolah larian Malaysia – Thailand sejauh 10km).

Saya sendiri tidak percaya untuk berlari 10km. Tapi waktu itu, saya tukar fokus.

Saya tidak letakkan minda di garisan penamat, tetapi saya hanya fokus kepada setiap langkah kaki sahaja.

Saya enjoy setiap langkah kaki saya bergerak. Saya suka melihat diri saya ‘PROGRESS’ setiap saat. Saya langsung tidak fikir garisan penamat. Saya fikir apa yang ada pada waktu itu dan saya menafaatkannya ketika itu. Saya ada kaki. Kerja kaki hanya perlu melangkah!

Selepas sejam, (Saya sendiri tidak percaya sehingga hari ini), saya akhirnya berada di garisan penamat. ‘FINISH!”.

Gembira dan syukur!

Apa yang boleh dipelajari dari kisah 10km ini adalah, berikan fokus kepada ‘PROGRESS’ bukan ‘ENDING’.

Progress yang akan buatkan kita sampai di garisan penamat. Progress yang lebih penting.

Fokus progress dalam bisnes, progress di dalam kehidupan, progress beri manafaat dan nilai kepada orang lain, progress dalam ibadah, insyaALLAH 1 juta itu pasti akan di capai.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11].

Islam juga suka dengan progress. Allah suka progress

Progress = Happiness.

Saya lebih percaya kepada PROGRESS (Kemajuan) dari nilai 1 juta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.