Kisah Tasbih Fatimah – Cara Selesaikan Pekerjaan Yang Berat

Artikel Berkaitan

Follow Facebook Page

Kisah Tasbih Fatimah – Cara Selesaikan Pekerjaan Yang Berat

Sebabnya saya ada membaca sebuah buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” dan di dalamnya ada satu kisah yang menarik perhatian saya. Saya juga pernah membacanya dalam satu hadis dan mungkin anda juga boleh dapatkan benefit daripada cerita ini. 

Sekarang ini cuba kita renungkan kembali bagaimana kehidupan kita pada setiap pagi. Apa perkara yang kita selalu buat? 

Bagi yang dah khawin, selalunya bangun pagi uruskan anak-anak pergi sekolah, sediakan sarapan pagi, dan banyak lagi kerja yang perlu kita uruskan termasuk diri kita sendiri. Sekiranya kita bekerja, kita perlu memikirkan soal kerja, dan jika kita berniaga kita perlu memikirkan untung rugi bisnes, jualan, pasukan, dan banyak lagi. 

Akibatnya, kita akan terlalu fokus terhadap kerja tanpa memikirkan keadaan badan yang semakin letih dan lelah. Malah perkara begini, telah pun berlaku di zaman Rasulullah SAW. 

Kisah ini diceritakan pada suatu ketika, putri Rasulullah SAW iaitu Fatimah. Fatimah ini banyak menguruskan perkara di rumahnya. Antaranya, Fatimah mengisar gandum serta menguruskan kerja-kerja sehinggakan ‘berbekas’ di tangannya. Bila mana terlihat Fatimah mengerjakan pekerjaan yang berat di rumah, jadi suaminya iaitu Saidina Ali r.a. memberitahu Fatimah,

“mohon lah kepada baginda Rasulullah SAW iaitu seorang hamba untuk membantunya..”

Setelah itu, Fatimah pun berjalan menuju ke rumah baginda Rasulullah SAW bagi menyampaikan hasrat untuk memiliki seorang hamba tapi Fatimah tak dapat menyuarakan hasrat tersebut disebabkan Fatimah berasa malu. Disebabkan itu, Saidina Ali r.a. yang memberitahu baginda Rasulullah SAW.

Pada ketika itu, baginda Rasulullah SAW memiliki hamba-hamba tetapi Rasulullah SAW tak memberikan hamba tersebut sebaliknya kepada orang lain. Walhal, Fatimah yang lebih memerlukan pada waktu itu. Tapi, Rasulullah SAW malah memberikan sesuatu yang lebih berharga kepada Fatimah. Hal inilah yang akan kita pelajari daripada kisah ini iaitu Rasulullah SAW tak memberikan pembantu tetapi sebaliknya amalan untuk Fatimah amalkan sebelum tidur. Ternyata amalan ini lebih baik daripada meminta seorang pembantu.

Jadi, apakah amalan tersebut? 

Membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akhbar 34 kali.

Menurut Hafiz Ibnu Taymiyyah,

 

Jika seseorang mengamalkan amalan zikir tersebut secara berterusan maka dia tidak merasai letih ketika dia mengerjakan pekerjaan yang berat.’

Mudah atau tak untuk kita mengerjakannya? 

Kerana ini adalah solution yang paling ringan yang kita boleh amalkan tetapi sebaliknya kita mencari solution yang berat-berat. Jadi sebagai seorang Muslim, apa yang kita semua perlu lakukan jika menempuh sesuatu hal yang berat kembali lah kepada Islam dan mula ikuti apa yang Islam sarankan untuk kita lakukan. 

Sebabnya akan menyebabkan kita mencari sesuatu yang Allah perintahkan. Malah ia juga akan menjadi sebab kepada punca sumber rezeki yang kita perolehi. Pokok pangkalnya, cara sebagai seorang Muslim cuba amalkan kerana ia sangat ringan tapi berat dari sudut timbangannya.

Semoga dapat membantu anda pada hari ini, dan kongsikan kisah ini pada orang lain. Moga-moga menjadi asbab segala urusan pekerjaan mereka dipermudahkan Allah. 

Saya berharap anda success dalam hidup serta dapat membina keturunan yang baik-baik yang penuh dengan keimanan dan ketakwaan di dalam hati. 

In sha Allah, jadikan Allah itu sebagai partner nombor satu kita. 

Semoga boleh memberi manfaat kepada anda semua, untuk kita jadi orang yang baik-baik, jadi usahawan yang luar biasa, jadi jutawan yang luar biasa yang ada akhlak dan iman. 

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, boleh join Channel Telegram Fahdi Ghazali sekarang!

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.