Letak Jawatan Sebagai Pengarah Demi Bisnes. Sekarang Dr. Zuri Maintain Sales RM 40,000. » FahdiGhazali.com

Letak Jawatan Sebagai Pengarah Demi Bisnes. Sekarang Dr. Zuri Maintain Sales RM 40,000.

Letak Jawatan Sebagai Pengarah Demi Bisnes. Sekarang Dr. Zuri Maintain Sales RM 40,000.

“Kawan dulu tegur eh tak cerdik kau ni sanggup tingglkan pangkat kau yang besar macam ini? Tapi niat saya sebenarnya nak bantu orang ramai.”

Kali ini Doktor Zuri atau Mohd Zuri Ghani berkongsi cerita beliau yang terjun dalam bidang bisnes. Dari seorang pengarah kepada usahawan.

Bisnes beliau ialah DRMZ A PLUS Tablet Minda.

Sebelum buat bisnes beliau ialah seorang pengarah di Open Univeristy Malaysia (OUM). Beliau mulakan bisnes semasa PKP.

Sebelum ini Dr Zuri kena kerja sampai hujung minggu tak ada masa untuk family.

“Saya buat solat Istikharah dan putuskan untuk mulakan bisnes. Saya nak time freedom, financial freedom dan boleh spend time dengan family.”

Dr. Zuri agak risau dengan perkembangan semasa bila kerajaan mansuhkan UPSR. Lepas itu PT3 pula dibatalkan.